‘Tolong Bantu Naufal..’ Bayi 10 Bulan Ini Perlukan RM250,000 Segera Untuk Pembedahan Hati Di China

Allahu.. sayunya lihat anak kecil usia 10 bulan, Mohamad Faiz Naufal Bin Mohd Fairus ini. Anak kecil ini disahkan menghidap penyakit ‘Chronic Liver Disease Secondary to Biliary Atresia’. Sebab itu kalau mak-mak perhatikan mata adik Naufal ini kuning, fungsi hatinya sudah terganggu.

Dan untuk memulihkan kembali dia perlukan dana sejumlah RM250 ribu dengan kadar segera. Jumlah itu bertujuan menampung kos pembedahan pemindahan hati dan ubat-ubatan yang akan dijalankan di negara China.

Anak kecil ini menghidap barah hati. Setakat ini ahli keluarganya sudah mengumpul RM35,000. Banyak lagi yang kurang. Harap rakyat Malaysia dapat menguar-uarkan berita ini agar dapat membantu anak kawan saya.” Kongsi rakan kepada ibu bapa anak ini ketika menghubungi Mingguan Wanita.

Kedua ibu bapanya, Mohd Fairus Misroh dan Noriyanita Ma’rop ini turut merayu bantuan untuk anak kecilnya di facebook.

 

Ibu Terus Rayu Bantuan Naufal

Saya memohon dan merayu kepada semua agar mendoakan anak saya, Mohd Faiz Naufal yang amat memerlukan pemindahan hati dengan kadar segera agar terus kuat dan bertahan melawan penyakitnya.”

Ads

Saya juga mengharapkan agar semua dapat membantu kami sekeluarga mengumpul dana sebanyak RM250,000 atau sharekan kisah Faiz Naufal.

Sesungguhnya saya sebagai ibu yang menjaga dan sentiasa 24 jam di sisi Faiz Naufal tahu kesakitan yang dialaminya dan betapa kuatnya semangat beliau untuk terus bertahan. Walaupun masih kecil tapi sudah diuji dengan dugaan yang besar.” Luah ibu Naufal dalam facebooknya.

Akui ibu ini lagi, sesungguhnya ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada umatnya.

Ads

Jumaat lalu, doktor telah menukar oksigen yang lebih kuat untuk menyokong pernafasan anak kecil ini. “Demam on off. Saya mohon semua doakan agar Faiz Naufal terus melawan sakitnya dan disembuhkan demamnya agar dapat menjalani pembedahan hati bila tiba masanya.”

 

‘Tolong Bantu Naufal..’ Bayi 10 Bulan Ini Perlukan RM250,000 Segera Untuk Pembedahan Hati Di China

Ads

Makin Suntuk.. Cuma Ada Sebulan Kumpul Dana

Lebih membuatkan ibu dan ayah ini semakin resah apabila tempoh masa Naufal Faiz untuk menjalani pembedahan hati kurang dari sebulan. Dan kewangan yang masih belum mencukupi tentulah akan menyukarkan kesembuhan anak kecil ini.

Mak ayah yang mahu memberikan sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke :

Maybank – 501066630604 (MOHD FAIRUS MISROH)

Sumber/Foto : Noriyanita Ma’rop

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI