Ada segelintir orang memang jelas kelihatan ‘terpaksa’ menunjuk-nunjuk untuk meningkatkan keyakinan diri. Atas dasar kurang keyakinan diri dan sentiasa ingin dipandang ‘lebih’ hebat berbanding orang lain. Hakikatnya sikap ini merupakan satu penyakit dan perlu untuk dapatkan rawatan dan terapi.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Kaunselor Berdaftar, Puan Normaliza Mahadi ini.
Ramai orang sebenarnya tak ada keyakinan diri walaupun sebenarnya mereka ni dah berjaya dalam sesuatu bidang.
Terkejut saya bila kawan yang dah lama tak jumpa memberi salam di messenger dan tanpa ditanya terus menyatakan yang dia sekarang duduk rumah beli sendiri di Kuala Lumpur.
Saya baca balik perbualan saya dengan dia, tak ada pulak sebarang point yang menyebabkan dia perlu memberitahu yang dia duduk rumah beli sendiri.
Saya tinggal di rumah sewa, jawap saya.
Dia mungkin rasa puas. Alhamdullilah.
Kawan yang lain juga lama tak jumpa. Bertembung depan pasaraya. Berapa gaji sekarang? Tanyanya lagi. Dalam perbualan kami selama beberapa saat tadi tak ada pulak sebarang point yang memerlukan dia mengetahui gaji saya. Kerja sendiri mana ada gaji banyak, jawap saya.
Dia juga nampak puas. Alhamdullilah.
Sedang berbual-bual dengan kawan yang pernahlah juga jumpa. Tiba-tiba dia kata Maybank ni leceh betullah. I nak keluarkan cash RM50k tapi tak lepas. Kena pergi HQ lah pulak. Ini pun tak ada sebarang point untuk dia memberitahu saya tentang itu.
I kalau nak keluar setakat RM50 aje. Mana-mana boleh. RM50 ribu manalah ada, kata saya.
Dia nampak puas. Alhamdullilah.
Kurang Keyakinan Diri
Mereka ini sebenarnya kurang keyakinan diri. Mereka tak percaya yang mereka ni adalah seseorang. Mereka kena tunjukkan sesuatu untuk keyakinan diri. Jika tidak, mereka rasa rendah walaupun sebenarnya tak ada siapa pun fikir pasal mereka. Kita tidur nyenyak aje lepas jumpa mereka. Tak terfikirpun mereka duduk rumah apa, kereta apa ataupun duit mereka banyak mana.
Terpaksa menunjuk-nunjuk ni untuk meningkatkan keyakinan diri adalah penyakit. Perlu hadir terapi.
Ada kawan saya pakai selipar aje. Baju tshirt yang bahagian leher tu senget. Bila orang tanya kerja apa, dia kata … macam nilah. Tapi dia sebenarnya sangat kaya-raya. Parking kereta jauh dari tempat jumpa. Malas nak tunjuk orang. Orang duk pumpang cerita pasal kaya, dia sengih aje. Orang pun suka cerita dengan dia sebab macam puas cerita pasal kaya dekat dia yang disangka miskin.
Samalah macam kes mamat yang campak-campak duit tu. Dia terpaksa try very hard nak tunjuk pada orang yang dia tu kaya. Padahal dah kaya, kaya ajelah. Orang tak percaya sudahlah kan. Lantaklah orang.
by NM
Keyakinan diri datang dari dalam diri.
Oh ya! Ramai juga orang yang saya kenal memakai kereta yang mereka tak mampu nak bayar. Kerana apa? Kerana ada keperluan nak menunjuk-nunjuk yang dia tu berjaya. Kerana berjaya pada pandangan sesetengah orang adalah mengikut jenama kereta.
Baca Lagi Di Sini:
Nak KUAT Dalam Kehidupan, Hadapi Dugaan Bergantung 100 Peratus Kepada Allah
Sampai Tahap Membahayakan Nyawa Bukanlah Termasuk Dalam ‘Membuka AIB’ Suami!
Mak BERHAK Penat, Masa Tanpa Anak & Tentukan Rumahnya Ikut Rentak Diri Sendiri
Tanpa LELAKI Kita Masih Mampu Berdiri Kerana Allah Ada Di Sisi
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Terpaksa menunjuk-nunjuk untuk meningkatkan keyakinan diri adalah penyakit dan perlu untuk mendapatkan rawatan serta terapi. Jadi berhati-hatilah iya.
Sumber : Normaliza Mahadi
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI