Terima kasih mak! Perkataan itu belum cukup untuk membalas jasa-jasa mak kita. Tapi ucapan itulah membuatkan kita sedar diri kita siapa hari ini. Tanpanya, kita tak akan hidup di dunia ini.
Walaupun ucapan terima kasih mak belum mampu membalas jasanya tapi sekurangnya kita kena hargai apa yang mak sanggup korbankan demi anak-anak dan memberi kekuatan buat anak-anaknya.
Inilah kata-kata yang sering diucapkan oleh insan istimewa pada ibunya.
Siapa tidak kenal dengan Sukur Ibrahim. Beliau seorang usahawan OKU dan merupakan Pengurus Besar di D Strike Solution iaitu syarikat pembekal dan memasang karpet di seluruh dunia.
Namanya mula meniti di bibir masayarakat kerana insan isitimewa ini banyak memberi inspirasi kepada orang ramai dan tidak pernah putus harapan dalam kehidupannya.
Selain usahawan berjaya, beliau juga merupakan Agency Supervisor di CIMB dan turut digelar selebriti dakwah dan perunding motivasi di TV dan radio. Beliau tleah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Ads
.
Dulu 3 jengkal Sekarang 3 Kaki
Dalam perkongsiannya di IG, kejayaan beliau hari ni adalah ihsan mak ayahnya. Doa mereka membuatkan Sukur berjaya.
Lebih menarik, bila beliau merasa putus semangat, dia suka berkongsi dan mengadu pada ibunya. Malah, ibunya sentias teguh di belakang dia untuk memberi semangat.
Tidak pernah merasa diri kekurangan dan beliau bangkit dan mampu berjaya seperti orang lain.
Ads
Rupanya semasa kecil, tingginya hanyalah 3 jengkal saja, kini, dah 3 kaki. Ikuti video yang dikongsikan ini.
“Mak cakap dulu masa sekolah saya tinggi 3 jengkal je. Sekarang tinggi dah 3 kaki. Dulu kurus kecikk je sekarang dah besar gedobok. Sabar je la mak saya ni.
Terima kasih mak. Sukur kuat kerana Mak. Kalau mengadu dengan mak pasal bisnes mahupun kehidupan harian mak yang melenting lebih kalau ada yang tak kena. Back up anak dia..huhu. Sampai sekarang. Mak tetap teguh pertahankan saya.
Semua yang Sukur ada hari ini ihsan mak dan abah. Doa mak abah sangat bermakna buat Sukur. I love you Mak dan Abah”.
Ini antara gambat semasa belajar di sekolah rendah. Waktu ini setiap hari mak akan bekalkan makanan. Jadi, boleh terus makan dalam kelas dan tak perlu ke kantin.
Ads
Terima kasih Mak!
Mingguan Wanita : Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan putus semangat dan terus berusaha. Semuanya yang tebaik untuk diri kita.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menetapkan hanya ketua keluarga atau seorang wakil sahaja yang boleh membeli barangan keperluan harian.
Walaupun memangku jawatan sebagai seorang Ketua Kerajaan, sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-11 ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku ketua keluarga berkesempatan meluangkan masa melakukan tanggungjawab membeli sendiri barangan dapur untuk keperluan keluarga.
Dalam perkongsian di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri kesayangan ramai ini berkongsi beberapa keping gambar beliau singgah di pasaraya untuk membeli barangan keperluan. Beliau juga sempat memerhatikan amalan selamat dan pencegahan yang sepatutnya dilakukan oleh orang ramai didalam pasaraya sewaktu membeli barangan. Disamping itu, beliau juga menasihatkan agar tidak perlu panik kekurangan barangan kerana ia mencukupi.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.”ujarnya.
Rakyat Doakan Kesihatan
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan untuk terus menerajui negara.
MW: Sempoi je, Perdana Menteri beli sendiri barang dapur untuk keluarga. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan menerajui kepimpinan kerajaan, sekaligus berjaya menangani COVID-19 ini.
Tak enak untuk dibaca, namun inilah khabar angin yang hangat berjalan di kalangan keluarga kerabat diraja Inggeris ketika ini. Dikatakan Putera William bermain kayu tiga dengan kawan yang pernah baik dengan isterinya sendiri, Kate Middleton.
Hubungan yang terjalin dengan sahabat Kate, Rose Hanburry ini membangkitkan kemarahan ‘Duchess of Cambridge’ sehingga membuatkan dia berpatah arang, tak lagi bersahabat dengan temannya itu, termasuk suami sahabatnya, David Rocksavage yang juga seorang jutawan dengan gelaran Marquess of Cholmondeley.
Tentunya khabar angin ini mengingatkan kita dengan sejarah kecurangan yang pernah terjadi dalam keluarga kerabat diraja Inggeris sebelum ini. Apabila Putera Charles dalam diam menjalin hubungan cinta dengan Camilla Parker Bowles.
Walhal ketika itu, Putera Charles sudah pun mendirikan rumahtangga malah memperoleh dua cahayamata yang menawan, William dan Harry.
Kate Putuskan Hubungan Dengan Sahabat Baik, Rose Hanburry
Sewaktu hubungan sahabat ini masih baik, mereka tinggal berjiran dengan Putera William dan Kate Middleton di Norfolk, England. Yang mana, di situlah letaknya rumah agam, Anmer Hall yang pernah menjadi tempat pertemuan rahsia Putera Charles dan Camilla.
Malah kedua pasangan sahabat ini sering saja terlihat keluar bersama. Namun, berita kecurangan itu membuatkan Kate langsung memutuskan hubungan sahabat dan menjauhkan wanita itu dari kelompok rakan-rakannya.
Dalam laporan The Sun menyebut, Putera William berusaha menjadi pendamai agar kedua pasangan ini kekal bersahabat. Tapi dengan tegas Kate menolak malah tak mahu lagi bertemu mereka.
Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011 dan dikurniakan 3 orang cahayamata, Putera Louis of Cambridge, Puteri Charlotte of Cambridge dan Putera George of Cambridge.
Dikatakan Kate telah kembali ke London hanya ditemani anak-anaknya. Namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari keluarga diraja mengenai kemelut ini.
Sumber/Foto : The Sun UK, twitter
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bercadang nak beli rumah, berpuluh borang dah hantar dan macam-macam jenis bank dah pergi untuk mohon pinjaman tapi asyik tak lepas je.Ada baiknya, sebelum nak hantar borang permohonan tu, baca dulu perkongsian nota ringkas daripada Amir Syahir yang banyak memberi ilmu mengenai Hartanah dan Pengurusan Kewangan ini.Gerenti lepas pinjaman tu nanti.
Tip bermanfaat yang beliau kongsikan ini memudahkan pihak bank meluluskan pembiayaan perumahan, sekaligus melayakkan anda memiliki rumah impian.
Berikut antara perkongsian tersebut;
1. Cipta Rekod CCRIS
Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang. Mungkin akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah seorang culas ataupun bagus.
2. Jadilah Pembayar Yang Baik
Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan.
3. Jangan Mempunyai Sejarah Hitam
Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.
4. Jangan Mencapai Kredit Limit Kad Kredit
Janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.
5. Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin
Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau akan kena.
6. Simpanan
Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.
7. Baki Bulanan Dalam Akaun Bank
Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika korang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1300. Jika di luar bandar baki kena ada RM500. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau lah. Kau kan suka makan kat kedai hipster jeeeee. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.
Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.
Jadi banyakkan membaca benda faedah dan berilmiah. Berkawan, follow orang yang banyak membantu kau orang. Banyak memberi input positif. Tak dapat semua dapat sedikit pun jadilah. Supaya senang lulus pembiayaan perumahan di masa depan nanti. Terima kasih