Tidak lagi kurus kering, adik Bella muncul di hadapan awam bagaikan puteri. Cantik & makin berisi. Dahulu tubuh ini sangat kurus, kulitnya penuh parut luka. Wajahnya muram kerana kesakitan ditanggungnya akibat didera.
Hari ini merupakan hari penentuan buat anak syurga ini kerana dirinya akan memberi keterangan akhir dan kemudian pihak pendakwaan akan menggulung kes. Dan di peringkat akhir, hakim akan membuat keputusan sama ada wujud kes dera terhadapnya dan jika benar, tertuduh Siti Bainun perlu membela diri.
Namun apa yang lebih menerujakan, hari di Mahkamah Jalan Duta, adik Bella tampil dengan pakaian frozen, umpama seorang puteri turun dari kayangan untuk memberi keterangan dalam kesnya.
Dikongsikan oleh Puan Mona Din, yang mengangkat isu ini dahulu, pertemuan pertama mereka secara nyata memberikan seribu rahmat kerana wajah anak syurga ini di depannya pagi tadi.
Puan Mona Din bersama adik Bella, kali pertama bertentang mata sejak memperjuangkan kesnya
Ikuti perkongsiannya.
22-09-2022 / Mahkamah Jalan Duta
Hari yang sangat manis. Walau awalnya terlekat dalam jem dek hujan lebat di pagi hari, saya ingat dah tak sempat nak sampai mahkamah sebelum 9am, hancurlah impian saya nak dapat tengok masa Bella tiba, namun Alhamdulillah, Allah Yang Maha Penyayang tetap memaqbulkn doa saya.
Ads
Sebaik mahu membelok masuk area parking mahkamah, tiba-tiba ada kereta keluar..! Very rare ok, mana ada orang keluar dari parking jam 9.05 pagi. Tapi Allah dah janjikan rezeki saya, dapat terus masuk parking. Syukur, terima kasih Ya Allah. Kemudian toleh tengok belakang, MashaAllah ada payung dalam kereta. Ni pun rare juga haha.
Then terus berlari dalam hujan. Sambil kepit beg kertas yang ada baju kurung for Bella. Sampai je dalam building mahkamah, terus nampak my Pengerusi Persatuan Sindrom Down, team Persatuan Bunga2 Syurga, bersama anak-anak istimewa Sindrom Down, sedang mnunggu. Fuuh, maknanya Bella belum masuk lagi. Ada rezeki nak tengok Bella, Alhamdulillah. Dan masa tu sebaik saya angkat muka tengok luar, kelihatan seorang PRINCESS sedang berjalan masuk.
Tampil bagai puteri animasi kesukaannya iaitu filem FrozenInilah anak syurga Bella. Tubuhnya tidak lagi kurus seperti dahulu sebaliknya semakin berisi dan cantik
ADIK BELLA !!
Ohh Subhanallah, Bella pakai crown dengan gaun FROZEN, animasi kesukaannya. Saya terus jerit kat Elly Mokhtar, Elly Bella tengah masuk. U ambil video ! Saya nak buat LIVE. Saya buka fb, cari button live tak jumpa, hajat tak sampai, ya ampun !
Akhirnya, bukan hanya dapat melihat Bella, tetapi juga mdekatinya, menyerahkan sendiri sepasang kurung pink itu kepadanya, memeluknya, mencium lembut pipinya.. SUNGGUH SAYA MENAHAN AIRMATA..!
Ads
Keep strong Bella. Aunty sayang Bella. Itu yang sempat saya bisikkan kepada Bella… Akhirnya, for the first time setelah lebih setahun berjuang untuk Bella, pada hari yang hujan ini, Allah hadirkan rahmatNya, Bella berada di depan mata. Terima kasih Ya Allah. #JUSTICEFORBELLA.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang bergelar “mak” pasti susah hati setiap kali berjauhan dengan anak. Acapkali terpaksa berjauhan dan anak tiada di depan mata, pasti berjela-jela pesanan dan doa buat si anak.
Tidak kiralah ke mana pergi, pasti doa seorang mak sentiasa mengiringi. Ustazah Asma Harun juga tidak lari daripada kebiasaan ini. Setiap pagi pasti dia akan mengosok kepala anaknya dan akan bacakan zikir dan Surah Ar-Rahman. Ikuti perkongsian daripada suami ustazah tentang rutinnya:
Kebiasaannya masing-masing akan menghulurkan kepala kepada umminya sebelum ke sekolah. Raihanah pun suka, dia pun beratur sama. Suka kepalanya digosok-gosok umminya walaupun baru tiga tahun, lalu dibacakan:
1. Ya Hafiz (Yang Maha Menjaga) Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara) – dibaca tiga kali .
2. Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 4.
3. Dipesan احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ (jagalah Allah, Allah akan menjaga mu).
Dengan harapan kepada Allah jualah diserahkan anak-anak untuk dijaga. Dijaga akhlak mereka dan dipelihara diri mereka. Kerana di sekolah dan dimana-mana, Allah jualah sebaik-baik penjaga dan pemelihara.
Kemudian, dihulurkan kepala ke dalam kereta..
Jom Abi, dah lewat ni… Baik… 2 Hari ini Ummi dan Abi ke Perak setelah bercuti bersama tiga hari, nanti Ummi doakan dari jauh dan ada yang menghantar ke sekolah.
Alhamdulillah, mereka juga ternanti-nanti rutin malamnya…
Gambar dibawah Abi rakam ketika Ummi Asma Harun tinggalkan amanah dalam fail masing-masing sebelum keluar beberapa hari untuk dakwahnya.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan rutin serta amalan mak-amak setiap hari. Harapnya anak kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman yang kini mempunyai sakit jantung telah dikunjungi pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Memberi pesanan kepada Ustaz Ebit, andai pergi dahulu, dia mohon sampaikan mohon maaf pada semua.
Ustaz Ebit yang umum mengetahui keikhlasan dan kemurahan hati membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan pelbagai bantuan sanggup terbang ke Kelantan untuk bertemu dengan Bob Lokman dan menghulurkan bantuan.
Andai Pergi Bob Lokman Nak Minta Maaf, Sayang Semua Orang
Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustaz Ebit terus menaiki pesawat untuk bertemu dengan Bob Lokman selepas mendengar kesulitan dan perlukan perbelanjaan untuk pembedahan jantung.
“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.
“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu Isabella.
Bob Lokman menangis ketika kunjungan Ustaz Ebit ke rumahnya.
InsyaAllah Panjang Umur Selamat Semuanya – Ustaz Ebit
“Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.
“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.
“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang Bob Lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew.
Sebelum ini seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Bob Loman memberitahu tentang keadaan kesihatannya terkini.
“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” kongsinya.
Difahamkan Bob Lokman mengalami masalah jantung sejak tahun 1998. Namun baru-baru ini dia pitam dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.
Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung. Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.
Mohon Jika Ada Yang Sudi Menderma
“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.
“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya yang menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.
MW: Semoga Bob Lokman diberi kesembuhan segera. Amin.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Ebit Lew
Sumber: Harian Metro
Operasi mencari dan menyelamat Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih dikenali dengan nama Acap terus digerakkan oleh pihak Bomba. Malah Sabtu ini seramai 160 anggota PDRM akan melakukan misi pencarian Acap secara besar-besaran.
Hari ini, sudah 21 hari Acap tidak dapat dikesan jejaknya. Beberapa sukarelawan ada yang masih meneruskan misi mencari Acap dengan biaya kos mereka sendiri. Ada juga yang sudah kembali meneruskan tugas hakiki.
Malah pemuda Broga, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 yang pernah hilang disorok bunian turut mendaki Bukit Batu Putih bersama Bomba. Meninjau lokasi terakhir Acap sebelum dilaporkan hilang.
“Bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu.” maklumnya yang turut ditemani ibunya, Rohana Saad, 51.
Sesungguhnya ujian kehilangan anak ini amat berat untuk ditanggung. Begitu juga tak mudah untuk seorang isteri dan anak, melupakan perasaan rindu pada suami dan ayah yang cukup dinanti.
Ada Kes Orang Hilang Lebih Setahun Baru Jumpa
Sebenarnya beberapa tahun lalu, ada juga kes orang hilang yang melibatkan rakyat Malaysia. Kehilangan itu mengambil masa, hingga 46 hari malah lebih setahun untuk ditemui. MW imbas kembali kes-kes terdahulu yang pernah berlaku :
Kes 1 : 46 Hari, 7 Anak Orang Asli Sesat Di Hutan
Sayu sebenarnya kisah anak-anak orang asli yang hilang di Pos tohoi, Gua Musang ini. Selama 46 hari mereka tidak pulang ke asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.
Kejadian ini berlaku pada 23 Ogos 2015, yang mana murid-murid ini tidak pulang ke asrama kerana takut dihukum. Selepas mereka mandi sungai berhampiran sekolah tanpa kebenaran.
Operasi mencari anak-anak ini melibatkan PDRM, Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia, RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), penduduk kampung dan ibu bapa mangsa.
Sehinggalah pada 7 Oktober 2015, seorang mayat kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ini dtemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias, iaitu kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.
Dua hari kemudian, dua daripada tujuh kanak-kanak itu dijumpai selamat dekat Sungai Perias. Mereka adalah Norieen Yaakob, 10 dan Miksudiari Alij, 11.
Pencarian empat lagi kanak-kanak orang asli diteruskan sehinggalah hari ke-51.
Kes 2 : Setahun Hilang Di Madinah, Dijumpai Di Makkah
Jemaah umrah Malaysia bernama Nor Azimah Ibrahim, 32 ini pernah dilaporkan hilang pada 19 Disember 2015 di Madinah. Ibu kepada seorang anak perempuan ini berlepas ke Tanah Suci dengan ibu dan bapanya pada 11 Disember 2015.
Pada hari kehilangan Azimah, ibu dan bapanya ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. Tetapi anaknya tak mahu ikut dan pulang ke hotel. Ketika dalam perjalanan pulang itulah dia pengsan lalu dihantar ke hospital.
Apabila mendapat perkhabaran ibu bapanya bergegas ke wad kecemasan hospital. Setibanya di sana, dikatakan Azimah sudah keluar. Sejak itu mereka tak lagi bertemu anaknya.
Bagaimana pun, setahun selepas kehilangan anaknya, iaitu pada 13 Disember 2016 Azimah ditemui semula. Pihak berkuasa Arab Saudi menghubungi pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah.
Dimaklumkan wanita ini ditahan di pusat tahanan imigresen di Makkah. Awal Januari 2017, Azimah kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Shah Alam.
Namun, sampai hari ini kisah sebenar kehilangan Azimah selama setahun lamanya masih menjadi tanda tanya.
MW : Semoga kehilangan Mohammad Ashraf ini dapat dirungkaikan oleh pihak pencari. Sama-samalah kita wahai rakyat Malaysia, jangan berhenti berdoa yang baik-baik untuk Acap dan mereka yang terlibat dalam misi mencarinya.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Astro Awani, Mstar, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!