Bersihkan rumah ni ada macam-macam cara untuk memastikan kita tinggal dalam keadaan bersih dan selesa. Jika selama ini kita hanya mop lantai, rupanya karpet atau permaidani juga perlu dimop.
Menerusi perkongsian Syarifah Farhana Syed Fadzil, karpet bukan hanya perlu divacuum tetapi kena mop juga barulah ia lebih bersih, hilang segala habuk, bebas kuman dan nampak macam baru. Ia dipelajari daripada pembantu rumah ketika sedang membersihkan karpet.
“Siapa yang pernah mop karpet? kelako kan mop karpet? Fana tau karpet boleh mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, Fana tanye dia (karpet boleh mop ya?) Iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman).
“So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.Tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih giler bebas kuman parasit bagai.”
Bahan-Bahan:
Air Panas
2 Sudu Besar Garam
1 penutup Cecair Pencuci Detol
Cara Membuat:
1. Masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk. Fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek. Masak air agak-agak banyaknya tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.
2. Selepas mendidih, curahkan air tersebut ke baldi mop. Curah dengan berhati-hati.
3. Selepas itu, letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan pakai sabun mandi gel detol pulak.
4. Perah mop tu kuat-kuat jangan sampai ada air menitik, tapi pastikan jangan perah pakai tangan tau.
5. Boleh mula mengemop karpet yang ada. Sewaktu mop tu, tekan kuat pada karpet tersebut.Nanti dalam air mop akan nampak la betapa ‘cafe latte’ nye air mop itu.
Info Ekstra!
*Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, fana beli kat Eco jek RM4. Kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita dok mop lantai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!
MW:Baru tahu, karpet juga boleh di mop. Selama ni ingat mop lantai je dan vacuum karpet. Lepas ni bolehlah cuba, semoga hilang segala habuk, karpet pun bersih & nampak macam baru!
Sumber:Syarifah Farhana Syed Fadzil
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI