Disebabkan harga bawang semakin mahal, apa kata kita buat resipi tanpa guna bawang. Bolehlah cuba buat menu telur hancur masak tomato ini.
Telur hancur masak bersama tomato ini sedap dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Boleh juga makan menu ini begitu sahaja.
Menurut penulis resipi yang berkongsi resipi ini di Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), telur hancur masak tomato ini adalah masakan Cina. Disebabkan ada yang bertanya mengenai masakan tanpa bawang, terus dia berkongsi resipi simple tapi sedap ini.
Hendak buat menu ini tidaklah berapa susah. Bahan utamanya adalah telur dan tomato. Bahan-bahan lain adalah sebagai penyedap dan penambah rasa.
Boleh Cuba Resipi Telur Hancur Masak Tomato Perkongsian Zurina Zulkefli Ini.
“Semalam saya perasan ada soalan sis berkaitan masakan tanpa bawang. Nah, ini adalah salah satu menu tanpa guna bawang – masakan Cina yang simple dan sedap – telur hancur dimasak bersama tomato. Kebanyakan masakan Cina tak menggunakan bawang. Berbeza dengan masakan Melayu dan India yang sinonim dengan bawang dan rempah ratus.
“Saya dan anak-anak cukup gemar makan lauk ini. Tak perlu lauk lain pun takpe (tapi kena sediakan jugak lauk lain kalau kes lauk telur ni cepat habis. Hehehe). Saya serta resipi di setiap gambar ya.”
Resipi Telur Hancur Masak Tomato
Bahan-bahan yang diperlukan
2 biji telur ayam (kocak)
2 biji tomato (potong)
2 batang daun bawang (hiris)
Ads
2 sudu sos pencicah Thai atau boleh juga guna sos cili/sos tomato. Guna salah satu antara tiga sos tersebut.
Kocakkan telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan daun bawang.
Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato menjadi lembik. Kemudian masukkan 2 sudu sos pencicah Thai dan taburkan sedikit garam.
Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sehingga telur masak.
Ads
Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. Agak-agak telur dan masak, boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.
Memang sedap dimakan. Nasi, telur hancur tomato dan daging lada hitam. Yang cepat habis cuma nasi dan telur je. Tertinggal la daging lada hitam. Huhuhu
Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!. Jika ada roti putih di rumah, selain buat sandwich biasa boleh cuba resipi mudah Basque Burnt Cheese Toast ini. Memang sedap lebih-lebih lagi makan waktu panas-panas. Lemak manis masin secukup rasa. Nak buat untuk bekal anak sekolah pun sesuai sangat.
Selamat pagi gaiss. Pagi ini kami buat sarapan Basque Burnt Cheese Toast. Bahan-bahan sangat senang kita nak buat. Main campak-campak pun dah jadi. Bawak bekal sekolah anak pun boleh.
Bahan-Bahan :
4 keping roti sandwic (potong kerak tepi roti)
4 keping kepingan cheese burger
1 biji telur kuning sahaja
1/4 cawan susu segar/susu cair
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega/marjerin
Cara Membuat:
1. Panaskan mentega/marjerin sehingga cair. Masukkan kepingan cheese. Gaul sehingga sebati. Tambah telur kuning, susu segar dan gula pasir.
2. Gaul sehingga bahan sekata tiada gentelan dan sedikit pekat. Adunan sederhana cair. Ambil sesudu ketika panas dan sapu kan terus pada roti .Sebabnya kalau adunan dah sejuk akan jadi pekat dan keras.
3. Bakar dalam air fryer 160-180 darjah selama 5 minit sehingga kuning keemasan.
4. Dah siap. Makan ketika panas. Terasa sangat lemak manis masin macam burnt cheese kek.
Mingguan Wanita: Mudah nak buat dan nampak sedap sungguh Basque Burnt Cheese Toast ni. Apatah lagi dimakan panas-panas, terasa manis, masin berlemak secukup rasa.
‘Classic Butter Cake’ atau Kek Mentega Klasik memang selalunya dikaitkan dengan kek kegemaran yang mak-mak selalu buat dirumah. Kek mentega ini selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nurul Aini Mohamed Ali, Kek Mentega yang beliau buat cuma menggunakan 4 bahan utama je.Tapi hasilnya, tekstur kek tersebut jadi sungguh gebu dan sedap! Mak-mak yang baru-baru belajar nak buat kek pun boleh cuba resepi ini. Mesti puas hati bila kek menjadi nanti!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Classic Butter Cake (kek mak-mak). Sambil minum kopi o dalam hujan dipetang hari oh nikmatnya!”
Resepi simple kek mak-mak dijamin gebu.
Bahan-Bahan:
1 cawan butter atau margerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
Cara Membuat!
1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar suhu 180’c selama 40minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).
Mudah rupanya jika nak buat sendiri tepung tortilla ini, malah berbulan tahan lama jika simpan di freezer. Memang lebih menjimatkan berbanding beli di pasaraya.
Bagi mak-mak yang selalu buat wrap, fajitas atau quesadillas, sesuai sangat buat sendiri ‘Flour Tortillas’ ini. Ikut resipi ni satu adunan boleh dapat 12 keping.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashrafini sebagai rujukan.
Flour tortillas home-made untuk buat wrap, fajitas atau quesadillas.Saya suka buat sendiri flour tortillas sebab dengan cara ini saya tahu minyak yang saya gunakan memang dari sumber sayuran. Di luar ni, saya lebih suka berhati-hati.
Resepi untuk 12 flour tortilla
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung roti / protein tinggi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/3 cawan minyak sayuran (saya guna sunflower oil)
1 cawan air suam.
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Kacau. Masukkan minyak. Gaul hingga jadi macam serbuk roti.
2. Masukkan air dan uli hingga adunan tidak melekit dan halus bila disentuh.
3.Bahagi pada 12 bebola. Tutup dengan kain basah. Rehatkan sekurangnya 20 minit hingga semalaman.
4.Saya gunakan tortilla press yang saya beli di Shopee, tapi boleh juga dicanai nipis macam capati. Beli Tortilla press yang murah di sini.
5.Masak dalam frying pan tanpa minyak dalam 1 minit untuk belah pertama, terbalik kan dan masak lagi 20-30 saat.
6.Angkat dan tutup dengan kain lembap, biar tortilla panas saling berwap untuk melembutkan satu sama lain.
7.Buat hingga habis adunan. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Berbulan juga tahan kalau dalam freezer. Nak guna, panaskan balik atas frying pan.