Tinggal Sekejap Dalam Kereta, Tengok-tengok Anak Ada Dalam Longkang

Kata ibu ini dalam hashtag yang dikongsi, ‘apa yang kita semai, itu yang kita tuai’. Kongsi ibu ini, Cik Puan Yaya.. betapa paniknya dia bila tengok anaknya yang bernama Fayyad tiada dalam kereta.

Dia dah pesan pada Fayyad agar duduk diam-diam dalam kereta. Ibunya mahu beli mi sekejap di kedai runcit. Bila patah balik tengok, anak dah tak ada dalam tu. Dalam debar itulah, ibunya nampak ada tangan budak kecil dalam longkang, sebelah kereta dia parking.

Allahuakhbar! Terkejut Tengok Anak Tiada Dalam Kereta

Fayyad, duduk dalam kereta diam-diam ya. Jangan pergi mana-mana. Mama nak masuk kedai runcit Ane tu jap. Nak beli mi kuning yang Fayyad suruh mama masak tu,” pesan saya kepada anak kecil saya.

Usai membeli mi kuning di kedai runcit itu, terus saya ke kereta. Allahuakhbar!! terkejut tengok anak tiada dalam kereta!

Fayyad!!!Fayyad!!!!“ Terpanggil-panggil namanya. Punyalah laju jantung saya berdegup, takut dia hilang!!!!!! sebab anak saya sangat aktif dan nakal. Macam nak pitam rasa. Panik!

Sekali terpandang sebuah motor dah terbaring di seberang jalan kedai. Allah! Risau takut Fayyad tumbangkan motor orang ke apa. Kelihatan seorang Pakcik terduduk tepi motor tu dan mengelap darah luka di kakinya.

Ads

Motor tu jatuh tepi longkang besar.

Terpandangkan di tepi longkang tu ada tangan budak kecil. Tengok-tengok Fayyad dalam longkang tu!!!!!

Selalu kalau dia main tepi longkang ke, main kotor ke, memang siaplah dia. Tapi kali ni terus rasa sayu, rasa sebak, rasa happy, terharu tengok anak kecil yang selalu nakal ni sedang berusaha mengutip topi keledar dan cermin mata Pakcik yang jatuh motor tadi di dalam longkang tersebut. Saya terus peluk Fayyad dan ucap terima kasih sebab tolong Pakcik tu.

Kenapa Fayyad Tolong Pakcik Tu..

Fayyad bagitahu saya, Pakcik tu mungkin pening dan terjatuh dari motornya. Apabila ada beberapa orang lain datang bantu angkat Pakcik tu, saya terus beredar.

Ads

Sewaktu dalam kereta saya tanya dia, “kenapa Fayyad tolong Pak Cik tu tadi?”.

Katanya, “bukan ke mama yang selalu kata kalau kita tolong orang, kita bagi orang makan, kita akan dapat pahala. Kan tadi kita dah dapat pahala?”.

Ohhhhh…dia pula ajar kita. So fahamlah, anak kecil ni dia akan ikut apa je yang kita cakap. Dalam hati senyum sorang-sorang. Rupanya dalam nakal-nakal anak kita ni, ada juga sifat yang baik.

Last sekali, kena bebel lah juga dia. Kalau ia pun nak tolong orang, jangan keluar kereta macam tu je. Kenalah panggil kita dan bagitahu kita dahulu nak pergi ke mana-mana. Bahaya! Angguk macam faham, tapi nanti buat lagi. Itulah budak-budak.

Ads

Ini Pengajaran Yang Ibunya Dapat

So lepas ni kena beringat:-
1. Jangan tinggalkan anak dalam kereta sorang-sorang. Takut terlepas pandang, mereka merayap ke mana-mana atau mungkin orang lain boleh bawa mereka ke mana-mana.
2. Kita selalu ajar buat baik pada semua orang. Tapi budak-budak kecil ni fikiran mereka tak matang lagi. Kena nasihatkan mereka, nak buat apa pun kena ada ibu bapa. Tak boleh tolong orang, sorang-sorang.
3. Kita kena beringat, anak hyper ni kadang-kadang pemikiran mereka di luar kotak pemikiran kita.

#pejuangjiwa
#apayangkitasemaiituyangkitatuai

Jangan marah isteri tidur dalam kereta, itulah tempat paling tenang buatnya.

MW : Bagus didikan ibunya untuk anak lelakinya, Fayyad. Semoga Fayyad membesar jadi anak yang membanggakan orang tuanya.

Sumber/Foto : Cik Puan Yaya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI