Suka atau tidak, kadangkala terpaksa juga memandu ketika hujan. Redah saja jalan raya yang ketika itu basah, licin malah boleh dikatakan agak merbahaya pada kenderaan.
Jika gagal memandu dengan baik, atau memandu laju tanpa berhati-hati, risiko untuk berlaku kemalangan boleh jadi tinggi. Bagi membantu anda mengurangkan risiko kemalangan ketika hujan, Hayati Abu Hassan berkongsi tip berguna.
Tip Pemanduan Ketika Hujan
Ketika hujan, air, habuk dan minyak menjadikan permukaan jalan menjadi licin. Selain daripada itu, tayar kenderaan akan mengalami fenomena ‘hydroplane’ iaitu keadaan dimana kenderaan ‘terapung’ di atas lapisan air.
Berikut adalah langkah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan sewaktu hujan.
1. Kurangkan kelajuan kenderaan untuk mengurangkan ‘hydroplane’.
Ads
2. Sekiranya kenderaan tergelincir, cuba kawal kenderaan anda atau lepaskan pedal minyak untuk mengurangkan kelajuan kenderaan.
3. Berikan konsentrasi yang lebih ketika memandu.
4. Pastikan kenderaan anda bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80 km/j.
5. Nyalakan lampu utama kenderaan ketika hujan lebat bagi mambolehkan anda mudah dilihat oleh pemandu lain.
Ads
6. Pastikan pastikan kenderaan anda berada 100 meter (4 saat) dari kenderaan hadapan semasa memandu di dalam hujan.
7. Jangan nyalakan lampu isyarat kecemasan sewaktu kenderaan bergerak. Gunakan lampu isyarat kecemasan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
8. Elakkan berhenti di lorong kecemasan kerana pemandu lain mungkin sukar melihat kenderaan anda!
Semoga panduan ini berguna untuk anda yang memandu di dalam hujan.
Ads
Elakkan kemalangan.
Ingatlah orang yang tersayang.
‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’
MW : Musim-musim hujan ini sebaiknya lebih berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga sepanjang pemanduan. Semoga anda sampai dengan selamat ke destinasi tujuan.
Geram dan sakit hati pula bila tengok pokok cili kerinting. Bukan sedikit tapi boleh dikatakan turut merebak pada tanaman lain. Terus hilang semangat untuk bercucuk tanam.
Kena boleh jadi kerinting terutamanya pokok cili? Kadang-kadang pelik juga dengan serangan serangga yang entah dari mana?
Jalan terbaik untuk elak pokok cili kerinting ini boleh saja gunakan semburan organik yang dibuat sendiri dengan bahan dapur yang ada di rumah. Inilah yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah dalam tangani masalah ini.
Malahan, semburan serangga ini bukan saja digunakan untuk pokok cili tapi juga pada pokok tanaman yang lain.
Mesti ramai yang stres bila pokok cili jadi kerinting. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh jadi down teruk!
Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?
Ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting
1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram. Huhu.
Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh.
Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada.
Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress.
Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..
.
Jangan panik dan risau. Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.
Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita je. Bahan-bahan tersebut adalah
1 kg @ 1 bahagian : Bawang putih
1 kg @ 1 bahagian : Cili api
1 ketul @ 100 gram : Sabun buku cap buruh/kapak
10 liter @ 10 bahagian : Air
Cara-caranya:
1. Ini bahan-bahan yang digunkaan.
1 kg bawang putih @ 1 bahagian
1 kg cili padi @ 1 bahagian
1 ketul sabun buku cap buruh/kapak
10 liter air @ 1 bahagian
2. Pastikan bawang putih di buang kulit.
3. Masukkan bawang putih ke dalam blender. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).
4. Blender sampai hancur.
5. Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A.
* Ulang blender dan tapis hingga bawang putih habis.
6. Masukkan cili ke dalam blender. Tangkai tak perlu buang. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter)
7. Blender sampai hancur.
8. Tapis dan masukkan kedalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B.
* Ulang proses blender dan tapis hingga cili padi habis.
9. Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.
10. Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.
11. Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.
12. Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada).
Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.
Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C.
** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.
13. Kacau campuran tadi hingga sebati.
14. Dah siap. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai.
Untuk simpanan, letak ditempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.
15. Gambar yang dilihat dibawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering.
Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.
16. Cara guna pada pokok timun.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
17. Cara guna pada pokok cili
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct.
18. Cara guna pada pokok limau kasturi.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct
Mingguan Wanita : Semburan ini boleh saja guna untuk pokok-pokok lain pun, bukan hanya pokok cili saja
Bagi mak-mak yang suka bersolek dan tiada meja solek boleh buat sendiri ‘Vanity Mirror’ ni. Memang mudah dan menjimatkan sebab tak perlu nak buat sambungan ‘wiring’ malah tak guna elektrik pun. Hanya guna bateri AAA secukupnya dan barang-barang pun boleh beli di kedai MR DIY je. Bukan apa, sewaktu bersolek memang memerlukan pencahayaan yang secukupnya. Bila pasang lampu LED light ni, solekan nampak lebih jelas.
Boleh suruh encik suami buatkan atau pasang sendiri pun boleh. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Farhana Md Yusuff ni.
Capsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Rupanya mudah je kalau nak tanam sendiri pokok capsicum ni di rumah. Semai je guna biji benih dari buah capsicum yang kita beli di pasaraya.
Ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mell Akmal ini.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanyakan cara semai anak pokok.
Cara saya;
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan.
2. Ambil bijinya dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang. Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dari 10 hari.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain.
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya tak sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat Kuala Lipis Pahang.
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term-term dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.
Info Ekstra!
Saya guna tanah baja biase je. Beli tanah campuran yang RM2
Cocopeat saya letak bawah sekali.Tak wajib letak tapi saya suka letak sebab nanti nak alihkan senang terletak je akar tu. Saya beli dekat kedai Eco RM2 je.
Yang penting siram hari-hari dan dua kali seminggu kena letak vitamin siam ni.
MW: Menarik juga bila tanam capsicum ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba semai anak pokok capsicum guna biji benih ikut cara yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!