Pokok Sawi antara sayuran berdaun hijau yang selalu kita gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi.
Jika mak-mak nak cuba tanam sendiri, pokok sawi gergasi ni, boleh cuba tanam ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini sebagai rujukan.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33 hari selepas di semai.
1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Ads
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4 daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain (jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika berminat untuk memiliki sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1 pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
Ads
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Ads
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok sawi sendiri di rumah, ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Segar, boleh terus petik dan masak di dapur.
Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
Ini Kaedah Aquaphonic Mudah
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Syarat Lain Kena Ikut
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Sempena Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) ramai yang ada banyak masa di rumah merebut peluang melakukan pelbagai projek seperti bertukang, berkebun, menjahit, dekorasi rumah dan sebagainya. Salah satu projek yang boleh dibuat sendiri ialah DIY open wardrobe baju sekolah anak. Sesuai untuk anak yang agak lasak, malah baju-baju sekolah pun nampak kemas tergantung.
Boleh cedok idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Izat Akmalini sebagai rujukan.
Memang nampak cantik dan kemas hasil kerjanya.
Projek pkp open wardrobe baju sekolah anak. Disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama tercabut pintu, so diy sendiri yang lebih kukuh.
Material:
Besi hollow 1.5inci x 0.5inci Kayu hevea board Besi jaring diamond mesh 3mm (biasanya hardware besi yang besar ada jual, dalam shoppe pun ada tapi harga mahal)
Amik masa 2 hari untuk siap rangka dan 1 hari untuk cat kering. Alhamdulillah, siap dan puas hati.
Permulaan,yang penting kena ada pelan dulu, baru jimat masa. Saya beli di hardware besar, kalau yang kecik-kecik takde. Saya beli di stor besi dan roof, murah sikit.
Heveaboard
Cat alas
Siap cat rangka
Siap rangka sepenuhnya.
Nampak tegap, harap dapat la bertahan.
Dah siap susun baju, walau sekolah lambat lagi nak buka.
Mesti mak-mak guna macam-macam petua hilangkan batuk. Maklumlah, nak sembuh memang makan masa lama sikit, boleh jadi dua minggu atau berbulan untuk sembuh. Belum lagi dengan berbotol-botol ubat batuk dah dihabiskan tapi tak juga sembuh.
Malah, bukan setakat berbotol ubat batuk tapi macam-macam cara untuk hilangkan batuk ni. Paling kasihan kat anak-anaklah.
Selain untuk hilangkan batuk dengan mengambil ubat batuk yang diberikan oleh doktor, mak-mak boleh juga cuba cara tradisional. Ada yang guna bawang putih dan minyak, minyak aromaterapi dan sebagainya.
Mungkin petua yang diberikan oleh Asyraf Bakar dalam video ini boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Tak perlu nak habiskan berbotol-botol ubat batuk. Sebaliknya dengan mnggunakan urutan pada 3 titik penting di bahagian tangan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...