Nak tahu jadi atau tidak kek yag kita buat itu, bukan setakat tempoh membakar atau bahan yang digunakan saja. Tapi kena tengok pada ‘cantik kejadiannya’ termasuklah kek brownies yang terletak pada kedut brownies. Inilah rahsia yang perlu mak-mak tahu.
Jangan fikir, bila bahan yang digunakan sudah cukup, cara bakar dah betul , ia boleh jadi kek brownies yang sempurna. Ada rahsia nak pastikan kedut brownies itu cantik rupanya.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini boleh membantu mak-mak untuk hasilkan kedut brownies yang cantik. Nanti bolehlah buat niaga.
Dalam gambar, itu hasil brownies saya. Resepi sama, jenama coklat sama. Teknik buat sama. Bakar dalam oven yang sama, suhu sama, api atas bawah yang sama, loyang ia sebelah-menyebelah.
Ads
Bila dah keluar oven, satu kedut dan satu lagi tak kedut! Adoi.
Saya dah tahu puncanya kenapa satu kedut, satu tak. Dulu kata nak kasi kedut kena pakai coklat jenama, coklat premium, telur itulah, butter itu lah. Sebenarnya, bukan ye!
Rahsianya Di Sini
Rahsia untuk dapatkan kedut brownies yang cantik (guna mana-mana resepi) ialah :
1) Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah
2) Pastikan cairan coklat yang didouble-boil TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur & gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.
Ads
Tiada perubahan dari segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
Telur dan gula pukul hingga sedikit krim, cairan coklat TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS.
Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal murah bukan itu penyebab tiada kedut.
Ads
Semoga bermanfaat, selamat mendapat kedutan yang cantik! Selamat mencuba.
Nota : MASIH PANAS maksudnya dibiarkan sekejap setelah dipanaskan
#cikgukekrugged
MW: Kalau dah cantik, barulah ada selera nak makan kan. Anak-anak pun mesti suka.
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan berempah macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi Udang goreng kari yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.
Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Paling penting memang mampu membuka selera, buat makan bertambah-tambah!
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Udang goreng kari favourite seisi keluarga, dapat resepi dari FB juga tapi Ayam Goreng Kari, pastu kita try udang pulak sedap juga. Makan dengan nasi panas-panas bertambah-tambah”
Bahan-Bahan:
Udang Segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging adabi
bawang Holand
Serai
Daun kari
Kunyit
Garam
Kentang
Cara Membuat:
1.Blender bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.
2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.
3.Udang letak garam dan kunyit.
4.Goreng udang separa masak.
5.Kentang digoreng.
6.Tumiskan bahan yang diblender guna minyak lebihan goreng udang tadi dan kalau perlu tambah minyak lagi. Takpe minyak lebih nanti dah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.
7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
8.Letakkan serbuk kari ayam daging.
9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggie cukup rasa dan sedikit gula perang.
10.Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.
MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering, berempah, tak berkuah tapi sedap, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Tugas sebagai wartawan menemukan saya dengan ramai chef yang hebat dan berbakat besar. Tak kira yang terlibat di dalam bidang perhotelan atau membuka perniagaan sendiri. Ramai juga di kalangan mereka yang terdiri daripada lelaki terutama yang berkhidmat di hotel-hotel.
Bila ditanya, kata mereka, kerja di dapur bukan kerja ringan dan waktu bekerja yang panjang kadangkala membuatkan tak ramai chef wanita yang bertahan lama sementelah berkeluarga.Meleset andaian bahawa bidang masakan adalah bidang yang lebih sesuai dilakukan oleh wanita. Bukan tak boleh, tapi menjadikan chef sebagai kerjaya dan peranan sebagai ‘chef’ di rumah berbeza ye. Kalau di rumah, perkakas yang digunakan berbeza di hotel-hotel yang berat dan besar. Kadangkala tak terlarat kudrat seorang wanita!
Pada zaman sekarang, lelaki yang pandai masak bukan lagi perkara asing. Bahkan kadangkala air tangan mereka lebih lazat daripada perempuan. Sebaliknya, ramai anak dara zaman sekarang yang liat nak masuk ke dapur. Mak ayah pula tak galakkan, alasannya biarlah tumpukan pada pelajaran. Lagi pun bibik ada.
Tapi belajar ilmu rumah tangga seperti memasak dan mengemas rumah juga penting, Bukan sebab nak kahwin saja, tapi ia adalah keperluan untuk kehidupan seharian. Ini, ada yang masak nasi pun hangit! Belum sentuh bab ke pasar. Agak-agaknya ramai tak anak dara zaman sekarang yang terror dan kenal rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan. Jika ke pasar, tahukah mereka jenis ikan yang hendak dibeli?
Anak lelaki pun sama, kena diajar semua perkara ini sejak kecil. Barulah tak menyusahkan isteri kelak. Jadi, jangan takut nak bawa anak-anak lelaki ke pasar. Jangan takut baju mereka kotor dan berbau busuk.Mak ayah pun satu, dah tahu nak ke pasar, janganlah pakaikan anak-anak baju cantik. Kalau badan berbau busuk terkena air ikan dan sebagainya, balik boleh mandi. Biarkan saja mereka pegang ikan, sotong dan segala sayuran yang dijual di pasar. Terangkan pada mereka setiap apa yang mereka pegang itu.
Bila bercakap soal pasar, saya tak ada anak perempuan tapi anak lelaki tunggal saya yang berusia 15 tahun sudah biasa ke pasar. Dia sudah tahu, setiap Sabtu dan Ahad. dia akan mengikut saya dan suami ke pasar. Kata suami, dia nak anak kami biasa dengan bau pasar, kenal ikan, kenal sayur. Jangan pandai makan saja. Suami juga akan beritahu tentang harga setiap barangan yang dibeli agar anak dapat belajar tentang harga pasaran barangan basah yang dijual di pasar.
Jika dulu pernah minta dibeli serai untuk memasak tom yam, hanya sebatang dibelinya kerana dia tak dapat agak jumlah yang sepatutnya dibeli. Kini dia makin ‘advance’, dah pandai memilih dan membezakan ikan yang segar atau tidak, sudah tahu harga semasa barangan basah, mengalahkan diri saya sendiri.
Di rumah, dia juga sudah biasa membantu saya di dapur. Malah, dia lebih pandai memasak nasi berbanding saya. Nasi yang dimasaknya sedang elok, tak terlalu lembek dan tak terlalu keras. Dia pernah beritahu, kawan-kawan perempuan sekelasnya di sekolah ramai yang tak pandai masak nasi. Tepuk dahi saya mendengarnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
BISKUT SUSU KACANG PEAS Cookies Favorite, Sangat Sedap Boleh Buat Jual! Dalam banyak-banyak jenis biskut, pastinya ada beberapa jenis yang begitu dekat di hati. Memang sedap dan menjadi kegemaran. Malah sebab kesedapannya itu, boleh dibuat jual dan mendapat permintaan ramai.
Biskut susu kacang peas ini antara yang boleh dicuba. Mudah nak buat dan rasa yang sangat sedap. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Baker terkenal Azlina Ina ini sebagai rujukan;
Sehari satu resepi. Ni cookies favourite mak tau.Buatnya mudah rasa nye sedap.Tahun ni mak pencen hahhahaa sebab ade baby.Korang buat la pulak kot rajin mana tau boleh jual.
BISKUT SUSU KACANG PEAS
Bahan-Bahan :
A
130g gula ising (Bagi yang suka kurang manis boleh guna gula perang)
150gm serbuk kacang peas
B
50g cawan susu tepung
50 gm tepung jagung
1 sb minyak sapi
2 sb salted pure butter
C
200 gm tpung gandum cap ros
1 sk baking powder
* Ayak 2 bahan ni
D
Minyak jagung secukup nya
Cara Membuat:
1. Satukan bahan C dengan bahan A dan B.
2. Kemudian ramaskan sampai jadi macam serbuk roti.
3. Selepas itu, masukkan pula minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli sampai jadi doh lembut.
4. Ikut lembut adunan boleh diterap tak bederai. Kalau berderai minyak tak cukup.
Bahan Untuk Sapuan:
Kuning telur + pewarna kuning
Serbuk kacang peas
Cara Membuat:
1.Sapu kuning telur sikit, letak kacang boleh tak letak pun boleh atau tabur serbuk kacang peas tadi pon boleh.
2.Bakar pada suhu 170 dengan masa 25 minit. Ini bergantung oven masing-masing.Masa bakar ni bau die ya Allah memang sedap sangat-sangat.Cubalah!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...