
Isi Kandungan
ToggleMemang yang ramai terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun memasuki fasa kedua. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan lebih-lebih lagi yang bergaji harian. Kesempitan hidup pasti dirasai, lebih-lebih lagi jika memiliki anak-anak yang sedang membesar.
Memang terasa peritnya dugaaan ini. Maka perlu persiapkan diri dari segi emosi mahupun kewangan. Berjimat cermat dari sekarang, utamakan yang benar-benar perlu.Akan datang mungkin ujiannya akan lebih sukar dan mencabar.
Benar juga luahan apa yang dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini;
Entah sampai bila PKP ini akan berlanjutan. Ada ramalkan sehingga hujung April atau Mei. Ketika ini, kita semua sedang diuji dengan dugaan yang berat. Ada yang sudah hilang topeng dan terserlah keperibadian mereka sebenarnya.
1.Ramai Hilang Mata Pencarian
PKP ini menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian. Kemampuan menjadi berkurangan, dan terhad. Pada waktu begini adakah kita mendesak-desak dan meminta-minta, atau kekal bersabar dan bersyukur?
2.Muhasabah Diri
Kedua, dalam keadaan serba kekurangan ini, adakah kita mengimbau tentang kesenangan kita pernah kecapi dulu, atau tersedar tentang kesusahan yang dialami oleh orang yang nasibnya kurang baik berbanding nasib kita.
3. Nilai Sikap
Ketiga, apabila terlihat ada pihak-pihak yang galak menghulurkan bantuan, adakah kita meluat dan menaruh sangka bahawa mereka adalah orang-orang riak, atau kita bersangka baik serta doakan kesejahteraan mereka.
4. Manfaat Masa
Keempat, dengan lebihan masa yang kita ada ini, adakah kita bazirkan dengan melakukan perkara yang sia-sia dan melekakan, atau dimanfaatkan untuk mempertingkatkan ilmu di dada serta mengasah kemahiran yang ada?
5. Persiapkan Diri
Keadaan yang kita alami ini mungkin akan berterusan sepanjang bulan Ramadan. Jadi persiapkan diri untuk harungi keadaan ini dengan tenang dan rasional kerana pada ketika itu mungkin ujiannya akan lebih sukar serta mencabar.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Marilah Bersiapsiaga
MW: Maka dalam tempoh PKP ini bersiap sedialah kita menghadapi ujian berat ini dengan tenang dan penuh sabar.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Berbaki Dua Hari, Panduan Kejar Pahala Berganda Untuk Wanita Haid

Isi Kandungan
ToggleRamadan makin meninggalkan kita. Bila tiba di sepuluh terakhir Ramadan, maka ramailah yang fokus untuk mengaut kelebihan Lailatul Qadar. Tak kurang juga yang terus leka dengan dunia sendiri, seperti tiada apa yang berlaku.
Kaum hawa, antara yang selalu bertanyakan soal ini. Ada yang merasa bersangatan sedih bila tak dapat beribadah seperti biasa kerana uzur Syar’ie.
Jangan Risau Dan Sedih
Janganlah bersedih. Kalian diciptakan memang fitrahnya begitu. Bahkan takkan terkurang walau sedikit kasih sayang Allah SWT pada kalian. Allah SWT Maha Mengetahui, kerana DIA yang menciptakan kita semua. DIA Maha Adil.
Banyak ibadah lain yang boleh dilakukan selain bersolat dan membaca al-Quran. Pernah dalam sebuah hadis, Saidatina Aisyah r.anha bertanya pada Rasulullah SAW:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan Lailatul Qadar apakah yang patut aku berdoa?
Maka kata Nabi SAW: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.
Ini bermakna, kaum hawa yang berhaid boleh memperbanyakkan baca doa di malam itu. Digalakkan juga berzikir. Zikirlah dengan khusyuk.
Ibnu Abi Dunia meriwayatkan bahawa Az-Zuhrie berkata:
تسبيحة في رمضان أفضل من ألف تسبيحة في غيره
“Sekali bertasbih dalam bulan ramadan lebih baik dari seribu tasbih di waktu yang lain.”

Lalu Apakah Amalan Lain Lagi Boleh Dilakukan?
Bangunlah awal. Kejutkan ahli keluargamu untuk beribadah. Kemudian kalian boleh terus sediakan juadah untuk sahur pada mereka. Niatkan, “Ya Allah, aku sediakan hidangan ini keranamu. Kerana ingin mendapat pahala ibadah.”
Bila keesokan harinya, sediakan pula juadah berbuka buat mereka. Menyediakan hidangan buat mereka berpuasa, MasyaAllah Tabarakallah pahalanya juga besar saudari-saudari sekalian.
Sebuah hadis menyebutkan:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [Hadis Riwayat Al-Tirmizi no. 807]
Imam Izzuddin al-Izz bin Abd al-Salam menjelaskan tentang fadilat memberi makan kepada orang yang berpuasa:
“Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun”.
[Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)]
Ini juga berdasarkan firman Allah SWT:
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
“Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.”
[Surah Al-An’am: 160]
Ada Tak Lagi Amalan Lain?
Ada. Kalian boleh perbanyakkan bersedekah. Sebagaimana yang kita maklum, amalan sedekah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah SWT.
Banyak cara sedekah yang boleh dilakukan.
Memberikan makanan kepada jiran, bersedekah barang keperluan, menyebarkan nasihat dan kalimah-kalimah yang baik di media sosial dan bermacam cara lagi. Senyum pun boleh. Tapi janganlah tersalah senyum pula. Nanti ada pula yang angau. Naya.
Kalian juga boleh saja mendengar bacaan al-Quran. Mendengar juga beroleh pahala Insya-Allah. Jangan pula bangun malam semata-mata untuk layan movie, tengok drama, dengar lagu lagha dan sebagainya. Rugilah. Dibuatnya kena malam Lailatul Qadar, sudah terlepas.
Selain itu, kalian juga boleh perbanyakkan istighfar, berselawat dan membaca buku agama serta membelek tafsir al-Quran.

Allah SWT sukakan orang yang beristighfar di waktu sahur. Firman Allah SWT:
وبالأسحَارِ هُم يَستَغفِرُون
“Mereka sentiasa beristighfar waktu sahur.”
[Surah az-Zariyat: 18]
Insya-Allah, semuanya dikira amal ibadah jika kita ikhlas Lillahhi Ta’ala. Semoga Allah SWT menerima amalan kita, dan mendapat juga kelebihan hebat Lailatul Qadar itu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Bantu share kepada rakan-rakan muslimah yang lainnya ya. Moga perkongsian ini juga dikira amal ibadah buat kita semua.
Kredit: Ustaz Farid Rashidi https://www.facebook.com/faridhjrashidi/posts/10222678126723982
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Amalan Perlu Kita Jaga Secara Istiqamah Dalam Sehari-Hari

Dalam sehari-hari, kita hanya memikirkan tentang perkara yang perlu dilalui pada hari ini. Macam-macam kerja dan aktiviti yang harus dilakukan dalam seharian itu. Tanpa kita sedar, kita hanya memikirkan perkara yang dianggap penting semata-mata.
Sebenarnya, kita lupa dan leka tentang satu perkara yang boleh memberi kita pahala tanpa sedar. Inilah amalan yang boleh kita praktikkan dalam sehari-hari. Kita ketahui, solat adalah perkara wajib dan memang wajib kita lakukan.
Usai solat. Kita terus bingkas bangun tanpa memohon doa kepadaNya. Ini kerana perlu selesaikan urusan dunia. Sedangkan tanpa kita sedar, berdoa itu adalah amalan yang perlu kita jaga secara istiqamah.
Malah, ada banyak lagi amalan yang perlu kita jaga secara istiqamah dalam sehari-hari ini. Tidak perlu lama, mungkin dalam masa lima minit pun sudah cukup. Berbalik kepada amalan sehari-hari ini, Puan Saira Yusuff turut berkongsi tentang perkara yang perlu kita jaga secara istiqamah. Moga dengan cara ini, hidup kita akan lebih berkat dan diprmudahkan. Boleh amalkan.
Baca Artikel Menarik Ini Di Sini: Zikir Dan Doa Terbaik Diamalkan Sepanjang Musibah Wabak Covid -19
Amalan Surah & Zikir Ini Ketika Masak Nasi, Eratkan Kasih Sayang Keluarga
Info Lebih Menarik DI SINI
Amalan Sehari-Hari Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah
1. Solat Tahajud pada waktu ¾ malam
Sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh – Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali ALLAH yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin
Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat. Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman
Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman. “Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’
Nabi SAW bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin
Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah
Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk
Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama Hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh – Allah janji ‘cahaya’ di Hari Qiamat dan diampunkannya di antara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir
Di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘La ilaha illallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam.
Untuk wanita puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwuduk.
Sabda Nabi SAW: Wudhu adalah senjata orang-orang mukmin. Faedah wuduk sangat besar.
21. Tatkala haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Aamiin
MW: Bila kita biasakan dengan amalan ini, rasa sayang bila tidak lakukan. Kena istiqamah, lama-lama akan jadi kebiasaan.
Sumber: Saira Yusuff
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harta JADI PUSAKA PENERIMA HIBAH Jika Meninggal Dunia Sebelum Pemberi, Penting Ya! Kenali Jenis & Risiko HIBAH

Isi Kandungan
ToggleHarta JADI PUSAKA PENERIMA HIBAH Jika Meninggal Dunia Sebelum Pemberi, Kenali Jenis & Risiko HIBAH. Bila orang cakap saja tentang hibah, kaji dulu hibah jenis apa OK.
Sekali pilihan yang diambil tak seperti yang anda mahukan memang menyesal.
Ketahui jenis hibah, risiko & manfaatnya sebelum memilih hiba yang sesuai.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rupanya hibah bukan satu jenis, menerusi perkongsian, Perunding Pewarisan HARTA ISLAM at Wasiyyah Shoppe Berhad Puan Nor Zazilah menerusi akaun Facebooknya menerangkan mengenai jenis-jenis hibah. Jadi anda di luar sana tolong ‘take note’ ya! Sememangnya info ini memberi banyak manfaat.
JANGAN PUKUL RATA SEMUA HIBAH SAMA!
Jom kenali jenis hibah ini, kesan & manfaatnya.




















Jika penerima hibah meninggal dahulu sebelum pemberi hibah, harta yang dihibahkan TIDAK MENJADI PUSAKA PENERIMA HIBAH. Ia akan berpatah semula kepada pemberi hibah. Kemudian pemberi hibah bebas untuk memberi kepada penerima hibah yang baharu.


Mingguan Wanita : Perkongsian yang banyak manfaat!
Sumber / Sumber Foto : Facebook Nor Zazilah
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI