Berapa ramai antara kita, setiap bulan akan buat rekod belanja bulanan. Tanda dan tulis secara detail tentang duit yang dibelanjakan. Atau ada yang tidak ambil tahu dan tak kisah dengan apa yang dibelanjakan.
Kalau tak ada rekod belanja bulanan, bimbang nanti tak sampai pertengahan bulan, duit habis dan tak tahu ke mana. Sekurang-kurangnya cara ini membantu kita untuk berjimat cermat dalam menguruskan wang.
Kali ini ada perkongsian yang boleh membantu mak ayah / suami isteri dalam rekod belanja bulanan. Tak perlu pen atau kertas, cukup dengan money tracker dalam handphone saja.
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas.
Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan pasangan berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya.
Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Ads
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Cara Belanja Berhemah
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Ads
Tip ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk urus duit dengan berhemat.
Tanam cili, salah satu tanaman yang sangat diperlukan oleh mak-mak. Ini kerana, ia menjadi bahan yang sering digunakan untuk masakan dan pastinya, ia boleh dijadikan sambal untuk dimakan dengan ulam-ulaman.
Walau bagaimanapun, tak semua yang mak-mak tanam pokok ini mampu bertahan lama. Ini belum lagi yang orang cakap ‘tangan panas’, sukar untuk bertahan lama. Namun, bag iyang berjaya tanam, memang akan merimbun sampai tak habis makanlah.
Ada sesetengah yang merasakan tanam pokok cili dengan semai bji benih paling berkesan dan senang untuk hidup. Malah, ada pelbagai jenis teknik dan tip digunakn untuk memastikan tanaman ini subur.
Perkongsian daripada Supornik ini boleh memberi idea kepada mak-mak untuk menanamnya dengan cara pangkas iaitu dengan mengambil bahagian pucuk dan dan terus tanam. Katanya, inilah paling mudah dan cepat tumbuh.
Adakah anda tahu pokok cili yang dipangkas dapat dijadikan bahan tanaman.
Cara ini adalah paling cepat dan mudah kerana tidak perlu menyemai biji benih.
Di bawah ini ada panduan cara menanam pokok cili menggunakan ranting ( bahagian pucuk).
Pokok cili dipangkas dan boleh ditanam tak perlu guna biji benih cili
Dipangkas
Buat potongan di bahagian tunas pokok cili
Sediakan sabut kelapa hancur 1 bahagian dan rendam dengan air semalam supaya sabut itu cukup lembab.
Sediakan serkam bakar 1 bahagian
Gaulkan sabut kelapa hancur + serkam bakar.. 2 bahan ini sama banyak
Sedia air 1 cawan air bancuhan baja organik Supornik dengan air biasa iaitu 2ml baja + 500ml air
Tuang sebahagian air bancuhan baja tadi ke dalam campuran sabut kelapa hancur dan serkam bakar tadi
Cucuk ranting yang dipangkas dari pokok cili ke dalam cawan.
Sediakan penutup cawan seperti ini
Tutup cawan tadi dengan penutup dan letak tempat teduh
Selepas 3 minggu kelihatan akar dah keluar dan boleh mula menanam di tapak atau di pasu atau lain-lain container
Selepas 3 minggu sahaja dah boleh menanam pokok cili dalam pasu/ polibag/ atas tanah.
MW: Ada macam-macam cara yang boleh kita bercucuk tanam. Kalau mak-mak rasa tak berjaya cara itu, boleh cuba cara lain, yang penting jangan lupa siram dan bubuh baja kan…
Nak kurus dan turunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang. Silap cara, mungkin boleh bertambah berisi pula. Ini belum lagi semangat yang ‘lain macam’ dengan beli macam-macam makanan diet.
Boleh dikatakan, nak diet kena betul-betul cekal dan kuat semangat. Jangan hanya sekerat jalan sahaja untuk nak kurus. Lepas itu, kelaut dalam, lebih-lebih lagi bila tengok makanan yang sedap-sedap.
Inilah yang dikatakan diet jadi sukar kalau ada macam-macam halangan. Seperti apa yang dikongsikan oleh Ariff Sukor, pakar fitness.
1. Keluarkan wang terlalu banyak untuk mengejar makanan-makanan sihat yang berharga kayangan.
2. Terlalu stres dalam progres penurunan berat badan.
3. Letakkan sasaran terlalu tinggi. Nak hilang 5kg dalam seminggu.
4. Beli produk yang pelbagai tanpa memahami keperluan produk.
5. Selalu paksa diri cari makanan yang tidak kena selera dengan tekak.
6. Selalu ikut jadual diet orang lain, tapi diri sendiri tak selesa dengan jadual tersebut.
7. Tabiat untuk cuba diet dalam keadaan berlapar. Tapi tidak mampu.
8. Mula diet dengan haramkan segala makanan yang biasa dimakan. Nak diet ketat-ketat katanya.
9. Tak benarkan diri mencicip sedikit aiskrim, sebab risau boleh terus gemuk.
10. Fokus nak buat senaman yang tidak termampu dibuat. Sedangkan masih sakit-sakit belakang dan lutut.
11. Selalu pandang remeh pada senaman yang mudah-mudah. Contohnya mula dengan jalan kaki dulu.
12. Air kosong tidak pernah cukup.
13. Kurangnya rehat dan fokus untuk bersenam sahaja setiap hari.
14. Berpegang pada prinsip kurus itu mustahil.
15. Malas nak study pasal kalori dan kerap memilih jalan singkat untuk kurus.
16. Masih percaya sabun boleh kurus.
17. Kekal anggap yang ada gula-gula kunyah je dah kurus.
18. Tidak menghargai progress yang kecil. Apatah lagi mensyukuri kejayaan kecil.
Kawan-kawan. Nak kurus, sihat dan fit itu bermula dengan mindset yang tidak membebankan badan. Jangan terlalu meletakkan tekanan sehingga diet jadi halangan terbesar kita.
Buat sikit-sikit tak apa. Progres kecil-kecil pun tak apa. Ingat. Kejayaan yang panjang, bermula dari langkah pertama kita. Biar pun kecil langkahnya.
Jangan stres tau. Nanti diet tak jadi.
MW: Paling penting, jangan tunggu esok, esok baru nak diet. Hangat-hangat tahi ayam.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
BATU KARANG Keluar Sendiri Tak Perlu Bedah, Amal Minum Jus Nanas & Lobak Putih! Jika pernah mengalami penyakit batu karang, tahulah ‘azabnya’ bagaimana. Memang sangat sakit sehingga tahap berguling-guling.
Ada cara semulajadi untuk mengeluarkan batu karang ini sendiri tanpa perlu melalui proses pembedahan. Boleh ikhtiar minum jus nanas dan lobak putih serta selalu amalkannya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Ismail ini sebagai rujukan.
Sebelum puasa saya kena batu karang. Pertama kali kena.. Sakitnyaa bukan kepalang Hampir nak kena operation.
Tapi 10 minit sebelum masuk bilik untuk scoping saya ke bilik air tiba-tiba batu karang keluar sendiri. Terus hilang sakit lansung tak rasa apa-apa. Macam magik. InsyaAllah bulan 11 kena buat CT Scan jugak untuk pemeriksaan lanjut.
Ramai yang cadang makan atau minum jus lobak putih. Saya tak lalu nak telan walaupun buat sup huhu. Jadi saya buat jus NANAS+LOBAK PUTIH. Rasa sedap sikit walaupun bau tak enak.Baru mula pun, hari ni masuk hari ke 5.
Bahan-Bahan:
1 biji nanas
1/2 lobak putih
1/4 Sudu Besar garam
Air sikit agak-agak boleh kisar
Cara Membuat:
1. Kisar halus semua bahan-bahan.
2. Simpan dalam peti ais.
3. Minum bila rasa nak minum. Rasa nyaman.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak keluarkan batu karang boleh ikhtiar guna petua semulajadi yang dikongsikan ini. Namun jika masih tidak sembuh, elok lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera iya.