Terkini daripada KKM, jika anda positif Covid-19, tidak bergejala dan tidak berisiko tinggi, anda tak perlu datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC). Duduk rumah, jalani kuarantin kendiri di rumah dan pastikan ada tiga benda penting ini.
Kerana dengan tiga benda penting ini boleh membantu anda memantau keadaan kesihatan diri dari hari ke hari. Menurut Dr Izzar Anwari lag, bukan saja yang positif Covid-19, jika tidak positif pun tetap perlu ada tiga benda berharga ini.
AKU POSITIF COVID KENAPA SURUH DUDUK RUMAH JE!
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang-orang jauh je. Sekarang orang-orang rapat dalam famili & kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah-tambah dengan delta variant ni kan. Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan. 4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
Sebab tu bagi saya, anda WAJIB mendapatkan:
- Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
- Blood pressure monitor
- Thermometer – Ukur suhu badan
Beli Sekarang Tiga Benda Ini
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat. Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat.
Ada kes yang tak tau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula-mula CAT1 pastu tiba-tiba CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Kalau delta varian ni ganas ye.
Jangan main-main. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul-betul dan ambil tindakan segera.
Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa-apa terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa-apa pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua. Nanti bila free saya explain penggunaan alat-alat ni.
Mingguan Wanita : Berdebar dengan kematian sana sini, tiba-tiba rasa nak cari tiga benda yang doktor sarankan ini.
Sumber/Foto : Izzar
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI