Jika malu kibar bendera putih di rumah sendiri, anda boleh memohon bantuan menggunakan aplikasi bendera putih secara online. Ianya satu aplikasi mudah untuk mereka yang perlu dibantu, badan yang ingin membantu dan sesiapa saja yang tergerak hati mahu membantu.
Pengasas bersama Silent Mode’s Slurp, Zara Aida Razali berkesempatan bersiaran secara live dalam segmen Sembang Wanita, Wanita Prihatin berkongsi lebih lanjut tentang aplikasi kitajaga.co
Menerusi temubual bersama pengacara Norreen Iman, beliau berkongsi maklumat. Aplikasi yang dilancarkan pada 11 Julai lalu, menerima 73905 pengunjung dalam talian sepanjang Julai lalu.
Aplikasi Bendera Putih Secara Online
Manakala, purata harian mencecah 2337 pengunjung yang menaikkan bendera putih sebagai simbolik mahu dibantu.
Adakah aplikasi sebegini mengundang perasaan malu yang menebal di kalangan mak ayah? Lagi-lagi bagi mereka yang belum pernah berdepan situasi kesempitan masalah kewangan ini?
Menerusi polling Mingguan Wanita, rata-rata menyatakan demi anak-anak mereka sanggup mengenepikan perasaan sebegitu.
Klik sini : Polling Sembang Wanita : tolak tepi malu, guna aje bendera putih digital
Dan tentunya, aplikasi sebegini memudahkan individu yang punya perasaan itu.
Lebih memudahkan kerana menerusi aplikasi yang berfungsi dengan bantuan map ini, turut mendapat tajaan google Malaysia. Mereka yang perlu dibantu mudah dilihat lokasinya. Malah mereka yang mahu membantu juga boleh terpapar lokasinya.
Dan info yang dipaparkan juga berdasarkan peta setempat mereka yang sudah berdaftar di aplikasi berkenaan. Bermakna, NGO atau individu perseorangan yang mahu menghulurkan bantuan tidak perlu bersusah payah mencari.
“Mereka cuma perlu download apps saja.” ujarnya lanjut.
Demi Kenyangkan Anak-anak, Perasaan Malu Tolak Tepi
Tentunya, memohon bantuan secara online ini lebih berkesan. Lagi di musim PKP yang tak perlu keluar rumah. Tak perlu rasa bimbang atau segan dengan jiran malah menjimatkan masa.
Untuk Julai ini sahaja, purata 5000 pin dinaikkan dan kawasan penggunaan paling aktif adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah.
Manakala Selangor melibatkan kawasan bandar seperti Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya dan Kajang.
Bagi mengekang kemasukan ‘scammer’ mahupun ‘spammer’. Aplikasi ini juga mempunyai button hit yang memberikan informasi ‘yellow box’. Ini adalah pemberitahuan kepada pengunjung akan jumlah bantuan yang pernah diberikan kepada mereka yang menaikkan bendera putih online.
“Kalau nak minta nombor telefon mereka kena tab dulu. Scammer dan spammer memang ada. Sebab itu, kami galakkan anda lakukan soal selidik terlebih dahulu.” Tegasnya.
Kibar Bendera Putih Seolah Putus Harapan
Benar mengibarkan bendera putih ini seolah-olah anda sudah putus harapan. Namun, dalam situasi pandemik ini, kewujudan aplikasi sebegini boleh mengurangkan beban perasaan malu.
“Berdasarkan penerimaan pengunjung dalam sehari di aplikasi ini. Masing-masing yang datang adalah orang yang ingin membantu. Bermakna mereka ada sifat empati yang tinggi dan ikhlas membantu.”
Biarpun aplikasi ini centralize. Dari semasa ke semasa mekanismenya sentiasa dipertingkatkan.
“Individu yang sudah dibantu akan ditanda sebagai sudah dibantu. Mereka boleh ‘mark’ dalam apps. Sistem ini masih dalam pembangunan. Dan jika ada laporan daripada orang ramai, kita akan respons dengan segera.”
Anda yang mahu tahu lebih lanjut mengenai aplikasi kitajaga.co ini Sila hadamkan perkongsiannya di ruangan Sembang Wanita dalam video di bawah.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI