Bagi yang suka makan pajeri boleh cuba resipi style Utara. Rahsia sedap tu terletak pada teknik masakan selain bahan-bahan yang segar. Ikut ja resipi dan cara masak yang dikongsi oleh Tok Yah. Nenek ni memang masak cara orang lama-lama kat Kedah. Selamat mencuba!
1-Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau. Pastikan bahan-bahan tumis jadi kuning keemasan. Ini rahsia nak bagi pajeri bau wangi sedap.
Ads
2-Sementara itu, gaul kerisik bersama rempah siap-siap, tujuan ni nak bagi rempah dan kerisik ‘mesra’. Kemudian, baru masukkan rempah kerisik bersama sedikit pati santan. Kacau sebati, tunggu sampai pecah minyak. Perlahankan api, takut rempah hangit. Pati santan tu Tok Yah boh sebab nak bagi rempah cepat pecah minyak. Ini pun salah satu rahsia pajeri sedap.
3-Lepas tu, masukkan gula & garam. Nak bagi pajeri rasa lemak-lemak manis, Tok Yah letak gula Melaka. Kemudian, baru masukkan terung. Perlahankan api, kacau sebati sebab nak bagi rempah dan terung ‘mesra’. Satu lagi rahsia nak bagi rempah masuk elok dalam terung dengan cara belah sedikit bahagian terung tapi jangan sampai terputus. Ini pun cara nak terung cepat empuk. Lepas tu, masukkan udang kepal. Gaul sebati.
4-Akhir sekali, masukkan lebihan santan tadi. Gaul sebati semua bahan, masak sampai kuah pekat. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng. Confirm makan bertambah-tambah.
5-Selain terung, boleh juga gantikan dengan epal merah, buah gajus, rebung atau nanas. Resipinya sama sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Petua Nak Sedap MI KARI Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu petua nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini sebagai rujukan.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.
Cara Membuat:
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat,
kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
Mingguan Wanita: Sedapnya nya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit seperti petua yang dikongsikan ini.
Ramai memperkatakan kesedapan coklat royce ini. Tengok taburan serbuk coklat atas potongan coklat mewah itu pun dah rasa teruja nak mencuba.
Bagi mak-mak yang nak mencuba resepinya sendiri, bolehlah mencuba coklat ala royce yang telah dicuba oleh Mastura Abdullah ini.
Kongsinya, “patut lah mahal. Sedap, terasa cair di mulut.”
Ini Resepi Coklat Royce Versi Marhaen
“Nah! resepi coklat ala royce.” tulisnya.
250 gram dark coklat coin berlys ( boleh mix Cadbury atau guna coklat masakan mahal. Result dia mesti lagi sedap)
150 gram whipped cream
50 gram butter Coco powder secukupnya
Cara membuat :
Cairkan dark coklat, whipped cream dan butter menggunakan teknik double boil. Lapiskan baking paper dalam bekas.
Selepas adunan mencair, dan masukkan adunan ke dalam bekas. Sejukkan selama 2 jam.
Potong coklat royce tadi menjadi bentuk kecil. Taburkan coco powder. Siap! coklat royce ala marhean.
Bolehlah mak-mak mencubanya sendiri di rumah. Tentu-tentu terjamin halal. Cara nak membuatnya pun mudahkan.
Coklat royce yang original ini dikilangkan di Hokkaido, Jepun. Mereka yang pernah merasa coklat ini tentunya berkongsi akan kesedapan dan kelazatannya.
Coklat ini diperbuat menggunakan beberapa bahan paling berkualiti di Hokkaido misalnya krim segar mereka. Ianya juga antara barangan popular yang dibawa pulang sebagai cenderahati untuk dibawa pulang sebaik melawat negara matahari terbit itu.
Biasanya coklat ini dibungkus dalam pek ais bagi memastikan kesegaran dan kesejukannya kekal. Malah, coklat ini juga boleh dibeli di kedai Royce yang ada di Singapura dan Malaysia.
Kuih donut memang ramai yang suka, mungkin sebab senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. Ada banyak resipi yang boleh dicuba, tapi yang paling mudah ikut sukatan cawan. Jadi tak perlu sukat guna alat penimbang.Nak donut cantik tak hangus hitam pun ada caranya. Kena goreng guna api sederhana dan sekali balik sahaja.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Asma Mohamed ini.
DONUT KAMPUNG (Sukatan Cawan)
Bahan-Bahannya:
2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam
Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Cara Membuat :
1.Masukkan tepung gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk.Gaul hingga rata .
2.Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit.
3.Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan. Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum.Kemudian tutup selama 10 minit
4.Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit.
5.Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit).
6.Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja.
7.Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam.
Tips :
Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.
MW: Simple je resipi donut kampung ni. Yang penting mudah sebab guna sukatan cawan tak perlu nak timbang-timbang dan menjadi bila buat. Bolehlah cuba sendiri nanti.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...