Guru muda (tudung ungu corak) lulusan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, pengkhususan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berdepan situasi cemas, menyaksikan seorang Pawang menangkap buaya tanpa apa-apa senjata canggih melainkan sebatang buluh.
Pengalaman sukar dilupa yang mengundang ketakutan dalam dirinya. Ketika kejadian, Nurul Akma Khalid, 36 terpaksa menggunakan bot menyeberang jalan sungai untuk membolehkannya sampai ke sekolah.
“Waktu itu, jambatan untuk menghubungkan Simunjan dan Gedung masih dalam pembinaan. Bot satu-satunya pilihan pengangkutan terdekat. Kalau guna jalan darat, masa diambil antara 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah,” maklumkan yang perlu membayar RM200 untuk menyewa bot sebulan.
Satu pagi, ketika dalam perjalanan merentasi sungai ke sekolah. Pemandu bot menunjukkan ke arah seekor haiwan yang bergerak ligat di dalam sungai. “Ada buaya terkena jerat.” Katanya.
Enjin bot dihentikan. Ada seorang pawang menunggu di situ. Dia berperang dengan buaya yang tak kurang kuatnya melawan. Tiada senjata canggih pun ada di tangan Pawang melainkan sebatang buluh. Pergelutan itu akhirnya berjaya menumpaskan buaya dan ia dibawa naik ke darat.
“Tipulah kalau saya tak takut sepanjang menyeberang Sungai Sageng. Setiap kali mengenang anak-anak murid menunggu dalam kelas, saya jadi kuat semangat.
“Anak-anak ini kekuatan saya. Mereka memberi keseronokan sepanjang saya mengajar di sana. Pentadbir dan rakan sekerja juga sangat baik. Ambil berat tentang saya, sampaikan pegawai di PPD Simunjan bekalkan jaket keselamatan untuk saya pakai setiap pagi.”
Semangat guru muda ini boleh dijadikan inspirasi. Biarpun terpaksa merentasi sungai yang ada buaya untuk sampai ke sekolah, dia tidak hilang semangat. Malah terus cekal memberikan baktinya pada anak-anak kawasan pedalaman yang memerlukan khidmat didikannya.
Kiriman WhatsApp dari anak pendidikan khas membuatkan guru muda ini terharu. Apabila anak murid dapat mengeja sesuatu perkataan, mengenakan butang baju sendiri, kenal ABC dengan baik, itu sudah cukup bererti baginya yang mengajar murid-murid istimewa.
Ads
Pengalaman Mengajar Cikgu Nurul Akma Khalid
Guru Pendidikan Khas Integriti.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual.
Ini Antara Sekolah-sekolah Yang Pernah Menerima Sumbangan Baktinya
Januari 2010 – Jun 2011 : Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
2011 – 2014 : Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan, Sarawak
2015 – hingga kini : Sekolah kebangsaan Kampung Kolam Kuala Rompin, Pahang
Sebab Itu Jika Posting Ke Pedalaman, Bertenanglah Guru Muda Praktikkan Ini
Bila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mula bersuara agar guru baru yang ditukarkan ke kawasan pedalaman bertahan pasti ada guru-guru muda yang resah dan susah hati. Bertahan di sini bermaksud tidak memohon pertukaran ke Semenanjung sampailah diri mereka disahkan jawatan.
Ads
Sebenarnya ramai daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang pernah berhadapan situasi dihantar ke sekolah pedalaman pun pernah melaluinya. Ini antara tips yang dikongsikan.
Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Posting Pertama: SK Sulabayan Semporna, Sabah (Di hujung Pualu Bum Bum)
Kini Mengajar : SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah
1. Bila dapat surat posting tu. Kita kena cari dulu maklumat tentang tempat tu. Di mana kedudukannya. Apa budayanya. Macam mana kehidupannya. Apa adat tradisi budaya di sana. Apa yang boleh atau tak boleh di kalangan masyarakat di sekitar tu. Macam mana anutan agama. Background budak-budak di situ.
Ads
2. Kita mesti tahu apa kemudahan yang ada di tempat tu. Apa yang tak ada di tempat tu. Supaya kita lebih bersedia dari segi mental emosi menghadapi kehidupan seharian di situ.
3. Kita mesti nampak gambaran jelas tentang tempat tu dari segi fizikalnya. Contohnya. Hari pertama saya berkasut tinggi. Naik bot laju. Dan masa nak turun ke jeti kasut saya tersangkut dan jatuh ke laut. Sebabnya? Saya tak sangka yang tempat tu begitu rupa.
4. Kita mesti dapatkan rumah sewa yg betul-betul dekat dengan pekan. Memudahkan kita bergerak dan dapat apa-apa kemudahan. Dapat housemate 2 atau 3 orang. Supaya ada teman ke sana sini. Sakit susah pun ada yang tolong tengokkan.
5. Kita mesti berkawan atau mesra dengan masyarakat sekitar tempat tinggal atau sekolah tu..atau ibu bapa murid-murid tu..sebab kehidupan kita sepanjang di situ banyak bergantung dengan mereka. Kalau diorang nampak kita baik. Anggap diaorang macam keluarga sendiri. Insya-Allah diaorang akan lebih baik dan selalu tolong kita.
6. Kita mesti bersedia mental emosi..tahap kesabaran yang tinggi. Sebab biasanya budak-budak di pedalaman ni kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Kalau kita ngajar cakap laju ja bahasa yang betul pun bukan diorang paham sangat. Jadi kita kena turun lebih rendah sikit. Cuba belajar bahasa diorang yang mudah-mudah. Membantu kita untuk mencapai objektif kita sebenarnya.
“Kalau mental dan fizikal ready. Insya-Allah okey. Tapi kalau dari awal-awal dah tak okey, semua benda jadi negatif. Kalau macam saya tak terasa sangat, sebab saya sendiri memang biasa hidup tanpa bekalan air, elektrik dan telefon. Paling mudah buat senarai semak supaya kita tahu apa yang dibawa.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemergian Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor yang sudah khatam 30 juzuk Al-Quran, meninggal dunia di bulan Ramadan.. sungguh inilah pemergian yang dicemburui. Iaitu kematian yang husnul khatimah.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang baru berusia 24 tahun ini seorang yang sangat menghormati gurunya. Allahyarham juga sangat kuat beramal.
Sehinggakan rakan-rakan dan pelajar-pelajar lainnya sangat menghormatinya dan menggelarnya macam wali.
Gelaran itu diberikan kerana kuatnya Allahyarham beramal dan bersantun, rajinnya belajar.
“Allahyarham juga, MasyaAllah.. seorang yang sangat pemalu. Kalau mahu bertanyakan soalan kepada saya, saya terpaksa minta dia tulis dekat kertas. Kerana sifatnya yang terlalu malu.
Begitu halnya semasa hidup, Allahyarham seorang yang sangat kuat berzikir. Malah, ada wirid-wiridnya yang diamalkan setiap hari.”
Guru yang mendidik Allahyarham, Uwais AlQarni Abdul Wahab berkongsi kisah kebaikan Allahyarham Siti Aminah sepanjang anak muridnya itu menuntut di madrasah Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa & Ribat Az-Zahra.
Kongsi Ustaz Uwais, “Pagi ini merasa sangat sedih atas pemergian ke rahmatullah seorang murid saya yang sangat beradab dan berakhlak di Ribat az-Zahra.
Beliau adalah Siti Aminah bte Mohd Nor yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk bersama kami di sini.
Kata Sidi Rawwas dalam syairnya:
والجنازة لنا شاهدة تروي منا طواه العمر
“Jenazah itu kan menjadi bukti kepada kita tentang apa yang telah si mati habiskan sepanjang umurnya”
Beliau dijemput Allah SWT di hari kewafatan Nabi , di bulan yang mulia dan menghampiri hari Nuzul al-Quran yang tersemat di dadanya. Saya diberitahu beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna sambil jarinya ditungkat ke langit sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Ya Rabb ..
Saya sebagai gurunya menjadikan saksi kepada Siti Aminah pada segala kebaikan, kesantunan, ketaataannya kepada Allah & Rasul serta ibubapa, keluarga & semua kenalannya.
Moga Allah mengampuninya dan menempatkannya bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus Tertinggi..”
Maklum gurunya, semasa hayatnya Allahyarham Siti Aminah menghidap penyakit yang datang secara berperingkat. Sehinggakan akhirnya anak muridnya itu terpaksa membuat pembedahan membuang ketumbuhan.
“Kemudian, ada efek pada rahim sehingga tidak boleh membuang air kecil. Dan akhirnya, disahkan kanser usus.”
Penyakit yang dihidapi Allahyarham itu lama kelamaan menjadikan tubuhnya begitu kurus sehingga tinggal tulang saja. Dan akhirnya Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kongsi Ustaz Uwais lagi, semasa pengebumian anak muridnya itu baik waktu solat jenazah mahupun ketika berada di kubur, ramai yang hadir untuk menghormati perjalanan akhir jenazah.
“Alhamdulillah, saya sebagai gurunya dapat memimpin solat dan bacaan talqin untuk beliau.”
Itulah perjalanan akhir Allahyarham Siti Aminah yang berusia 24 tahun, yang hafal 30 juzuk Al-Quran.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. semoga roh Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan begitu juga dengan penyanyi dan pelakon Amira Othman.
Menurut Amira yang sudahpun bergelar hajah ke mana-mana dia pergi akan bawa wipes dan pencuci muka sebelum berwuduk. Amira juga sentiasa pastikan diri dalam wuduk kerana senang untuk bersolat.
Malah Bintang yang muncul dari program realiti TV Akademi Fantasia 2013 ini seperti mana pernah ditemubual sewaktu menghiasi kulit muka depan Mingguan Wanita sebelum ini juga berkongsi tentang penjagaan kulit wajahnya.
Amira Othman Pastikan Wajah Dibersihkan Selepas Bersolek
Amira menerangkan dia sememangnya menitikberatkan penjagaan kulit wajah kerana memiliki kulit yang agak sensitif.
“Kulit saya jenis yang sensitif jadi kemana-mana selepas mekap saya akan cepat-cepat cuci dan kadangkala ambil masa berjam-jam dalam tandas untuk bersihkan wajah. Ke mana-mana saya akan wipes dan pencuci muka sebelum berwuduk. Saya sentiasa pastikan diri dalam wuduk kerana senang untuk bersolat.
“Memandangkan komitmen sebagai artis perlu dirias wajah dengan mekap jadi memang saya kena rajin dan displin menjaga kulit wajah jika tidak memang kulit akan gatal dan berasa pedih,” kata Amira.
Suka Berenang Pada Waktu Malam
Ditanya tentang hobinya pula, bagi mengekalkan kecergasan badan Amira suka bersenam dengan berenang.
“Sibuk bagaimanapun saya tetap akan bersenam. Saya ni jenis yang suka berenang, biasanya akan berenang pada waktu malam. Bila saya punya masa luang pula saya akan berjogging,” kata penyanyi yang popular dengan lagu, Hati-Hati ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Jangan mengandung kemudian buat sombong, selepas itu meremehkan orang yang tidak direzekikan hamil. Tidak semua wanita aturannya sama.
Bersyukurlah dengan setiap apa yang ditentukan untuk mak-mak. Jika masih belum direzekikan anak, bersyukurlah kerana masih ramai wanita yang belum berkahwin.
Begitulah juga seterusnya, bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kerana apa yang berlaku dalam hidup seseorang pasti ada sebabnya. Yakinilah dengan Allah.
Kongsi Fit Ismail ini, mengandung bukan perlumbaan…
Mengandung bukan peristiwa untuk buktikan siapa yang paling subur atau siapa yang paling ramai anak..
Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong
Mengandung bukan bererti manusia yang hebat ‘menjadikan’ manusia baru..
Jangan mengandung kemudian buat sombong, kemudian meremehkan yang tidak mengandung
Dia lambat belum hamil lagi, padahal sudah lama kahwin, yang baru kahwin itu sudah mengandung ..
Sebab dia banyak dosa, sebab itu belum mengandung dan banyak lagi perkataan yang memeriksa hati..
Jangan Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil
Astaghfirullah,
Asal-usul manusia dari Tuhan, bukan dari manusia…
Manusia itu hanya perantara, apabila Allah mempunyai keredhaan meninggalkan hamba-Nya dan umat Allah dalam rahim manusia, maka Kun Fayakun maka jadilah, insyallah mudah bagi Allah…
Tetapi jika anda belum, percayalah bahawa Allah sentiasa mempunyai rancangan yang paling baik, jauh lebih indah daripada kata-kata manusia yang tidak berkesudahan.
Hormat sesama manusia…
Jangan hanya mulut anda digunakan untuk menyakitkan dan membandingkan orang
kita berbeza, kita tidak sama…
Buah pokok pun tak selalu sama masak masanya..
Jangan Dipandang Rendah
Jadi ingatlah, jangan dipandang rendah kepada mereka yang belum tiba rezeki zuriat mereka.
Anda tidak tahu betapa dalam luka yang mereka rasa, berapa kali telah mereka lalui..
kerana mereka masih belum melahirkan anak
Simpanlah kata-kata menghina, tetapi hadiahkanlah sokongan dan semangat buat mereka
Mingguan Wanita : Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Oleh itu mesti sentiasalah bersyukur dengan setiap Ketentuan-Nya dan di setiap kesabaran pasti ada ganjaran dari-Nya.