Tiga tahun Nurul ikhlas bermadu, Nurul janji akan jaga amanah iaitu anak-anak dan suami setelah pemergian kakak madunya. Sudah tentu apa yang berlaku ini memberi impak yang besar buatnya dan keluarga.
Umum mengetahui, Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Datin Bahazanariah Baharudin hidup bermadu dan hubungan mereka juga sangat baik.
Perjalanan Terakhir Kakak Madu
Alhamdulillah urusan pengebumian madu kepada Dato Nurul Zahid berjalan lancar. Biar pun masih sedih dengan perkhabaran duka ini, Nurul sempat berkongsi foto di akaun instagramnya mengiringi perjalanan terakhir madunya.
…perjalanan terakhir Kakak ku, Madu ku, Bidadari Syurga.. tunggu Nurul kat ‘sana’. Yaa Allah, jaga dia untuk kami. Pertemukan kami nanti. Allahuakbar
Rata-rata warganet mengucapkan takziah, memberi kata-kata semangat dan turut bersedih kerana masing-masing mengetahui betapa akrabnya hubungan Dato Nurul dan madunya.
Ads
Mohon Maaf Rahsiakan Penyakit Kakak Madu
Dalam masa yang sama, Dato Nurul turut meluahkan serta memohon maaf kepada semua kerana terpaksa merahsiakan penyakit kakaknya yang meyerang kembali selepas beberapa tahun lalu.
Ini perkongsiannya:
Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat.
Ads
Sekitar Ogos selepas raya Haji, doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.
Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangat saya. Kakak datang meminang dan minta saya dari Abah dan Mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.
Tiga Tahun Ikhlas Bermadu, Janji Jaga Amanah
Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumah tangga.
Ads
I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu
Menerusi perkongsian ini, ternyata hubungan mereka tidak akan terpisah biar pun madunya telah pergi. Semoga Dato Nurul serta tabah menghadapi ujian ini.
MW: Beginilah realiti kehidupan tidak semuanya pahit, lihat sendiri hubungan Dato Nurul dan madunya. Mereka berkongsi suka dan duka bersama-sama. Namun sayang hubungan ini tidak lama bila Allah lebih menyanyangi madunya. Al-fatihah.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku”
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Bersyukur Rezeki Allah
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Pelajar IPT mengaku pekebun buah elak ditangkap khalwat, sewa hotel beri alasan penat beli-belah. Apa jua pun alasan diberi namun ia sedikit pun tidak mengaburi mata penguatkuasa untuk menahan pelajar pasangan pelajar yang bermalam di hotel melakukan maksiat.
Dalam serbuan maksiat malam tadi oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), seorang lelaki sanggup menipu penguat kuasa dengan mendakwa dia merupakan pengusaha kebun buah bagi mengelak identitinya sebagai penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) terbongkar selepas dicekup berkhalwat, di sini, malam tadi.
Pelajar IPT Mengaku Pekebun Buah Elak Ditangkap Khalwat
Memetik laporan Kosmo Online, pasangan masing-masing berusia 24 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di sebuah hotel di pusat bandar Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan.
“Ketika disoal siasat, lelaki itu cuba berdolak-dalik dengan mendakwa dia bekerja sebagai pengusaha kebun buah di Selangor.
“Namun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, dia dan pasanganya akhirnya mengakui mereka merupakan pelajar tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPT di sini,” katanya dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Ujarnya, pasangan itu turut memberikan alasan hanya ingin berehat di hotel itu selepas penat berjalan-jalan di pusat beli-belah.
“Bagaimanapun, alasan itu sama sekali tidak logik kerana asrama wanita itu dan rumah sewa pasangannya terletak tidak jauh dari pusat beli-belah dimaksudkan.
“Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman” katanya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kata pelawak Ali Puteh, abangnya Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam, ada kebaikan yang sangat banyak. Namun, tidak sesekali dihebohkannya.
Apabila arwah meninggal dunia, kebaikannya Allah tunjukkan satu persatu. Terutama bab sedekah yang tidak pernah dikira-kira pun jumlahnya.
Menerusi perkongsian video live MalaysiaGazette ketika membuat tinjauan ke rumah arwah pagi tadi, dikongsikan oleh adiknya, Ali akan kemurahan hati abangnya yang amat luar biasa dalam bersedekah.
Memasuki hari kelima pemergian arwah, sehingga ke hari ini masih ramai yang mengunjungi pusara Allahyarham Abam. Sehinggakan penjaga tanah perkuburan itu telah siap-siap meletakkan kerusi dan air kerana pasti akan kehadiran orang ramai yang mahu ke tanah perkuburan abangnya itu.
Kredit foto : oh my media
Pemergian Abam Yang Dicemburui
Bak kata Ali, cemburunya orang ramai disebabkan cara pemergiannya itu. Allah ambil dia dengan menjadi sangat luar biasa. Dengan ribuan manusia yang datang mahu menguruskan jenazahnya. Baik di masjid mahupun ketika di hospital Selayang.
Sehinggakan berpusu-pusu kakitangan hospital Selayang yang turun ke unit forensik (ketika itu) mahu melihat dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.
Ketika membawa jenazah abangnya ke masjid, Ali sendiri berasa hairan dengan kesesakan jalan raya menuju ke masjid. Seingatnya itu waktu puncak orang balik kerja, rupanya kesesakan itu berpunca daripada ramainya orang yang mahu ke masjid menunggu jenazah abangnya.
Waktu membawa turun jenazah abangnya, ada sesetengah orang yang tidak dikenali mengusung abangnya ke bilik mandi jenazah.
“Satu jenazah dekat 60 orang nak pegang. Sehinggakan ada yang sentuh hujung jari. Begitulah Allah angkar darjatnya.. sangat murni.”
Kisah abangnya ini boleh dijadikan pengajaran untuk mereka-mereka yang masih hidup. Bahawa berbuat baiklah pada sesiapa pun. Kerana kita takkan tahu macam mana pengakhira hidup kita nanti.
Tak Mampu Nak Mandikan Jenazah Abang
Akui Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan lagi, sebelum ini dia lah yang memandikan jenazah arwah anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, 3 bulan yang meninggal akibat komplikasi jantung. Begitu juga dengan jenazah arwah ayahnya, dialah juga yang memandikan.
Tetapi tidak mampu untuknya memandikan jenazah abangnya. “Ia satu benda yang saya tak boleh jangka.”
Ketika dia keluar dari bilik mandi jenazah yang ada di dalam masjid itu, Ali nampak betapa ramainya budak-budak memakai baju sekolah agama sedang menjaga pintu bilik mandi jenazah.
Dia hairan mengapa, orang tua boleh membiarkan budak-budak itu di situ. Bila ditenung dalam-dalam rupanya, itulah ‘adik-adik kami’ iaitu anak-anak yatim yang ditanggung arwah sebelum ini.
Bila ditanya katanya mereka mahu tunggu Abam. “Doa anak-anak yatim yang luar biasa. Bila jenazahnya diusung ke dalam masjid, anak-anak yatim yang dia tanggung ini selit mahu usung juga.”
Sayangnya arwah pada adik-adiknya, kata Ali.. dia sanggup belanja anak-anak ini makan 7 ke 10 bucket KFC dan makan dengan anak-anak ini apabila dapat rezeki lebih.
“Benda ini dia tak hebahkan. Dia tak menunjuk yang dia perlu dipuji. Tak juga bagitahu hari ini dia di mana untuk sampaikan sumbangan. Katanya, untuk apa kita tunjuk. Nanti jadi tak best.”
Sebab itulah sewaktu solat jenazah, yang ada dalam barisan hadapan adalah imam-imam, ustaz-ustaz malah alim ulama yang tersohor.
Kena Tipu Pun Tetap Bersabar
Baiknya Allahyarham ini ada juga yang mengambil kesempatan dengan kebaikannya. Sehinggakan dia pernah ‘bank in’ duit pada individu yang merayu susah mahu tanggung anak-anak.
Malangnya, sebaik duit dimasukkan ke dalam akaun, individu tersebut telah ‘block’ arwah dari menghubunginya.
Bila jadi macam itu, arwah cuma cakap “Kalau orang tipu, takpelah biar dia jawablah dengan Allah.. aku cuba bantu.”
Kredit foto : mforum-cari
Siapa Saja Dia Jumpa Akan Belanja Makan
Allahyarham ini pemurah dalam bab belanja orang makan. Kata adiknya, pernah dia pergi ke satu kedai mamak yang padat dengan pelanggan. Kemudian, dia belanja semua pelanggan yang ada di situ.
Bukan sekali, tapi beberapa kali arwah lakukan perkara itu.
“Di kedai nasi ayam, saya meeting dengan dia. Kemudian, dia minta kira semua yang ada dalam kedai tu. Tapi jangan cakap siapa bayar.”
Tapi tuan kedai beritahu juga dan individu yang tahu datang memeluknya.
Akui Ali, sedekah yang abangnya lakukan itu sangat mustahil. Walau di restoran mewah, sekali pun abangnya tetap akan belanja pelanggan yang kebetulan ada sekali dengannya.
Waktu hari lahirnya pada 19hb, abangnya telah menempah 8 buah meja di satu kedai makan dan menjemput rakan-rakannya makan. Malah, siapa yang lalu pun di jemputnya makan sama.
Kredit foto : mstar
Taja Dana Pergerakan Dakwah Ustaz
Dalam diam, rupanya arwah abangnya juga pernah menaja setiap pergerakan dakwah seorang ustaz yang juga penceramah bebas di Kuantan.
Baik ketika ustaz mahu berceramah, buat kuliah subuh ditanggung sepenuhnya oleh abangnya. Sebab itulah, ustaz cukup terkesan dengan pemergian arwah abangnya itu.
Begitu juga dengan adik-beradiknya, tidak pernah sekali pun abangnya berkira. Pernah Ali menyakat abangnya agar membeli air botol untuk keluarga.
Arwah berikan not seratus pada adik. Adik bawa pulang 4 ke 5 botol air. Kemudian, abangnya tegur “Mahal air ni.. 4 5 botol seratus.”
Tapi satu kebaikan arwah, dia tidak minta balik duit yang dia berikan pada adik-adiknya. Kebaikan yang abangnya tinggalkan inilah menjadi tugasan Ali seterusnya untuk melunaskan apa-apa yang tinggal.
“Saya cuba lunaskan legasi dia.. insyaAllah” janji Ali Puteh.
MW : Moga anda juga terinspirasi untuk menjadikan sedekah sebagai satu kebiasaan. ‘Biar sampai tangan kiri tak tahu pun kebaikan yang tangan kanan lakukan.’
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...