Lipat baju, tak semua rajin dan suka. Silap haribulan, mahunya makan masa seminggu baru nak lipat, sampai menggunung tinggilah. Tapi, ada juga yang lepas jemur, angkat dan terus lipat. Rasa tenang hati tengok pakaian dah berlipat.
Rata-rata lipat baju antara kerja rumah yang paling malas mak-mak nak buat. Tapi tak semua, mungkin ada sesetengahnya kalau melipat baju seronok, sebaliknya nak menjemur pula malasnya. Citarasa masing-masing.
Perkongsian daripada Siti Hasiah Muhammad boleh membantu mak-mak untuk rajin lipat baju. Baju yang bertimbun seperti gunung pun berjaya dilipat dan cantik tersusun dalam almari. Aca cara nak bagi rajin lipat baju.
“Malasnya nak lipat kain. Antara banyak-banyak kerja rumah. Bab yang satu ni, liat sungguh.”
Bila kain dah setinggi Everest.
Hati bersemangat waja ini membawa bakul berisi timbunan kain di hadapan kaca tv.
Dengan harapan, seronok lah dapat lipat kain sambil menonton rancangan kegemaran. Mula-mula rancak tangan melipat sama seperti rancaknya adegan drama di tv. Alih-alih, bila sampai bab konflik. Mata tajam memerhati. Tidak sedar tangan sudah berhenti. Bila habis sahaja drama.
“Aik? Belum surut lagi timbunan kain aku ni.”
Pernah jadi kan?
Ads
Ada kalanya.
Mula-mula semangat nak lipat kain.
Bila buka tv, ada pula movie yang best terus tolak ketepilah jawabnya bakul kain tu.
Beza Dulu Dan Sekarang Masa Melipat
Dulu: Lipat kain di hadapan tv.
.
Sekarang:
Lipat kain di dalam bilik tertutup.
Dulu: Sambil lipat kain, kepala memikirkan banyak perkara. Fikir apa nak masak kejap lagi, fikir rumah bersepah lagi, fikir perkara yang lepas, fikir masa depan yang tidak tahu lagi bagaimana. Banyak sangat yang kita fikir. Kalau fikirkan perkara positif, Alhamdulillah. Tetapi jika kita fikirkan perkara yang negatif, kita akan jadi cepat letih. Double letih lah bila kita buat perkara yang kita tidak gemar pula (lipat kain).
Sekarang:
Cuba tumpukan sepenuh perhatian pada kain-kain yang kita lipat.
Lihat satu-satu kain itu.
Sambil lipat, kita zahirkan sekali rasa syukur.
Syukur, keluargaku mampu membeli baju-baju yang pelbagai warna dan corak.
Ads
Sambil lipat seluar anak. Syukur, anakku sempurna sifatnya.
Punya sepasang kaki yang cantik untuk menyarungkan seluar ini.
Sambil lipat baju kerja suami. Syukur, aku punya suami yang bekerja kuat mencari rezeki yang halal buat kami.
Sambil lipat baju sendiri. Syukur, baju ini yang aku teringin sangat dahulu.
Sambil lipat baju anak sulung dan anak bongsu. Ya Allah, dah besar rupanya anak-anakku. Setiap helai seluar, setiap pasang baju.
Nikmatilah dan amatilah dengan tetliti.
Perasaan lipat kain tidak akan sama lagi selepas ini.
Dulu: Lipat kain sambil dengar radio atau tv.
Ads
Sekarang:
Jadikan waktu lipat kain ialah waktu bertenang.
Boleh pasangkan muzik instrumental yang menenangkan.
Ataupun muzik yang berfrekuensi tinggi.
Boleh juga pasangkan apa sahaja audio yang menjadi santapan rohani.
Dulu: Lipat kain sebab nak bagi rumah kemas. Nak bagi anak-anak senang ambil baju. Nak bagi suami tampak segak untuk ke tempat kerja.
.
Sekarang:
Lipat kain ini adalah ibadahku.
Niatkan kerja kita melipat kain itu untuk meraih redha Allah.
Percayalah, hanya dengan merubah niat sahaja.
Kita akan rasa berbeza.
Ini sahaja tips mudah dan rasai perbezaannya.
Semoga ia bermanfaat juga untuk kalian.
4 tip bahagia melipat kain:
1. Lakukan di bilik tertutup.
2. Tumpukan sepenuh perhatian dan zahirkan rasa syukur.
3. Pasang alunan yang menenangkan.
4. Ini sebahagian ibadahku.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Betul sangat, nak melipat kena ada mood dan hari-hari tenang. Tapi kalau tengok kain bertimbun pun tak boleh jugak. Tak senang hati pula.
Baiki sendiri tv rosak, bunyi macam terror sangat ye. Maklumlah kalau pergi hantar kedai mahunya beratus habis. Kalau ikutkan harga baiki tu boleh beli yang baru.
Nak baiki sendiri tv rosak takut lagi ‘jahanam’ terus. Tapi kalau tak dicuba kita tak tahu kan. Perkongsian daripada Eezwan Manaf ini harap dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah tv rosak seperti ini.
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba-tiba berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tibi baru kat Shopee.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa-apa. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya. Kita londeh satu-satu.
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board)
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb (board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.
4. Kali ke berapa try tiba-tiba dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus-ratus duitku. Alhamdulillah.
5. Jadi kalau tv korang jalur-jalur macam tv ni korang baiki sendiri je. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.
Lihat caranya:
1. Tengok youtube waktu ni. Mula-mula nampak sikit jalurnya pastu terus out.
2. Ni bahagian belakang tv. Saya buka semua skru dan tarik keluar. Senang je yang ni. Dia tak ada klip-klip. Boleh cabut terus lepas semua skru dah dibuka.
3. Ini lah bahagian pcb atau board dia. Cari 2 kabel macam dalam gambar yang warna putih tu. Tv lain mungkin berbeza sikit. Yang penting ada kabel macam tu.
4. Ini 2 kabel yang disambungkan kat pcb. Yang ni la kena cabut dan letak salotape kat belakang tu. Kena cuba satu-satu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.
5. Salotape biasa je pakai. Berapa ringgit je ni. Ni pun pakai yang dah sedia ada. Kena potong kecik sikit.
6. Salotape kat bahagian ni saja. Belakang cable tu.
.
7. Akhirnya berjaya! Boleh buka servis baiki tv rosak la lepas ni.
.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu. Berapa lama bertahan tak pasti tapi sekurangnya jimatlah duit untuk hantar kedai atau beli yang baru ye.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Tentu ramai penggemar udang, kalau ke pasar inilah salah satu lauk basah yang mesti beli. Namun, masa bersihkan perasan tak ada urat hitam di bahagian belakang udang.
Sesetengah daripada mak-mak tidak buang urat hitam itu tapi ada juga mak-mak akan buang sebab katanya itulah najis udang, nadi udang atau benang udang. Macam-macam panggilan yang diberikan pada urat di bahagian belakang ini.
Ada juga yang mengatakan urat hitam ini juga menyebabkan kolesterol tinggi.Tak kisah apa pun yang penting ada cara yang boleh membantu mak-mak untuk buang benang hitam di belakang udang ini.
Miungkin ada yang selesa menggunakan garpu, pisau dan sebagainya. Tapi yang paling ‘menyampah’ bila tarik urat hitam ini ia tak akan tarik sehabisnya, mesti ada yang putus separuh saja.
Jadi, kali ini, Suria Abdullah berkongsi cara nak buang urat hitam udang dengan menggunakan lidi satay. Ada caranya yang boleh memastikan urat hitam udang ini tidak putus.
Ini cara saya siang udang yang sedang atau besar-besar. Buang urat hitam yang ada di belakang udang. Itulah menyebabkan kolestero tinggi.
Saya hanya menggunakan lidi satay yang halus, guna yang tajam hujungnya. Boleh saja nak guna jarum peniti tapi ia agak licin.
Cucuk sedikit di bahagian belakang dan tarik perlahan-lahan. Agar urat hitam itu tidak putus, bengkokkan sedikit udang.
Mingguan Wanita : macam-macam cara nak buang urat hitam. Tak kisah pilihan mak-mak, yang pasti buang bahagian urat tu, nnti kolesterol tinggi, bahaya pula.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW