Masih tiada anak, itulah yang selalunya ditanya oleh suami isteri selepas mendirikan rumahtangga. Tak kiralah baru sebulan, lima bulan, enam bulan ataupun setahun, tentunya perkara pertama akan keluar daripada mulut sanak saudara atau kawan-kawan.
Mungkin rezeki suami isteri, sebulan berkahwin sudah ada tanda-tanda, mengandung anak pertama. Tak kurang juga yang ambil masa bertahun-tahun menunggu cahaya mata.
Orang cakap anak menjadi pelengkap untuk suami isteri dan kononnya tiada anak seolah-olah suami isteri tidak bahagia.
Jangan begitu, rezeki yang Allah beri macam-macam cara. Bukan tiada anak, hubungan suami isteri tidak bahagia. Sebab ada suami isteri yang berkahwin berpuluh-puluh tahun tapi belum dikurniakan anak tetap bahagia. Sebabnya, ada pelbagai saluran yang Allah berikan pada setiap hambanya.
Perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli ini ada benarnya. Tak perlu nak perli bila ada pasangan yang belum dikurniakan anak. Semua ini adalah anugerah Allah, Dia yang lebih tahu dan aturkan segalanya.
Ini salah satu bentuk tanggapan yang salah. bahagia tidak semestinya dengan menimang cahaya mata, dapat pasangan yang baik juga adalah suatu nikmat kebahagiaan.
Biasa berlaku, lepas 6-7 bulan pasangan baru berkahwin, akan ada suara-suara yang berbunyi,
“dah berisi ke?”
“dah berbadan dua ke?”
“isteri kamu apa cerita, bila lagi nak menimang anak?”
“bila lagi nak jadi mak budak?”
Yang lebih dahsyat lagi, “merancang ke tu?”, “sian dapat suami / isteri mandul”. Kata-kata ni memang sakit bila didengar. Cuba kita duduk di tempat mereka yang belum dikurniakan zuriat, apa perasaan?
Ada rakan teman yang dah lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat, dia cerita pengalaman, isterinya sampai tak nak keluar rumah, dah tak nak jumpa kawan-kawan sebab buat sakit hati je, bila jumpa kawan-kawan, akan ada suara-suara sinis seolah memerli.
Kenapa la nak diperli, soal zuriat ni bukannya kerja kita, ia adalah anugerah Allah.
Ads
Jangan Sedih, Ada Sebabnya
Wahai isteri dan wahai suami yang masih belum direzekikan anak, janganlah berasa terlalu dukacita dan janganlah sesekali bersangka buruk denganNya. Allah belum bagi sebab Allah sayang. Dia ingin mendengar doa kita, dan Dia nak lihat bagaimana sabarnya kita dalam penantian.
Nabi Zakaria a.s, tak pernah putus asa merintih dalam doa Baginda, akhirnya tak disangka-sangka pada usia tua menimang cahaya mata iaitu Nabi Yahya a.s. Tiada yang mustahil bagi Allah, kalau Allah nak bagi, Dia boleh bagi. Teman pernah tengok pasangan yang setelah 20 tahun berkahwin baru Allah bagi zuriat. Betapa bersyukurnya mereka.
Mungkin juga kita terlepas pandang, bahagia tidak semestinya dengan menimang cahaya mata, bahagia banyak salurannya, cuma sumbernya hanya satu, ianya daripada Allah.
Tak direzekikan anak, tapi dapat suami yang baik dan penyayang, tak menimang cahaya mata tapi dapat keluarga mertua yang baik. Ini semua rezeki juga.
Semua Ujian Kehidupan
Ada pasangan yang mudah Allah kurniakan mereka anak, bersusun anak Allah bagi, tapi malangnya suami abaikan isteri dan anak-anak, suami selalu pukul isteri, suami tak bagi duit belanja, isteri pula yang kena bekerja menanggung belanja anak-anak.
Ya, semua itu ujian dalam kehidupan. Tak ada siapa yang tiada ujian. Apa yang teman nak tekankan kat sini, “Teruskan Bersangka Baik Dengan Allah”. Gunalah mata lebah dalam melihat ujian Tuhan, janganlah guna mata lalat yang selalu melihat keburukan.
Ads
Semua yang Allah bagi semuanya bersebab. Paling penting, jadilah hamba yang selalu mensyukuri, sebab Allah janji ,”Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu…” (Ibrahim: 7)
#jiwatenang
MW: Dia belum lagi beri rezeki anak tapi Dia beri rezeki mentua, pekerjaan yang baik dan sebagainya. Kita hambanya kena fikirkan yang baik-baik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Seorang lelaki tak akan dapat hidup tanpa seorang wanita. Begitu juga sebaliknya. Bila sudah berumahtangga, hidup suami berkisarkan pada isteri dan keluarga. Begitu juga dengan isteri yang mendambakan seluruh kehidupan untuk suami.
Sebab itulah Allah, jodohkan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi dan menampung kekurangan pada diri masing-masing. Hidup suami tentunya tidak akan lengkap dan sempurna tanpa seorang isteri.
Bersyukurlah, adanya isteri di sisi untuk menjaga keluarga dan uruskan rumahtangga. Bagi hidup suami pula adalah melaksanakan tanggungjawab yang diberi sebagai seorang ketua keluarga.
Percayalah, tidak ada wanita lain yang mampu untuk bahagiakan hidup suami. Isteri lebih kenal hati budi suaminya. Inilah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Roslan tentang wanita istimewa dalam hidupnya. Moga ia memberi panduan buat suami isteri di luar sana.
Berdepan dengannya, saya ikat tepi ego diri dan saya cuba membuka hati dan menadah telinga buatnya.
Bila ego di rendahkan, baru lah kita boleh belajar dan membaiki diri.
Kita kena membuka hati, sekalipun pedih dan pahit, itu semua adalah ubat untuk menguatkan hati kembali.
Bila menadah telinga, setiap bebelan dan leteran darinya menjadi didikan dan panduan untuk saya menjadi suami yang lebih baik lagi.
Ya,
Gambar di bawah bukan lakonan tapi realiti.
Bacaan Al Quran saya kurang baik, malah setelah berkahwin dengannya, dia yang ajarkan saya hafal doa qunut dan hafal bacaan dalam solat yang betul.
Sebab itu, segala yang saya tulis dalam facebook ini adalah semuanya untuk dia.
Saya letakkan dia paling atas dalam hidup ini. Dia wanita kesayangan Allah dan disayangi saya sampai saya hidup di hujung nyawa nanti.
Isteri Terbaik
Percayalah,
Kita akan jadi seorang lelaki yang baik, jika kita ada seorang wanita yang baik. Isteri yang sekalipun hanya kita yang tahu siapakah dia, tapi takkan ada wanita lain di luar daerah keluarga yang mampu bahagiakan kita seperti isteri kita.
Menghargai isteri, adalah mensyukuri nikmat Allah ini.
Andai ada pahala dan pandangan Allah dalam setiap yang saya lakukan di dalam kehidupan atau pejuangan, semuanya untuknya.
Dia tak like status saya kerana dia berjuang 24 jam syurga taskanya.
Adapun dia tak like status saya kerana dia kenal saya dan lebih faham setiap tulisan saya.
Dia dah 15 tahun ‘like’ saya dan menjadi satu followers dari berpuluh ribu hari ini.
Hari ini, bukan hari ibu atau hari wanita, atau harijadi dia. Tulisan ini adalah untuk kalian tahu,
Isteri itu, kurniaan dan anugerah yang Allah bagi hanya sekali.
Jagalah isteri kalian yang hari ini semakin sunyi, sepi dan sedang mahu dirosakkan keadaan dan kejahatan duniawi.
Selamatkanlah isteri kita sendiri, dengan nyawa dan jiwa kalian sendiri.
#sweeterapi
#tatabu
MW: Kejayaan seorang suami, bila ada wanita di belakangnya yang sentiasa menyokong dan sanggup susah senang bersama.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Jaga anak kecil bukannya boleh buat mak-mak rileks. Mungkin ada satu tahap boleh hilang sabar di buatnya. Lepas tu, mulalah menyesal bila ingat kembali apa yang dah dilakukan.
Tanpa kita sedar, waktu jaga anak kecil ini tak selamanya mereka kecil. Masa akan berlalu dan pasti kita akan rindui waktu anak-anak kecil nanti. Mungkin juga ada mak-mak fikir alangkah baiknya kalau mereka kecil selamanya.
Maklum sajalah, layan anak kecil tak sama dengan layan anak yang dah besar. Karenahnya berbeza dan tahap kesabaran mak ayah pun berbeza juga. Betul tak?
Sebab itu, mak-mak jangan mengeluh bila jaga anak kecil, mereka ini tak selamanya kecil. Layan saja dan nimmatilah momen indah mereka ini. Nanti bila dah besar, tentu akan rindu kenangan ini.
Dalam perkongsian Azura Nasir ini seolah mengimbau kembali momen indah bersama anak-anak. Masa mereka dilihat cukup bijak berkata-kata dan ada masanya datang sifat mengada-ngada sampai pening mak ayah di buatnya.
“Malam-malam begini tiba-tiba aku jadi rindu bila teringatkan anak-anak sewaktu mereka kecil dahulu.
Waktu itu, masing-masing berebut nak tidur di pangkuan. Masing-masing berebut nak duduk di sebelah waktu menonton tv. Masing-masing petah bercerita tentang hal-hal seharian di sekolah ketika makan malam. Masing-masing belum tahu erti malu-malu minta dipeluk dan dicium. Lalu bergumpallah kami tiga beranak berpelukan.
Pulang dari sekolah, dari jauh lagi mereka sudah tersenyum riang bila nampak aku berdiri menunggu di hadapan gate sekolah. Berlari-lari lalu menangkap tangan dan berpimpinan kami menuju ke kereta sambil menghayun tangan.
“Ibu, boleh tak singgah kedai. Nak beli air ngan jajan”
Rindu. Rindu sangat.
Sekarang ni, bila aku membaca tentang bagaimana kawan-kawan bercerita tentang lelahnya mereka menguruskan anak-anak yang masih kecil, aku hanya mampu berkata di dalam hati…
“Nikmatilah momen-momen ini. Kelak kamu akan rindukan hiruk pikuk riuh rendahnya suasana ini. Penat yang sedang kamu rasakan ini tidak akan lama wahai teman.
Tiba masa nanti anak-anak kamu akan pandai menguruskan diri mereka sendiri. Dan waktu itu kamu akan rindukan keletah mereka mencari-cari dan memanggil-manggil kamu meminta perhatian”
Waktu tidak akan bisa diputar semula. Nikmatilah setiap detik waktu yang sedang kita jalani ini dengan sebaik-baiknya. Kelak apabila kita rindukan kenangan-kenangan, pastikan ianya tidak diiringi dengan penyesalan.
Mingguan Wanita : Sungguh..bila tengok kembali gambar masa kecil, geramnya lahai…tapi apakan daya masa yang berlalu tidak akan diulang kembali.
Sebagai seorang wanita kita harus sedar bahawa setelah berkahwin, suami merupakan syurga seorang isteri. Walau siapa pun suami kita, walau bagaimanapun perangainya sesungguhnya itulah yang Allah telah pilihkan sebagai jodoh buat kita.Segala ketaatan haruslah disandarkan pada suami selagi mana ia tidak bertentangan dan diluar batasan perintahNya.
Terkesan sungguh dengan bait kata-kata oleh wanita yang menggunakan nama pena Bonda Nor ini. Pesanannya cukup bersahaja, namun nasihatnya cukup bermakna buat kita para isteri yang sering alpa, agar berubah menjadi isteri yang terbaik buat suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
“Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!”
Banyakkan Minta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Jadi Asbab Kebaikan
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Redha Suami
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para isteri, sekaligus menjadikan kita isteri solehah penyejuk mata, pendamai hati yang mampu membahagiakan suami.