Sesungguhnya tidak lemah seorang suami di mata anak dan isteri bila dia sedia menerima apa sahaja teguran. Sebaliknya lelaki sebegini akan dihormati dan disayangi ahli keluarganya.
Suami yang bersedia menerima teguran serta merendahkan ego semata-mata untuk isteri dan anak adalah antara lelaki yang hebat. Percayalah rumah tangga akan bertambah bahagia jika ketua keluarga memiliki perwatakan seperti ini.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami mengapa seorang suami perlu menjadi ketua yang baik :
Ketua Keluarga Perlu Sedia Menerima Teguran
Suami kan ketua, jadi mestilah jadi ketua yang paling baik. Antara sifat yang mesti kita jaga sebagai ketua adalah kita kena mudah terima teguran.
Baik ini 5 tips untuk suami jadi pemimpin yang baik;
1. Rasakan yang setiap teguran itu datang daripada Allah. Walaupun yang menjadi tukang tegur itu kadang isteri kita sendiri, anak-anak, adik beradik atau ibu bapa kita dan mertua sekali pun, ingatlah itu hakikatnya daripada Allah.
Jadi kita akan tenang. Tak melenting semula. Tapi kalau yang ditegur itu hal yang salah, abaikan. Diam saja.
2. Kena latih diri untuk merendahkan hati. Ini penting waktu kita sedang bercakap dengan isteri. Dengan anak-anak pun sama.
Belajar mendengar dan belajar juga untuk setuju dengan perkara yang betul. Ingat, kita bukan tahu semua benda. Ada juga yang kita memang tak tahu.
Tak Kisah DiTegur, Bukan Kemenangan
3. Jadikan kebenaran sebagai matlamat utama rumah tangga kita. Setiap kali kita ditegur, kita tahu yang kita nak dapatkan nanti ini adalah kebenaran. Bukan kemenangan.
Ads
Banyak kali berlaku, kita nak menang saja. Itu yang sudahnya benda salah pun kita kata betul.
4. Rasakan yang kita memang hendak baiki diri dengan mengutip dan mengumpulkan banyaknya teguran yang membina. Yang utama daripada isteri kitalah. Dia kan wanita yang paling kenal kita siapa? Begitu kan?
5. Belajar berlapang dada bila kita tahu yang kita sebenarnya selama ini berpegang pada hal yang salah.
Haa! Baru hari ini kita tahu yang betulnya begitu begini. Yang kita buat selama ini salah.
Belajarlah.
Tidak Lemah Seorang Suami Di Mata Isteri & Anak
Inilah kawan-kawan tips untuk kita. Suami yang sedia menerima teguran dan belajar mencari kebenaran bukan meletakkan diri dia dipandang lemah, sebaliknya meningkatkan wibawa diri dia sendiri di mata isteri dan anak-anak.
Rasulullah pernah tinggalkan pesan ini buat kita; “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya memiliki sebenar zarah daripada kesombongan.”
Allahu. Takkanlah kita sanggup pertahankan ego dan sombong kita depan isteri semata-mata untuk menjauhkan diri dari syurga?
Itulah. Firdaus Mokhtar, Belajar lagi dan lagi.
Ads
Mingguan Wanita : Biarlah kita mengaku kalah daripada menegakkan benang yang basah. Cakap mak-mak ini selalu fakta dan benar belaka. Betul tak?
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan diantara adik beradiknya.Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral.Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua.Bila mana anak-anak yang bijak pandai,sibuk bekerja.Sebab itula jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Mak ayah pastinya terharu apabila anak yang semakin meningkat dewasa, kini sudah tahu berbakti serta menunaikan tanggungjawabnya pada kedua ibu bapa. Pemberian duit belanja pada mak ayah, meskipun tak seberapa jumlahnya, niat ikhlas dan mendapat keberkatan itulah yang paling utama.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Norman Hakim, 45 cukup terharu dan tersentuh hati dengan tindakan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17 yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja.Difahamkan, Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online.
Tak Pernah Meminta Anak Bagi Duit
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, dia tidak pernah mengajar Danish untuk berbuat sedemikian, namun anaknya belajar dari apa yang sering dilihat dan dilakukan.
Dalam perkongsian tersebut, Norman menyatakan pemberian tersebut telah beberapa kali diberikan serta menunjukkan jumlah yang diterima iaitu sebanyak RM200.
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah-bertambah bila bersedekah dan bagi duit belanja pada parents.
We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya.
Doa Bisnes Anak Dipermudahkan
Dalam pada itu, bekas pengacara Mingguan Wanita Talkshow ini juga turut mendoakan agar bisnes dan perjalanan anak lelakinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan Allah.
Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada 8 Januari 2002, namun bercerai pada 18 Disember 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
MW: Tak kiralah berapa pun jumlahnya, memang terharu bila anak yang bagi duit belanja dengan hasil titik peluhnya sendiri. Anak dah semakin dewasa dan tahu erti tanggungjawab untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan.
Tidak dinafikan, melihat anak dicucuk setiap hari untuk mengetahui paras jaundis membuatkan hati mak, ayah susah hati. Maklumlah anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa dicucuk berkali.
Tetapi ianya bukan alasan untuk mak ayah berikhtiar dengan cara melampaui batas. Mak ayah jangan amalkan petua pelik iya, semata-mata nak cepat turunkan jaundis bayi.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini dan ketahui apakah punca sebenar jaundis kerap berlaku pada bayi baru lahir.
Mak Ayah Jangan Amalkan Petua Pelik
Ya Allah. Ramai lagi rupanya yang duduk amalkan petua pelik-pelik ini. Sudah tahun 2021 pun masih ada yang sanggup biar bayi kena rendam dalam air cincau semata-mata nak cepat turunkan paras kuning (jaundice).
Bangga pulak itu. Siap diviralkan. Jangan macam itu mak-mak semua. Boleh hendak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna saja kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ini. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan manusia, Tuhan sudah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Bilirubin ini akan diproses di hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui najis dan air kencing.
Apa yang berlaku pada bayi yang baru lahir, organ hati dia itu baru nak warming up. Sudah boleh function, tapi slow saja lagi.
Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak dalam darah. Akhirnya timbul di kulit hingga nampak kuning.
Memang ada kajian menunjukkan, seramai 50 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang boleh dapat kuning jaundice ini.
Penting Pantauan Melalui Ujian Darah
Tapi tak bermakna, semuanya perlukan rawatan. Kebanyakannya akan reda balik dalam masa 2 minggu. Yang penting ialah pantauan melalui ujian darah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan segera bila perlu.
Dalam masa sama, tugas kita mak ayah pastikan si comel tu kerap disusukan supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak.
Gagal menyusukan bayi secukupnya hanya akan buatkan tubuh dia terdehidrasi dan paras jaundice semakin menaik.
Jangan Biarkan Level Bilirubin Tinggi
Paling menakutkan kalau tak dipantau. Kita mungkin tak sedar yang level bilirubin sudah jadi sangat tinggi hingga akhirnya menyerang otak (kernicterus). Tak pasal-pasal budak itu sawan dan cacat otak kekal.
Tolong #share info ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye. Bila si comel tu mengalami kekuningan, paling penting ialah pastikan dia dipantau dan diberikan susu secukupnya.
Bukan ajar petua yang mengarut dan buatkan mak mak semua jadi makin stres.
MW: Buat mak-mak yang baru melahirkan bayi dan anak terkena jaundis, kerapkan menyusu bayi. Berpada-padalah nak berikhtiar sekalipun, bimbang keadaan bertambah buruk dan memudaratkan kesihatan bayi.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...