Suami lawat isteri. Itulah rutin seorang suami tatkala isterinya kearap kali dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Bukan setahun dua tapi sudah 12 swjak mereka mendirikan rumahtangga.
Mungkin ada tertanya-tanya apakah masalah kesihatan yang dialami oleh ister isehingga kerap kali dmasukkan ke hopital dan suami tidak pernah sekalipun tidak datang menjengah.
Malah, inilah rutin selama 12 tahun, suami lawat isteri. Kalau dahulu di hospital yang berdekatan dengan rumah, tapi bila di rujuk di hospital lain sekali pun, tetap suami lawat isteri, tak kira panas atau hujan. Langsung tak ada rungutan.
“Terima kasih ada dengan saya waktu susah senang, dengar rungutan sakit saya sana sini dan menerima saya seadanya.”
Itulah luahan dan ucapan yang cukup bermakna, Noorizam Abu Samah, 37 tahun pada suaminya Adib Hafaz Abu Hassan, 42 tahun yang tidak pernah berubah sejak 12 tahun lalu yang seolah-olah menjadikan rutin harian apabila dia dimasukkan ke wad.
Berkongsi cerita, dia dan suaminya masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 12 tahun mendirikan rumahtangga.
Wanita yang dipanggil Noor ini berkata, pelbagai usaha dilakukannya sejak tahun pertama bergelar isteri.
Mengakui mengamalkan diet kerana mengalami masalah obesiti, wanita yang berusia 37 tahun ini turut melakukan rawatan tradisional seperti berurut di samping mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar di hospital.
Hasil daripada nasihat doktor, dia mengambil ubat-ubatan yang disarankan. Namun, mengalami masalah hormon pula kerana ubat yang diberikan tidak sesuai dengan badan.
“Pada masa yang sama, saya disahkan mengalami masalah PCOS (Sindrom Polikistik Ovarium) dan kurang darah pada usia ketiga perkahwinan.”
Bagaimanapun katanya situasi kesihatan yang dialami itu bukanlah baru bermula.
Malah, dia sudah lali dengan persekitaran Hopital Kajang kerana kerap kali dimasukkan ke situ.
“Masalah kesihatan bermula kerana saya obesiti dan pada masa yang sama ingin memiliki zuriat sendiri.”
Ads
Pertama jali dia dimasukkan ke hospital adalah pada tahun pertama perkahwinan dan sehingga memasuki tahun kedua.
“Masa tu saya alami kencing ada protein, gara-gara makan ubat kurus selama 6 bulan. Tapi itu sebelum berkahwin dan kesannya saya alami selepas kahwin,” katanya yang kemudian pulih daripada masalah buah pinggang.
Ikhtiar Dapatkan Anak
Tidak tunggu lama, pasangan ini meneruskan usaha untuk mendapatkan zuriat sehinggalah mendapatkan nasihat dan rawatan ginekologi daripada pakar sehingga kini.
Menurutnya sepanjang tempoh perkahwinan hanya dua tahun saja dia tidak dimasukkan ke hospital kerana ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Semasa pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, saya dimaklumkan mengalami OSA atau gangguan tidur yang serius dan fatty liver tahap 2.
“Sebelum ini saya dimasukkan ke Hospital Kajang saja tapi kali ini di Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ujarnya dan berharap agar masalah kesihatan yang dialami dapat diubati segera.
Suami Peneman Setia
Meskipun berulang alik ke hospital dan menghidap pelbagai masalah kesihatan berkaitan obesiti, Noor bersyukur kerana suami sentiasa ada di sisi.
Dia juga tidak pernah ketinggalan untuk melawat dirinya di hospital setiap hari walaupun terpaksa redah hujan dan panas mahupun ketika letih bekerja.
Ads
“Dulu dekat dengan rumah sebab saya dimasukkan ke wad Hospital Kajang, sekarang di HCTM. Jauh untuk dia ulang alik melawat saya.”
Sekarang pula sering hujan pada waktu petang dan suami hanya menunggang motosikal saja.
.
Kadang-kadang saya rasa kasihan sebab dia perlu datang dari jauh dan penat bekerja,” ujarnya sayu.
Bukan itu saja, suaminya juga akan meluangkan masa untuk menghubungi menerusi panggilan video sekaligus memberi sokongan moral agar dia terus kuat menghadapi dugaan.
Ujar penjawat awam ini lagii, dia terharu kerana suaminya sentiasa ada di saat susah dan senang serta membuatkan rasa dihargai walaupun banyak kekurangan.
Semoga Allah balas segala kebaikan, kasih sayang yang dia bagi pasa saya,” katanya.
.
Mingguan Wanita : Moga psangan ini dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan zuriat sebagai penyeri suami isteri. Aamiin.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang sedang berlangsung, pastinya meninggalkan insiden pahit buat Muhammad Ziyad Zolkefli dan negara susulan rayuan ditolak malah keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal.
Insiden ini pastinya memberikan satu tamparan besar, apatah lagi saat kemenangan telah berjaya dicapai, namun terlepas dari genggaman. Hasrat untuk mengharumkan nama negara dan menambah jumlah pingat lebur begitu sahaja.
Namun demikian, rakyat Malaysia tahu, atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli ialah juara sebenar dalam acara lontar peluru, dan pingat emasnya telah dirampas terang-terangan.
Pernah Ditarik Kemenangan Pingat Emas
Pernah berada dalam situasi yang sama, ditarik kemenangan pingat Emas, jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, benar-benar faham perasaan yang dialami oleh atlet tersebut. Azizulhasni menitipkan nasihat buat Muhammad Ziyad, menyatakan bahaw walaupun ia pahit untuk ditelan, ketentuan Qada dan Qadar Allah perlu diterima. Katanya lagi, Muhammad Ziyad tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus bergerak ke hadapan.
“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.
“Sememangnya sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini. Sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah di tarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.”katanya.
Realiti Dunia Sukan
Azizulhasni mengingatkan, apa yang terjadi merupakan realiti dalam dunia sukan di mana pelbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku.
“Kadangkala ia adalah kerana kesilapan kita, namun kadangkala pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini.
“Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” tambahnya.
Rayuan Ditolak
Awal pagi ini, rayuan Kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik Muhammad Ziyad telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM).
Kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Muhammad Ziyad.
Mingguan Wanita :Meskipun kemenangan telah dibatalkan namun jutaan tahniah buat Ziyad kerana berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru. Ternyata ia memerlukan kegigihan, usaha dan keupayaan luar biasa. Apa yang pasti Ziyad juara dihati rakyat Malaysia dan dunia.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.
Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”
Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.
Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.
Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!
Rezeki Selepas Kahwin
Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.
Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.
Ikan siakap rebus tomyam ini memang resepi mudah sedia lagi menjimatkan masa. Cuma 20 minit saja diperlukan untuk penyediaannya. Suri tak perlulah nak bazirkan waktu memasak menu yang rumit, lagipun ketika ini ramai daripada anda bekerja dan tak punya banyak masa.
Ini perkongsian daripada Chef Ustazah Wan Habsah. Menu ini bukan saja sesuai dihidang untuk makan malam, siakap rebus tomyam juga sesuai dijadikan juadah makan tengahari keluarga.
Bahan-bahan Siakap Rebus Tomyam (Rujuk Pada Gambar)
1. Serai, halia dan cili api diketuk kasar (dititik).
2. Mayam 3 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih.
3. Rebus air dan masukkan serai, halia, bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan 3 ekor ikan Siakap.
5. Masukkan 1/2 cawan sos tiram.
6. Tambah 3-5 sudu pes tomyam.
7. Masukkan bunga kantan, cili api serta garam.
8. Perah limau nipis dan potong daun limau purut. Buang urat tengahnya.
9. Tepung jagung sebanyak 3 sudu dibancuh dengan air. Jika suka pekat tambah lagi tepung.
10. Kacau dan masuk buah tomato potong dan daun limau purut. Masuk bancuhan tepung dan air perahan limau nipis.
11. Sedia untuk dihidangkan.
Anggaran memasak: Antara 10 – 15 minit
Resepi ikan siakap rebus tomyam ini enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nak lagi kick boleh gorengkan telur dadar. Mak mertua lalu dekat sebelah pun boleh tak perasan nanti.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...