Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Bagi mak-mak yang suka buat biskut baik untuk suka-suka makan sendiri mahupun buat bisnes jual biskut, baca perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Samad ini.
TIP BUAT BISKUT
1.Mentega Sejuk
Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2. Saiz Telur
Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3. Tempoh Pukul Telur
Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
Ads
4. ‘Rehatkan’ Doh Seketika
Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
5. Bahagikan Beberapa Bahagian
Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali harung, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
6. Oles Mentega/ Baking Paper
Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
Ads
7. Panaskan Ketuhar
Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
8. Guna Fungsi Kipas Pada Ketuhar
Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
9. Pindahkan Atas ‘Cooling Rack’
Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
10. Simpan Biskut Bila Benar-Benar Sejuk
Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
Ads
11. Simpan Peti Sejuk Biskut ‘Peanut Butter’
Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
MW: Semoga perkongsian tip buat biskut ini bermanfaat. Jadi bila nak buat biskut, ingat tip yang dikongsikan ini iya. Barulah buat biskut elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Kunyit hidup antara ramuan yang sering digunakan dalam masakan. Ada yang tumbuk kunyit dengan lesung batu, digiling, kisar dengan blender, hiris halus dan sebagainya dalam masakan. Namun ada juga yang masih mengekalkan cara lama dengan menggunakan pemarut atau sagat.
Namun masalah yang selalu dialami bila parut kunyit hidup dengan menggunakan sagat/pemarut ni, kebiasaannya akan meninggalkan kesan kekuningan pada bahagian ‘matanya’. Malah nak cuci pula kena lebih berhati-hati, jika tidak jari pun boleh terluka.
Sebenarnya ada trik mudah untuk elak kunyit melekat dan tinggalkan kesan kekuningan pada pemarut ni iaitu dengan menggunakan Daun Pisang.
“Sesiapa yang masak masih guna kunyit hidup ni lah teknik si kunyit tu tak melekat dekat mata pemarut yee..Guna je daun pisang pi tekap jer. Selamat mencuba dan selamat memasak.”
Jika tiada daun pisang, boleh juga lapik plastik untuk elak parut jadi kuning.
Jika ada pemarut ni tapi dah terkena kunyit bleh jugak lapikkan daun pisang, untuk elak halia ke ubi ke dari kekuningan.
Mingguan Wanita : Menarik idea dan trik yang dikongsikan ini. Jadi kalau selalu parut kunyit hidup, boleh ikut trik yang dikongsikan ini. Kena lapik dengan daun pisang atau plastik, barulah ‘mata’ pemarut tu tiada kesan kekuningan nanti.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Teruja betul bila tengok kulit wajah gadis Korea. Licin, lembut dan glowing sangat. Jarang lah nampak kulit wajah mereka berjerawat atau jeragat. Apa rahsia penjagaan kulit wajah mereka.
Mungkin ada yang kata penggunaan produk tertentu. Rupanya nak cantik macam gadis Korea ni tak perlu mahal-mahal, hanya guna dua bahan yang memang sentiasa ada kat rumah.
Antara perkongsian menarik dalam video tiktok Zuriaty Musa tentang cara nak cantik macam gadis Korea
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Khasiat tomato memang tak boleh dinafikan. Bukan sahaja untk dijadikan penyedap dalam masakan tetapi ia turut memberi khasiat yang berguna kepada badan terutamanya kulit kita. Boleh dikatakan macam-macam kegunaanya untuk sebiji tomato.
Bagi mak-mak yang biasa menggunakan tomato dalam masakan dan kerap juga membeli, apa kata cuba tanam sendiri tomato ceri ini. Rupanya tidaklah susah sangat untuk menanamnya. Kena cara berbuah lebat lagi.
Nur Aida Md Zainuddin turut berkongsi cara menanam tomato ceri. Hanya guna tiga bahan sahaja, malah, tak perlu lama, dalam tempoh empat bulan kita sudah dapat hasilnya. Mungkin rasa agak lambat tapi bila dah dapat hasilnya, memang puas hati.
Cara Tanam Tomato Ceri
Sebenarnya, tak perlu nak tunggu empat bulan untuk dapatkan hasil tapi sebab alihkan pokok itu ke dalam bekas yang lebih besar rasanya.
Caranya:
1. Hiris tomato ceri. Lepas itu, letakkan hirisan tomato dalam bekas semaian (guna container pun boleh).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari)
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai. Letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Nota kaki: Tomato ni memang perlu air yang banyak. Jadi, siramlah 2 atau 3 kali sehari kalau tidak pokok jadi cepat kering nanti.
Dalam masa 4 bulan, tak perlu jaga sangat, Cuma siram sahaja.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ini bawang putih sebbb binatang tak suka baunya
MW: Bagi mak-mak yang suka menanam tu, bolehlah cuba tanam tomato ceri. Mesti seronok. Senang pun senang, siram sahaja dan tunggu hasilnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...