Selepas hampir dua minggu bergelar isteri kepada Engku Emran, Noor Nabila tampil berkongsi ucapan dan doa buat anak tirinya Engku Aleesya sempena ulang tahun ke-12 gadis manis itu.
Sememangnya sifat seorang ibu, perasaan sayang terhadap anak kandung mahupun anak tiri seolah-olah tiada bezanya.
Noor Nabila Doakan Yang Terbaik Buat Kehidupan Aleesya
Ibu kandung kepada Jebat Jayden ini memanjatkan rasa bersyukur kerana dikurniakan dengan kehadiran Aleesya.
“Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.
“Kau serikan hidupku dan anakku dgn kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya,sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita2nya. آمين يا رب العالمين
“Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much,” ungkap Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa.
“Keluarga Bahagia” Ucapan Dari Rakan & Pengikut Instagram Noor Nabila
Ads
Sumber/Sumber Foto: Instagram Noor Nabila
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain.
Betapa besarnya peranan air tangan isteri dalam menentukan berat badan ideal suami. Rupanya kalau suami nak turun berat badan, selain semangat diri yang kuat, sokongan isteri itu paling penting sekali.
Ini telah dibuktikan oleh Puan Farihah Zulkifle ketika membantu suaminya turun berat dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh itu, berkat air tangan isteri sebanyak 28kg berat badan berjaya dihilangkan.
Cara Saya Hilangkan 28KG Berat Suami Dalam Masa 3 Bulan
Pertama : Makan Suku-suku Separuh
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran.
Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup.
Tapi awas ya, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh-contoh menu suku-suku separuh ada di gambar.
Kedua : Buat Senaman Yang Kita Suka
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan.
Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
Ketiga : Air Kena Cukup
Cukupkan 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing berwarna pekat.
Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
Keempat : Tidur Yang Cukup
Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi.
Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Ini Menu Suku Suku Separuh Air Tangan Isteri Yang Berjaya Turunkan Berat Badan Suami
Selepas 3 Bulan Ini Kejayaan Suami, Dengan Bantuan Masakan Isteri
Gayat, mungkin inilah perkataan pertama yang akan keluar bila seseorang itu berada di tempat yang tinggi. Tapi tidak bagi wanita besi ini. Malah, tempat yang tinggi inilah tempat dia mencari rezeki.
Sebelum ini tular di media sosial tentang seorang wanita yang melakukan kerja di atas bangunan KLCC yang dikongsikan oleh seorang jurugambar, Siva Kumar. Rasa kagum bila melihat kerja yang sepatutnya di lakukan oleh seorang lelaki telah digalas oleh wanita yang masih muda lagi.
Kecil-kecil cili padi. Tentu semua tertanya-tanya kelibat wanita begitu fokus sebagai juruteknik akses tali yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki.
Bukan calang-calang orang, Normalia Sidek, 30 tahun, atau dikenali dengan panggilan Maya bekerja sebagai Rope access NDT Technician.
Berkesempatan bertanyakan lebih lanjut tentang video tular yang beliau berada di puncak pencakar langit KLCC dengan ketinggian 452 meter itu dan keberaniannya dalam melawan gayat untuk laksanakan tugasnya.
“Bangunan pertama saya bekerja adalah 30 tingkat apartment untuk kerja-kerja maintenance. Pada awal kerjaya saya memang terasa gayat. Tapi sekarang dah biasa dan saya lebih fokus pada ‘task’ kerja yang diberikan.
Ditanya tentang keselamatan semasa merlakukan kerja tersebut, Maya turut menegaskan setiap kali bekerja dia perlu menggunakan 2 tali, satu working line dan satu lagi safety line.
Pilih Kerjaya Lelaki
Di sebalik rasa kagum, pasti ada juga suara-suara yang mengkritik. Kenapa perlu ceburi pekerjaan lelaki? Semua ini ditangkis oleh Maya. Baginya, dia memandang pada sudut positif, ketepikan apa yang orang kata.
“Zaman sekarang ini, lelaki pun ambil kerja chef di hotel-hotel. Jadi, tak perlulah nak nak mainkan isu jantina sebagai kayu pengukur.
“Bagi saya, jantina bukanlah isunya. Alhamdulillah setakat ini ketua atau Incas sangat berpuas hati dengan hasil kerja yan diberikan. Malah, kami bekerja dalam satu tim dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya yang mengambil masa setengah jam untuk naik ke bangunan tinggi bagi menyiapkan tugasan diberi.
Rasa gembira, puas hati, malah sangat teruja bila dapat selesaikan tugas yang diberikan.
Suami Kerja Bidang Yang Sama
Bersama suami ketika bertugas.
Kalau dah jodoh. Maya turut bertemu jodoh dengan suami, Abdul Hazim Abdul Rashid, 27 tahun dan mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober 2021 dan kini dikurniakan seorang anak, Muhammad Al Fateh berusia 3 bulan.
Anak sulung, Muhammad Al Fateh, 3 bulan.
Memandangkan pasangan ini dalam bidang yang sama,. Ada masanya mereka ditugaskan dalam satu ‘site’ dan ada juga mereka terpaksa ‘PJJ’ dengan tempat yang berbeza.
“Apa yang selalu suami pesan adalah utamakan keselamatan dan bekerjalah dengan selamat,” katanya sambil tersenyum.
Walaupun sibuk dengan kerjaya lasak ini, mereka akan memastikan hujung minggu adalah untuk mereka sekeluarga.
Ahli keluarga Maya
“Kadang-kadang, kami kena pastikan waktu bekerja sendiri untuk pastikan ada masa bersama anak dan berjalan-jalan. Oleh kerana kerjaya saya sebagai rope access freelance, jadi ia lebih fleksibel dengan waktu kerja saya.
Bagi Maya, sesiapa saja boleh ceburi bidang seperti ini tapi pastikan ambil lesen supaya kita certified dan lebih yakin untuk buat kerja.
“Bekerja di tempat tinggi perlukan bekerja ditempat tinggi perlu cekap, sesaat kita cuai dah tak boleh ‘reverse’, “nasihatnya yang bercita-cita untuk takluk Burj Khalifa di Dubai pula.
Namun, di sebalik kerjaya lasak, Maya turut menjalankan bisnes kek. Semua ini bermula masa PKP 1.0 dan sehingga sekarang masih ada pelanggan tetap.
“Buat kek ini lebih kepada sampingan dan suka-suka,” katanya.
Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...