Lazimnya, ramai yang mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal utama bagi para jin, makhluk halus,serta binatang buas. Sebaiknya jika ingin melakukan sebarang aktiviti di hutan, tak kiralah berkelah di air terjun, mendaki bukit, berkhemah dan sebagainya amalkanlah membaca doa yang dikongsikan ini, supaya terhindar daripada sebarang gangguan.
Baca perkongsian daripada Azhar Basri ini sebagai panduan setiap kali ingin masuk ke hutan.
Hutan adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir dan binatang buas. Jangan sesekali lafazkan “Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau” dan seumpamanya kerana hukumnya syirik.
Baca Doa Masuk Hutan
Doa ketika melangkah masuk ke hutan. Setiap langkah di baca doa
“Salamun a’la sulaiman fil a’lamin”
Yang bermaksud Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman. Setiap langkah dibaca 1x sehingga 7 langkah.
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Ads
Amalan Doa Sebelum Masuk Ke Hutan
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Doa untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
Ads
“Salamun a’la nuhin fil a’lamin”
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh-
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya masuk hutan untuk melakukan sebarang aktiviti, sebaiknya amalkan baca doa yang dikongsikan ini. Semoga terhindar daripada sebarang gangguan mahupun musibah yang mungkin berlaku di dalam hutan.
Memang ada benarnya,zaman kini ramai yang sanggup buang rasa malu, gadaikan maruah diri demi konten, likes dan views untuk lariskan jualan di media sosial. Ia trend yang sangat membimbangkan, apabila hilangnya sikap malu demi dapat sales dan duit banyak hingga abaikan keberkatan dalam mencari rezeki dan redha Allah.
Hadam perkongsian dan teguran daripada Puan Intan Dzulkeflisebagai panduan;
Ada suatu hari, suami saya ada di tingkat bawah sambil mendengar satu ceramah di telefon beliau. Lebih kurang begini bunyinya.
“Tuan-tuan, kita sebagai suami, banyakkanlah berdoa agar Allah berikan rasa kecukupan kepada kita suami isteri, anak-anak dengan segala pemberian Tuhan, minta doa supaya Allah campakkan rasa ‘cukup’ dalam hati isteri kita, supaya dia tak ‘campak’ rasa malu dia semata-mata nak cari duit lain.”
“Hari ini, banyak kita lihat gagasan yang entah dari mana minta para isteri yang tidak berkerjaya agar rasa malu untuk bergantung penuh pada suami yang memberikan nafkah. Mereka dikatakan perlu rasa malu untuk minta duit dengan suami sebab dianggap beban.
Buang Malu Untuk Dapat Sales Banyak
Lalu, berbondonglah para isteri berjoget, bergoyang, tunjuk mimik muka menggoda yang sepatutnya eksklusif untuk mahram, tapi dipertonton di khalayak dalam video sebab katanya kena buang malu untuk dapat sales, dapat banyak duit.”
“Semuanya sebab hilang rasa kecukupan dengan apa yang ada padanya. Untuk kejar lebih banyak lagi duit, lebih banyak sales – menurut kata guru bisnes mereka. Rasa ‘qanaah’ sudah hilang dalam rumahtangga.”
Allahuakbar.
Deep.
Rasa tertampar sungguh waktu itu. Saya faham, mungkin ada yang rasa tak setuju. Terlalu ‘rigid’ katanya. Wanita pun punya hak mengejar impian mereka. Banyak duit. Banyak aset.
Saya juga faham, kita hanya akan terima apa yang kita nak terima. Kita hanya validate apa yang kita nak validate.
Maaf sangat… Menutup aurat, bertudung labuh, lengkap cover lengan, kaki pakai stokin namun masih tunjuk mimik muka manja, kerlingan mata seksi dengan hiasan berwarna, cebik-cebik mulut bagai, menggunakan filter yang amat berlebihan supaya nampak extra cantik, gerakan-gerakan badan berlebihan untuk ikut audio trending (yang sepatutnya eksklusif untuk tontonan mahram kita sahaja), tetapi berani tontonkan kepada umum atas alasan confident, personal branding.
Kadang ada pula yang terlepas pandang membuat video menggunakan musik yang berlirik lucah pun ada, kerana ‘views’ tinggi. Astaghfirullahal adzhim.
Sekali lagi tanya diri. Berbaloikah? Tanyalah fatwa hati. Itupun kalau hati kita masih cukup sensitif untuk refleksi.
Mungkin normalisasi yang sedang berlaku. Dulu hanya lihat wanita tak tutup aurat mempamer diri, bergoyang sana sini tanpa malu. Kini para wanita muslimah bergelar anak, isteri, ibu pun mula tidak rasa bersalah membuang ‘malu’ demi konten, demi sales, demi duit.
Lebih menyedihkan para muslimah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian menutup aurat pun mula dan makin ramai terjebak sama. (Sedih melihat, tetapi tiada daya untuk menegur semuanya.)
“Malu malu dapat apa? Bukan dapat duit. Yang penting duit. Duit beli aset, duit beli beras, duit bayar bil.”
Harap Keberkatan & Redha Allah
Betul, memang betul. Tapi dalam hidup atas dunia yang singkat ini, jangan lupa kejar keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Sebab pengakhirannya kita cuma nak Allah redha dengan setiap perbuatan kita.
Niat mahu mencontohi Ummahatul Mukminin Sayyidatina Khadijah sebagai ikon berbisnes janganlah sirahnya diambil sekerat dan di-adjust mengikut sesuka hati.
Islam itu memudahkan kaum wanita untuk bermuamalah, namun ramai yang bermudah-mudah dalam hal agama.
Mungkin tanpa sedar kita ketepikan matlamat hidup kita yang paling utama, iaitu untuk beribadah kepada Tuhan, menjadi khalifah atas muka bumi serta melakukan amal ma’ruf nahi mungkar.
Maka, terpulanglah pada diri sendiri, mahu berpegang pada pendapat yang keras untuk menekan nafsu diri, atau berpegang pendapat yang lebih lembut kerana kita percaya dengan pilihan sendiri kononnya. Entahlah…
Tepuk dada, tanya iman. Allah redhakah dengan semua itu? Hati kita takkan menipu.
Muhasabah diri Kak Intan sendiri yang selalu lalai dan selalu berperang juga dengan diri sendiri. Allahul musta’an.
#intandzulkefli
#randomthoughts
P/S : Kak Intan minta maaf sangat-sangat kalau ada yang tersinggung dengan reminder ini. Ingatan dan teguran untuk diri Kak Intan juga terutamanya.
Disclaimer : Tulisan ini bukannya menidakkan usaha isteri untuk mencari duit dan berbisnes dan disuruh hanya bergantung penuh pada suami sahaja. Berniaga itu sunnah Rasulullah SAW, isteri Nabi SAW juga merupakan seorang businesswoman yang sangat hebat bisnes dan infaqnya untuk Islam. Namun Sayyidatina Khadijah juga wanita yang amat bersih, suci dan amat menjaga maruah dirinya waktu bermuamalah.
Point utamanya ialah supaya jangan para muslimah menggadaikan maruah diri (walau secara maya sahaja) demi konten, likes dan views (bagi melariskan jualannya). Kak Intan yakin semua dah cukup matang untuk faham inti penulisan ini.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian dan teguran ini bermanfaat. Sama-samalah kita memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Janganlah sanggup gadai maruah diri semata-mata demi konten, likes dan view di media sosial demi melariskan jualan.
“Merangkaklah cari aku di padang mahsyar.” Lebih baik maafkan dari susahnya diri menunggu orang yang mak ayah marahkan tu.
Memang susah hendak maafkan orang yang berbuat salah dan menyakiti hati, namun sebaik-baiknya usaha untuk maafkan dan move on. Serahkan saja pada Allah untuk membalasnya.
Kau ingat dekat sana nanti, dia merangkak macam anak kau yang baru nak belajar jalan merangkak ke?
Tak.
Sedar atau tidak sebenarnya kita sudah hilang sifat tawaduk dalam merenung ayat suci Al Quran.
Buka surah Al Hujurat, baca ayat 2. Sedangkan sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga pun takut mendengar ayat ini, tak kan lah kita yang belum selangkah ke syurga ini hendak memperlekehkannya.
Sudahlah.
Tinggalkan lah ayat mengancam atau mengugut. Padang Masyar tu bukan macam padang permainan depan rumah kau.
Di situ segala amalan baik dan buruk akan ditimbang, di tontonkan satu demi satu kebaikan dan kejahatan kau.
Di situ terserlah segala keaiban kau yang selama ini Tuhan sembunyikan.
Kalau kita rasa best dengan ayat tu, teruskanlah. Teruskan lah dengan mendoakan yang tidak baik kepada kawan tadi tu.
Dari Susahnya Diri
Mengaku umat Nabi, tapi bila bab disakiti terus lupa umat nabi.
Abu Jahal dan Abu Lahab yang over zalimnya terhadap Nabi pun Nabi tetap maafkan dan mendoakan yang baik-baik hingga akhir hayat mereka.
Kenapa tak nak ikut?
Oh, kita bukan Nabi.
Habis tu? Nak ikut Abu Jahal ke?
Kah!
Kalau kau rasa dikhianati, di sakiti, dan ti ti yang lain, selesaikan lah di dunia.
Dan untuk kau yang menyakiti, selesaikan lah segalanya di sini juga.
Cukup-cukup lah segala beban dosa yang kita lakukan selama ini.
Dan tolong berhenti guna ayat;
“Carilah aku di Padang Masyar”
Buat penat kau tunggu. #Sisbulan
Orang cakap, bila usia 40 tahun, macam-macam ujian yang muncul. Tidak kurang juga orang kata, inilah umur yang cukup matang dan segala apa yang kita impian berada pada usia ini.
Namun, tidak kurang juga yang kata, usia 40 tahun, jika seseorang itu tidak berubah, sukar untuk dia berubah. Wallau ‘ahlam. Inilah usia kita untuk mencapai puncak kehidupan yang lebih baik lagi.
Semua ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Bila difikirkan balik, usia ini adalah tahap kritikal untuk kita menikmati segala yang ada. Baki usia tidak tahu berapa yang tinggal, hanya Dia saja yang tahu.
Dalm usia 40 tahun juga, kita sepatutnya lebih banyak bersyukur dan bukannya merungut, cerewet, hati tidak tentetam dan sebagainya.
Nak kita rasa bersyukur dengan usia yang kita ada ini, Khairul Anuar Basri ada menitipkan doa khas untuk kita yang berusia menginjak 40 tahun.
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.
Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :
a) Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
b) Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
c) Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.
Masuk umur 40 tahun ini, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.
Mulalah jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut, orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.
Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua.
Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.
MW: Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita. Aamiin.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...