Tidak berperikemanusiaan. Gara-gara bercinta dengan isteri orang, boleh dikatakan ‘kekasih gelap’, sanggup ambil keputusan ‘bodoh’ dengan sembelih dan tanam di lereng bukit.
Dunia akhir zama, sanggup lakukan apa saja untuk cari kebahagiaan yang sementara dan selebihnya sengsara seumur hidup.
Kes ini bukan berlaku di negara luar tapi di Subang Jaya, Selangor. Dikatakan kejadian ini berlaku hampir setahun yang lalu. Akhirnya, temberang seorang lelaki uang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasih gelap nya terbongkar di sebuah banglo di daerah ini pada Mei tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, pengakuan berkenaan dibuat di kawasan Ampang Jaya sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek.
Ads
“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa berusia 25 tahun dibunuh pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.
“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.
“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.
Ads
“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.
“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.
“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ads
Mingguan Wanita : Bila dah terbongkar dan takut, ambil jangan singkat untuk membunuh. Kejam sungguh.
Sumber: Harian Metro
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Penemuan terbaru oleh seorang Ahli Geologi menyatakan cara mudah cari berlian ialah di bawah Pokok Pandan. Ramai yang sedia maklum, berlian merupakan batu perhiasan yang punyai nilai yang sangat tinggi. Tidak semua orang mampu untuk memiliki berlian kerana harganya yang terlampau mahal.
Menerusi seorang ahli geologi, Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbaru memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan.
Menurutnya, berlian biasanya tersembunyi dibawah tanaman ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh didalam dasar tanah dan akan naik ke permukaan oleh kesan volcanic. Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang disebut sebagai kimberlite.
Contoh Rupa Batu Kimberlite
Menariknya, pokok pandan biasanya tumbuh dikawasan yang ada banyak batu kimberlite ini. Dan tak hairan kalau ramai orang cari pokok pandan demi berlian!
Namun hati-hati iya, dalam ‘misi’ mencari berlian, pokok pandan juga sering menjadi sarang bagi haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking menumpang teduh!
Video dibawah berkongsikan cerita ringkas tentang penemuan baru ini:
Gara-gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya oleh jiran bila beliau akan berkahwin dan dianggap ‘tidak laku’, seorang lelaki bertindak nekad membunuh jirannya yang juga merupakan seorang ibu yang sedang hamil.
Memetik laporan Detik.com, lelaki berkenaan, Alias Nunur, 28, telah membunuh Iis Aisyah, 32, di rumah wanita berkenaan selepas ditemui terbaring di rumahnya di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat kira-kira jam 8 malam 19 Januari lalu.
Nasihat Cepat Kahwin
Menurut Pesuruhjaya polis, Budi Satria Wiguna, sebelum kejadian Nunur sedang termenung di depan rumah, mangsa yang ternampak Nunur telah menegur dan menasihatkan beliau supaya cepat kahwin.
Katanya mangsa telah telah mengeluarkan kata-kata;
“Cepat-cepatlah kahwin, orang lain sudah ada anak dua, tiga orang, ini kau belum laku-laku.”
Lantaran rasa dirinya terhina dan tersinggung dengan teguran tersebut, suspek lalu bertindak datang ke rumah mangsa. Nunur kemudiannya dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka suspek memasang niat jahat.
Menurut polis, ketika mangsa menuju ke sebuah bilik, suspek mengekorinya dari belakang sebelum bertindak menolak wanita hamil itu ke atas katil.
Dicekik Hingga Mati
Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek. Di situ, mangsa telah dicekik hingga mati.
Selain itu, suspek juga telah mengambil telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) sebelum melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesan dan telah ditangkap pada 29 Januari lalu. Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.
Kesimpulannya, hati – hatilah dalam menuturkan kata-kata. Sebaiknya elakkan bertanya perkara- perkara sensitif seperti hal urusan jodoh, anak, penceraian dan sebagainya yang mampu mengguris hati dan perasaan orang lain. Bila emosi dah tersinggung dan mulai terbit rasa dendam, macam-macam boleh berlaku. Ibarat kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Tak dinafikan fungsi sebenar doula adalah berada di sisi sebagai peneman wanita hamil sepanjang proses melahirkan dan berpantang. Doula memberi sokongan kepada wanita hamil ketika bersalin dan berpantang dari aspek mental dan fizikal serta emosi, membantu wanita hamil dan selepas bersalin mengharungi cabaran menjaga bayi.
Namun demikian perlu faham peranan doula tidaklah sehingga melangkaui tugas profesional bagi menggantikan peranan doktor, pakar perubatan, jururawat mahupun bidan.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam, 27 merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim berkongsi pengalaman dan memberi penjelasan menggunakan khidmat doula yang berada di sisi baginda untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak baginda di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Berikut penjelasan YM Che Puan Khaleeda;
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah meluangkan masa untuk menjelaskan kepada saya secara keseluruhan mengenai apa yang telah berlaku. Saya sendiri telah menghubungi doktor pakar obstetrik saya, Dr Ravi yang merupakan ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (OBGYN) di Malaysia untuk mendapatkan pemahaman secara lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa nama saya telah disebut kerana saya mempunyai doula yang berada di sisi saya untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak saya.
Apa yang saya ingin semua orang tahu ialah;
1. Saya melahirkan anak di hospital di mana saya dikelilingi oleh pakar-pakar perubatan.
2. Doula saya @red_miller_midwife merupakan doula yang SAH serta mempunyai ribuan pengalaman menyambut kelahiran dan TIDAK akan campur tangan sekiranya ada perkara perubatan yang perlu dilakukan.
3. Melalui pengalaman saya, saya mempunyai OBGYN dan doula untuk bekerjasama dalam semua kelahiran anak saya tetapi tidak pernah sesekali doula saya melangkaui keputusan OBGYN saya kerana kami tahu kami berhadapan dengan situasi di ambang HIDUP & MATI.
Sekeping gambar saya bersama DYAM Tunku Mahkota Johor, OBGYN saya, ketua jururawat dan Doula saya. Lokasi – Hospital Sultanah Aminah
Kepada ibu-ibu baru & para ibu di luar sana, nasihat saya kepada anda adalah bahawa meskipun anda telah membayangkan kelahiran anak yang indah untuk diri sendiri dan bayi anda, ingatlah sentiasa dalam fikiran anda bahawa apa-apa perkara boleh berlaku sebaliknya dalam sekelip mata. Jangan ambil perkara ini dengan mudah dan sentiasalah utamakan keselamatan anda dan yang paling penting adalah keselamatan bayi anda.
Ribuan terima kasih kepada Dr Shikin kerana membangkitkan perkara ini kepada saya. Saya yakin bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tepat. Tiada seorang pun yang berhak disalahtuduh sebagai pembunuh dan saya juga tidak bersetuju dengan pembulian siber.
Dengan itu, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih berpendapat bahawa perlunya kehadiran pakar perubatan di sisi anda walaupun anda inginkan seorang doula dan pelahiran yang sempurna.
Saya juga berharap suatu hari nanti pihak KKM boleh mewujudkan sebuah organisasi yang terancang untuk doula agar mereka dikenali dan boleh bekerjasama dengan pihak hospital. Supaya kita mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Terdahulu, DYAM Tunku Ismail dan YM Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda telah mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2014. Pasangan diraja dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah,4. Anakanda kedua dan putera sulung diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim,3 dan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim,1.
MW: Semoga penjelasan ini menjawab persoalan dan kekeliruan ramai mengenai khidmat doula yang digunakan untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak YM Che Puan Khaleeda.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...