Waktu kecemasan seperti terputus bekalan tiada elektrik pada tengah malam memang membimbangkan. Apatah lagi jika tiada stok lilin di rumah dan kedai pula dah tutup. Alamatnya bergelap gelita lah sepanjang malam.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mendapatkan cahaya bagi menerangi kegelapan malam malah mampu bernyala sampai ke pagi. Boleh cuba buat pelita beras sendiri di rumah yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama.

Pengalaman Jadi Sukarelawan Banjir

Perkongsikan di akaun TikTok @parkdin.my ada kongsikan cara membuat pelita beras ini. Ia merupakan pengalaman ketika menjadi sukarelawan sewaktu menghadapi bencana banjir di Kelantan pada 2014.

“Pada tahun 2014 ketika banjir melanda Kelantan waktu tu saya belajar buat pelita ni. Datang sebagai sukarelawan ketika itu.

@parkdin.myLetik takde tnb tutup. So meh belajar cara buat pelita beras boleh menyala sampai pagi. ##fyp ##banjir2021 ##daruratbanjir♬ original sound – Ahmad Amigo91 – ahmadjer/parkdin

Pelita Beras

Bahan-Bahan Diperlukan:

Minyak masak
Beras
Tisu
Mangkuk

Cara Membuat:

1. Masukkan beras ke dalam mangkuk.
2. Tenggelamkan dengan minyak masak.

Ads

Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!
3. Kemudian basahkan gumpalan tisu dengan minyak masak, masukkan ke dalam beras untuk dijadikan sumbu.

Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!
4. Bakar tisu tersebut.Insya Allah ia boleh bernyala dan memberi cahaya sampai ke pagi.

Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!

 

Ads

Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!

@parkdin.mySo ini langkah-langlah untuk buat pelita beras tu simple je. Jimatkan korang punya source utk masa hadapan. ##daruratbanjir ##banjir2021 ##fyp♬ Oceans (Where Feet May Fail) [Instrumental Version] – Instrumental Christian Songs, Christian Piano Music & Praise and Worship & Christian Hymns

Info Ekstra!

  • Api akan bernyala selagi mana ada minyak yang terendam.
  • Jika tiada beras dan tisu pun boleh. Boleh gunakan apa sahaja mengikut kesesuaian.Sebagai contoh, jika tiada tisu guna kain perca pun boleh. Cuma bahan utama yang perlu ada ialah minyak masak.

Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!

Semoga bermanfaat & selamat Mencuba!

Ads

Baca Lagi Di Sini:
Lampu Mati Atau Tiada Elektrik, Buat LILIN Sendiri Tahan Lama Berhari-Hari

Guna Tisu Dan Minyak Masak, Alternatif Untuk Masak Kalau Gas Habis Di Rumah

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila terputus bekalan elektrik dan tiada stok lilin di rumah boleh cuba buat ‘pelita beras’ ini. Mudah je nak buat malah hanya guna 3 bahan yang selalu ada di dapur.

Sumber: TikTok @parkdin.my

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI