Masalah yang selalu berlaku bila pasangan nikah luar negara bila mempertikaikan tentang status hubungan suami isteri sah atau tidak. Lebih menyedihkan tentang status anak yang telah dilahirkan.
Mungkin nampak senang bila nikah luar negara tapi kita tak tahu kesan akan datang pada isteri dan anak-anak. Akan banyak timbul masalah yang berkaitan dengan pewarisan, harta pusaka dan sebagainya.
Walaupun ada sebab-sebab tertentu pasangan kena nikah luar negara. Tapi jangan ambil mudah dan tak tahu, kena daftarkan perkahwinan di negara asal. Apa yang dibimbangkan perkara berbangkit pada masa akan datang.
Inilah yang dikongsikan oleh Roslina Sabiyah tentang kes yang viral tentang status anak seorang selebriti yang berbin/binti kan Abdullah. Mungkin tak nampak sekarang tapi bila anak itu akan mendirikan rumahtangga, isu harta pusaka dan sebagainya
Fahami apa yang dkatakan dan kesannya pada pasangan dan anak bila berkahwin luar negara.
Secara biologinya, dia memang anak kepada Halim Othman. Tetapi secara undang-undangnya, dia tetap anak kepada “Abdullah”. Apa maksudnya?
Ads
Undang-undang tidak/belum mengiktiraf kedudukan mereka sebagai bapa dan anak kandung.
1. Isu Perwalian.
Kalau Myra nak kahwin nanti, bapanya tak boleh walikan dia. Kalau nak walikan dia kena ada bukti yang dia bapa kepada Myra, paling koman tunjukkan kad pengenalan dan sijil nikah ibu bapa. Sijil nikah tak ada memang kena mohon Wali Hakim kat mahkamah syariah lah jawabnya.
2. Isu Perwarisan dan Harta Pusaka
Kalau Halim meninggal nanti, Myra tak boleh tuntut harta pusaka dia. Asas tuntutan dalam harta pusaka ialah waris-waris mestilah yang sah di sisi undang-undang. Antara bukti untuk menunjukkan seseorang waris itu sah di sisi undang-undang ialah dengan memohon sijil faraid di mahkamah syariah. Nak mohon sijil faraid kena ada bukti surat beranak dan sijil nikah. Surat beranak bin/binti Abdullah. Sijil nikah pulak tak ada. Memang tak dapat nak tolong.
Apa Myra nak buat? Minta ayah dia buat wasiat atau hibah siap-siap. Kalau wasiat Myra layak dapat 1/3 (kerana Myra bukan waris). Tapi kalau Halim nak bagi lebih, dia kena bagi harta dia kepada Myra sekarang iaitu semasa dia masih hidup.
3. Isu Nasab dan Keturunan.
Apa status Myra sebenarnya. Anak yang dilahirkan di luar daripada pernikahan yang sah ada 2 kemungkinan sahaja iaitu anak tak sah taraf ataupun anak wati’ syubhah.
Anak wati’ syubhah ialah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dari perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu iaitu sama hukumnya dengan nikah fasid.
Anak wati’ syubhah, jika berjaya disabitkan nasabnya di mahkamah syariah, maka dia boleh dibintikan kepada bapanya, boleh berwalikan bapanya dan berhak mendapat hak perwarisan daripada bapanya.
Namun beban pembuktian untuk menentukan status anak ialah terletak ke atas ibu bapanya. Mereka kena failkan permohonan pengesahan nasab anak di mahkamah syariah. Jika mereka mendakwa telah bernikah di luar negara, beban pembuktian untuk mengatakan pernikahan itu wujud ialah ke atas pasangan suami isteri tersebut. Mahkamah hanya perlu melihat kepada dokumen atau bukti-bukti pernikahan tersebut. Hanya ada 3 kemungkinan sahaja yang berlaku di Mahkamah :
Ads
a) Dokumen nikah luar negara ada. Rukun nikah semua lengkap dan sah. Maka mahkamah akan sabitkan pernikahan tersebut sah dan boleh didaftarkan di pejabat agama malaysia. Nasab anak juga sabit anak sahtaraf. Perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah. . b) Dokumen nikah luar negara ada. Tapi ada rukun nikah yang diragui contohnya pernikahan dibuat oleh jurunikah tak bertauliah ataupun wali yang tak layak. Mahkamah akan sabitkan pernikahan tersebut sebagai pernikahan yang fasid, mengarahkan untuk difaraqkan dan pasangan tersebut perlu bernikah semula di Malaysia. Nasab anak tersebut akan disabitkan sebagai wati’ syubhah. Perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah (anak wati’ syubhah sama statusnya dengan anak sahtaraf).
c) Dokumen nikah luar negara tiada. Kena tunjukkan usaha untuk cari. Buat carian di pejabat agama yang didakwa telah menjalankan pernikahan di luar negara tu, buat carian di pejabat konsulat atau datangkan saksi yang boleh bagi keterangan untuk menyokong dakwaan yang pernikahan tersebut memang telah dijalankan.
Mahkamah akan memeriksa semua keterangan dan kalau berjaya akan dapat perintah seperti 2 contoh di atas. Tapi jika tak ada langsung dokumen dan usaha? Maka, beban untuk menafikan bahawa pernikahan tersebut tak wujud/tak sah dan anak tersebut anak tak sah taraf adalah terletak ke atas ibu bapa anak tersebut.
Contoh Halim saya gunakan sebab memang dia dah terang-terangan declare 1 malaysia. Dan mungkin ada masyarakat yang keliru dengan kenyataan beliau untuk mengekalkan nama Abdullah sebagai binti anaknya.
Nak kekalkan nama Abdullah tu tak ada masalah langsung sebenarnya yang penting sabitkan dulu nasab anak tu di mahkamah syariah. Pihak JPN memang tak boleh buat apa-apa selagi tak ada perintah dari mahkamah syariah berkenaan isu tersebut.
Jika dah disabitkan nasabnya, walaupun berbintikan Abdullah, dia akan dapat semua hak-hak seorang anak untuk diwalikan oleh bapanya, dapat hak faraid dari bapa dan dapat nasab keturunan bapanya. Ini bukan isu tak kisah dan tak nak menyusahkan. Ini melibatkan isu penting tentang status anak dan hak.
Jangan Ambil Mudah Hukum Nasab
Ads
Nasihat saya pada halim, jangan mengalah dan putus asa. Cuba usahakan lagi, kesian Myra. Jangan kata kes dah terlalu lama sebab ada je kes yang dah berlaku 20 tahun dulu tapi masih boleh disahkan di mahkamah sebab pihak-pihak usaha juga bawa saksi.
Jangan ambil ringan dengan bab-bab nasab dan hukum ni. Ini bukan kes terpencil. Sebenarnya bukan nasihat untuk Halim sahaja tapi ramai lagi di luar sana yang ada masalah yang sama seperti ini sebenarnya. Tolonglah ambil cakna.
Pengajaran untuk yang belum terjebak, jangan buat keputusan singkat. Nikah luar negara memang cepat dan mudah. Tapi fikirkanlah kesan jangka masa panjangnya. Kalau terpaksa juga nikah di luar negara atas sebabsebab yang tak dapat dielakkan, bila dah balik malaysia cepatlah buat pengesahan di mahkamah syariah dan daftarkan pernikahan tersebut di pejabat agama. Kesannya tak nampak sangat kepada lelaki/suami. Tapi yang jadi mangsa ialah isteri/anak-anak.
Cuba bayangkan pula kesannya pada isteri? Nak kata dah nikah pun tak ada dokumen yang sah. Nak kata dah cerai pun, sijil nikah tak ada macamana nak cerai. Kalau nak berkahwin lain?
Satu sahaja cara, dia boleh declare yang dia belum pernah bernikah dan seolah pernikahan yang terdahulu tak wujud barulah dia boleh berkahwin lain. Lagipun memang tak ada dokumen langsung kan. Jadi apa status anak daripada perkahwinan terdahulu? Anak tu tak salah. Yang salah ialah mak ayah yang tak fikir panjang.
Ambik pengajaran. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Biar tahu jangan keliru.
Mingguan Wanita : Apa-apapun, kena daftarkan perkahwinan. Mungkin sekarang tak nampak kesannya, tapi akan datang lagi banyak masalah yang timbul. Jangan jadikan isteri dan anak mangsa.
Tanggal 31 Ogos, Issey timang bayi merdeka! Tahniah diucapkan buat pelawak dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham yang telah selamat menimang cahaya mata apabila isterinya, Noor Aimi Jamel melahirkan seorang bayi lelaki.
Issey Timang Bayi Merdeka
Kegembiraan berganda apabila bayi yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar jam 1.48 tengahari itu merupakan bayi merdeka apabila lahir pada hari sambutan kemerdekaan negara yang ke-64.
Malah Issey juga menerusi perkongsian di akaun Instagramnya begitu teruja menyambut kehadiran cahaya mata sulung, hasil perkongsian hidupnya dengan isteri lebih dua tahun lalu.
Sebelum ini, Aimi merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak, hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham suaminya. Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Lahirlah Zuriat Issey Yang Pertama
Issey yang berasa dari Kelantan, juga berdoa agar anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh apabila dewasa kelak.
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
“Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara.
“Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Adik bela nasib kakak lumpuh dibelasah suami, ingatkan wanita lain jangan jadi mangsa. Dua tahun lalu, media sosial digemparkan dengan perlakuan ganas seorang suami, Rosmaini Abdul Raof yang bertindak membelasah isteri hingga koma.
Dalam kejadian malang keganasan rumahtangga itu, Jahidah Nordin yang mengandung empat minggu ketika itu diberitakan mengalami pendarahan di bahagian otak selain cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah akibat dipukul dengan teruk.
Dan kesan dari dipukul itu, sebahagian tengkorak kepalanya terpaksa dibuang. Dan dalam tempoh terbaring koma itu, kandungannya terus membesar hingga dilahirkan melalui pembedahan.
Anak tunggalnya, Ehsan Nufail kini setahun dua bulan hanya mampu meraih kasih ibu saudara, Fauziah yang membelanya dan masa sama menjaga kakaknya yang lumpuh dan tidak mampu berbuat apa langsung.
Dalam pada itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda kini dibebaskan dengan ikat jamin.
Perbicaraan kesnya akan bermula pada 26-28 hb Februari ini.
Ingatkan Wanita Lain Jangan Jadi Mangsa
Susulan kakaknya yang dibelasah hingga tidak sempurna otak dan lumpuh, dalam pada itu dapat dilihat di fbnya, Fauziah Nordin “BERPERANG” dengan lelaki yang pernah menghancurkan kehidupan kakaknya itu.
Bahkan dirinya mengingatkan wanita lain agar tidak menjadi mangsa kekejaman lelaki tersebut. Tulisnya, “kes kakak nie rare. Hanya dibuat oleh Rosmaini Abd Raof kat Malaysia. Kaum Hawa, jaga diri. Jangan ada mangsa lagi lepas ini. Bahkan dirinya turut mengingatkan wanita agar berhati-hati kerana dikhabarkan ada ibu tunggal anak satu yang keluar dating dengan lelaki tersebut.
Bahkan Fauziah turut berkongsi status, lelaki yang menghancurkan hidup kakaknya itu bebas ke sana ke mari tetapi kakaknya terus terlantar.
Fauziah mengingatkan orang ramai khususnya kaum wanita agar berhati-hati agar kejadian menimpa kakaknya tidak dilalui oleh wanita lain.
Tulisnya:-
“Senang lenang kau DAYUS siap join Geng Moto kepala Batas Jitra Kedah. Nak cari mangsa baru kaa? Lengkap lagi anggota badan kau bersenang lenang atas penderitaan orang lain. Kau tunggu lah masuk PENJARA. Puas2 la kau enjoy kat luar ni dulu Jantan Tak Guna!
Bahkan dirinya turut mendoakan agar lelaki ini menerima sebatan 100 kali atau penjara seumur hidup lebih baik.
Susulan gambarnya yang dipost itu di medsosnya, geng-geng motor yang mana lelaki berkenaan ikut sama, tampil memberi penjelasan.
Dalam pada pendedahan dari Fauziah ini, satu kenyataan dari individu yang turut mengikuti ride berkenaan menulis sesuatu yang jelas perlu kaum wanita ambil peduli. Ini kerana dari dakwaannya, Rosmaini mengaku dirinya anggota keselamatan dan jika benar ia jelas satu penyamaran menjadi pihak berkuasa.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Fasha, Elisya Sandha, 21 yang baru saja bertunang dengan anak kepada penerbit dan pelakon hebat, Sheila Rusly.
Beberapa hari lalu, Sheila telah menyunting Elisya buat anakandanya, Uzair Haqimy atau lebih mesra dengan pagilan Haq, 25 sebagai bakal suaminya.
Elisya Sandha Bakal Menantu Sulung Sheila Rusly
Elisya dan anaknya sudah lama berkawan dan sebagai ibu dia berasa sangat gembira dengan keputusan anaknya itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” ungkap Shiela.
Seperti mana dilaporkan menerusi Portal BH Online juga, Sheila turut menyatakan majlis pertunangan tersebut telah diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu itu berlangsung di kediaman Fasha Sandha.
Yakin, Elisya Mampu Membahagiakan Anak Lelakinya
Sebagai ibu kepada anak jejaka, Sheila mengorak langkah awal dan merancang majlis pertunangan.
“Bila Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ungkapnya yang turut menyatakan Elisya diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.
Sheila juga amat memahami jiwa bakal menantunya dan akui Elisya begitu memahami Haq.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” kongsi Sheila lagi.