Tekanan dan kemurungan wanita beranak kecil adalah perasaan sedih yang melampau, mudah penat secara mental mahupun fizikal atau cepat marah atas perkara kecil. Ini sering terjadi pada ibu yang baru melahirkan anak.
Kadang ketika ini wanita mungkin mengalami kesukaran dari segi emosi untuk menjaga dan mengasihi anak dengan baik.
Agaknya apa perasaan dan kenapa mak-mak ini boleh bertindak macam-macam pada anaknya sendiri? Untuk faham dan jentik hati kaum sebilangan suami, jemput baca perkongsian Puan Salwa Mohd Saleh ini…
Kisah Benar Wanita Yang Alami Tekanan Dan Kemurungan
Jika anda kenal saya, mungkin sangat-sangat susah anda nak percaya 2 cerita yang saya tulis ini.
Kenapa?
Sebab saya sentiasa bersemangat, orang kata selalu menginspirasikan, bermotivasi tinggi, always positive, tak peduli caci maki orang lain, and any good things orang selalu katakan. Saya pun mengaku saya jenis yang begitu.
Tidak juga bermakna saya tidak stress. Atau tidak tahu hendak rasa down dan hilang waras seketika. Kadang, itu lebih sukar kerana sentiasa memotivasikan diri sendiri sehingga hilang ruang untuk melepaskan stress.
Meroyan Ke?
Cerita pertama jadi baru je lagi. Orang kata ketika berpantang, akan mudah meroyan. Dan ramai juga tak amik peduli sangat bila diceritakan. Sebab di atas lah, saya kan tahu jaga diri. But let me tell you what, sometimes only a little spark could trigger such a big mess.
Ads
Saya tak pernah angkat tangan sedikit pun pada Israa’. 3 tahun umurnya sangat-sangat susah untuk saya tinggikan suara pada dia, dengan keadaan dia yang istimewa lagi la dijaga rapi dan manja. Memang rapat dan selalu berlembut dengannya.
2 minggu lepas, suami saya tiada kerana ada urusan. Saya dan 4 orang anak dirumah. Baby pula sentiasa melekap. Saya lapar sangat dan letih. Waktu lunch pun goreng ayam sahaja yang sempat. Itupun sebab campak dalam air fryer dan tekan masa. Dalam kelam kabut baru berjaya tidurkan baby Iyaad, duduk lah 4 beranak lagi cuba makan.
Saya suapkan nasi, Israa’ mengamuk. Menangis kuat. Kerana Israa’ masih tak boleh bercakap, susah nak faham apa yang dia nak tapi saya selalu dapat meneka. Bagi air, bagi dia suap sendiri, bagi sudu, bagi ayam sahaja, dan biasanya di diam tapi tidak kali ini.
Menangisnya sangat bingit sampai baby terjaga dan menangis sekali. Saya pula letih dan lapar sangat. Mula tinggikan suara. Israa’ masih menangis keras. Imran dan I’jaaz pujuk pun tak reda. Iyaad pula makin kuat tangisan sedang saya makan pun baru dua tiga suap.
Entah apa angin nya saya tampar pipi Israa’. Wallahi itu pertama kali. Walaupun tidak keras tamparan tu, sampai sekarang saya menyesal. Lagi kuat tangisannya. Saya dengar ada semacam melintas dalam fikiran saya:
Ads
“Kau siram je air kat kepala dia. Nanti dia diam”
Tak sampai beberapa saat, tangan saya sudah mencapai segelas air dan saya siram di kepala Israa’. Basah lenjun. Imran dan i’jaaz terdiam. Terus tunduk mereka berdua makan, tak berani cakap apa pun. Saya masih marah-marah. Saya ambil video dan hantar kepada ayah mereka. Saya basuh tangan, tanggalkan baju Israa’ dan biarkan dia di atas kerusi. Saya arahkan Imran yang turunkan dia sambil saya ke hadapan, mengambil Iyaad yang sudah kering suara menangis.
Waktu saya tulis ini pun, masih mengalir air mata saya. Saya fikir belum ada orang dapat faham betapa sayangnya saya pada Israa’ dan saya pun tak tahu bagaimana saya dapat buat semua tu. Sekelip mata. Mujur yang saya dengar tu siram aja air. Kalau yang saya dengar tu, tikam la dengan pisau? Tak mustahil saya boleh buat.
Itu just a random moment yang memang tak teringat dah apa-apa.
Cerita kedua waktu mengandung. Saya jadi sangat stress sampai jadi depress kerana saya rasa tak ada orang faham saya, kepenatan, kesusahan dan segala macam yang saya tanggung. Bila suami saya cuba pujuk saya yang macam hilang akal, dia suruh istigfar. Selawat. Ingat Allah.
Tahu saya rasa apa?
Menyampah betul. Like rasa nak tutup kan mulut dia.Rasa nak tendang. Bila dia cuba peluk, lagi kuat saya nak lepaskan pelukan sebab saya rasa benci sangat. Waktu orang nak attention tak nak bagi, sekarang baru sibuk. Rasa kalau boleh mati pun lagi bagus. Bila dengar anak nangis waktu tu, saya tekup telinga. Rasa bingit. Rasa terganggu.
Akhirnya bila penat, saya terdiam. Suami bawa saya ke bilik air, bersihkan diri. Syampu kan rambut. Cakap lembut-lembut. Bisik kata-kata semangat. Bisik dia cintakan saya. Baru saya ok balik dan dapat bertenang.
Ads
Sebab tu bila orang nampak macam hilang waras, tak usah jadi ustaz sangat. Bahaya juga. Kita konon nak tolong dan bagi dia ingat semula, tapi kita sebenarnya simbah petrol pada dia. Lagi memuncak kebencian bila kita ingatkan pada tuhan. Dia nak kasih sayang, dia nak tahu ada orang sayang pada dia.
Kenapa saya cerita perkara ni walaupun seems macam memalukan diri sendiri?
Saya tak rasa ianya memalukan.
Itu stigma orang biasa. keyboard warriors yang akan acah-acah islamik perfect hidupnya tanpa masalah.
Atau orang-orang prejudice yang amal ibadah seolah confirm masuk syurga.
Kalau ada komen seperti itu, saya akan delete sebab awk bukan manusia. Awak malaikat. Sebab jika awak manusia ada perasaan dan tahu ada masanya orang tak dapat fikir normal.
Saya nak kata, stress dan depression adalah real. Kalau tak diurus dengan baik, stress akan jadi depress. Memang saya bukanlah dalam kategori orang yang di diagnos stress. Tak. Nauzubillah dan saya cukup kagum semangat kental mereka-mereka ini. Tapi saya nak orang buka mata. Sikit-sikit itulah yang kadang jadi bukit!
Sebab tu juga satu lagi, berhentilah judge orang. Kalau dia bunuh diri sekalipun mana tahu dia masuk syurga atau neraka? Orang yg hilang waras dia jd gila. Perbuatan dia tidak dikira tau.
Saya pun tak tahu lah sudahnya orang dapat tangkap atau tidak apa yang saya cuba sampaikan.
I hope so…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila diduga dalam perkahwinan, kedua belah pihak kena mainkan peranan. Tak boleh terus cari salah tetapi suami isteri kena duduk dan berbincang sebab perkahwinan bukan melalui detik bahagia saja. Ada pasang surutnya.
Tetapi, kalau salah satu daripada pasangan mula merasa ada sesuatu yang tak kena, mungkin memang ada masalah yang boleh tercetus dalam perkahwinan itu.
Dan apa yang paling ditakuti, anak-anak akan jadi mangsa. Haaa… sebab itulah kena semak dari awal dan selesaikan dengan cara baik. Pendek kata, sebaiknya mak ayah ikut cara Puan Nurul Ilyani ini…
Depression, Berkahwin, Nak Teruskan Atau Bercerai?
Pernah tak anda rasa irritated dengan anak menangis, rasa nak tutup mulut dia? (semasa manic/depression)
Pernah tak anda pukul, lempang atau buat deraan fizikal pada anak? Anda rasa tak dapat nak kawal tubuh badan anda. (semasa manic)
Pernah tak anda rasa menyampah tengok muka suami. Benci ya amat. Rasa nak lari tinggalkan dia? (semasa depression)
Pernah tak anda lempang suami anda, pukul dan hempuk dia dengan kerusi?(semasa manic)
Pernah tak anda mengamuk dan anda baling semua barang yang ada di depan anda? Termasuk barang berharga seperti handphone, laptop dan sebagainya.(semasa manic)
Pernah tak anda rasa nak tidur je, tak nak keluar bilik? Nak baring je. Rumah tak terurus. Anda lagi tak terurus. Tak mandi 2-3 hari. Anda masih boleh hidup dan tak kisah.(semasa depression)
Pernah tak anda rasa nak mati atau bunuh diri. Rasa guilty. Rasa macam tak berguna.(semasa depression)
Pernah tak anda rasa benci nak jumpa orang? Tak suka bunyi bising.(semasa manic/depression)
“Kawan,
Sebahagian yang saya senaraikan adalah tanda bipolar disorder. Ada banyak lagi. Tapi saya tulis yang severe. Bipolar disorder terbahagi kepada 2 episod iaitu manic dan depression. Ada jenis bipolar lebih kepada depression. Ada jenis kepada manic. Saya? Saya lebih kepada manic.”
Saya tulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Setiap penghidap bipolar atau depression berbeza.
Cara Nak Atasi Masalah Ini
Ada satu jenis mental disorder lagi iaitu MDD. Ikut bacaan saya, MDD adalah unipolar. Maksudnya hanya ada depression.
Tak seronok kawan. Tak. Tapi, sebelum jumpa pakar lepas baca tulisan saya—
Ikut tip Dr Hafiz Sulaiman rawat usus. Saya buat suggestion dia, symptom bipolar berkurang hampir 80%. Emosi lebih terkawal. Daripada episod seminggu 2-3 kali. Saya berjaya kurangkan sebulan 2-3 kali. Gula jahat❌. Buang gula atau minimakan, emosi lebih baik. Gluten pun sama❌. Ada banyak lagi.
Seterusnya dapatkan rawatan hospital. Banyakkan bergaul dengan orang soleh dan banyakkan tadabbur ayat Quran.
Ya, mesti marah kalau orang depression kita suruh faham Quran dan hadith. Tapi itu pun ‘ubat’ saya juga.
Dan saya masih ambil ubat hospital juga.
Juga, saya ada suami yang baik. Pokoknya, orang paling dekat dengan kita adalah orang yang paling baik dan menyokong.
Istikharah, Stay Atau Pilih Jalan Penceraian
Ada dua jalan, andai kahwin membuatkan anda lebih teruk, istikharah, stay atau pilih jalan penceraian. Namun, andai ada ruang penambahbaikan, maka berusaha ke arah kebaikan. Itu yang lebih baik.
Banyak wanita bertahan, sebab ANAK. Bertahan dalam perkahwinan sebab ANAK.
Ada ramai yang saya kenal, ada bipolar dan sudah bercerai. Tak mudah menjadi orang yang ada sakit mental dan stay dalam sebuah perkahwinan. Tak mudah.
Doa saya “Hasbunallah wa nikmal wakeel. Allahu mustaan”
Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai ibu yang baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun selepas mati, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih berjasa kepada dua individu apabila mak dan ayahnya memutuskan mendermakan kornea anak mereka yang maut akibat kemalangan jalan raya itu.Nilai murni dan pengorbanan yang pasangan ini lakukan sanggup mendermakan mata anak kesayangan pada yang lebih memerlukan wajar dipuji.Ia bukan perkara yang mudah.
Meninggal Akibat Kemalangan
Menurut laporan Chengdu Economic Daily, kejadian yang berlaku di Beijing ini, kanak-kanak itu, Liu Ying, meninggal dunia Selasa lalu di Suining, wilayah Sichuan, 20 bulan selepas menderita kerosakan otak dan kecederaan serius lain akibat kemalangan motosikal.
Liu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya apabila mereka dilanggar sebuah lori. Doktor juga terpaksa memotong kaki kirinya.
Selepas pembedahan terbaru yang mengambil masa sehari pada 1 Februari lalu, pakar bedah memaklumkan ibu bapa Liu bahawa anak mereka mungkin tidak dapat bertahan.
“Sekurang-kurangnya penerima kornea itu boleh menikmati hidup dengan melihat dunia menerusi mata anak kami,” kata ibu Liu.
Pakar bedah dan jururawat bertugas sebak dengan pengorbanan ibu bapa kanak-kanak itu serta memberi penghormatan kepada Liu sebelum memulakan pembedahan mengeluarkan korneanya untuk dipindahkan kepada dua pesakit.
Pakar mata di hospital tempat Liu dirawat, Li Heng berkata:
“Pembedahan memindahkan kornea itu berjaya. Penerima kini semakin pulih daripada pembedahan.”
Derita Separuh Lumpuh
Ibu bapa Liu yang identitinya tidak dikenali menderita separuh lumpuh akibat kemalangan itu, memaksa mereka berhenti kerja dan meminjam 1,000 yuan (RM629) daripada rakan untuk membayar kos hospital.
Kakitangan hospital yang bersimpati dengan nasib pasangan itu mengumpul dana lebih 30,000 yuan (RM19,000) untuk didermakan kepada mereka.
“Belas kasihan dan kejujuran yang ditunjukkan pasangan itu membuatkan kami terharu,” kata pengarah pusat pediatrik hospital berkenaan.
Ada isteri yang direzekikan suaminya selalu dekat depan mata. Alhamdulillah.. syukur. Ada pula isteri yang perlu kuat emosi kerana sering berjauhan dari suami yang kerap keluar outstation mencari rezeki.
Sebut memang mudah, tapi macam mana nak jadi benar-benar kuat emosi itu. Lagi-lagi bila baru berumah tangga, tapi dah terpaksa berjauhan dari suami.
6 Tip Kental Untuk Isteri, Berdepan Situasi Suami Kerap Outstation
Sedar tak sedar hampir 5 tahun suami sentiasa outstation.
Ada yang bertanya saya tak penat ke menguruskan banyak perkara?
Allahu..
Hanya DIA yang Maha Mengetahuinya.
Awalnya saya memang payah nak hadap seorang diri.
Kini alhamdulillah, saya terima seadanya. Secara tidak langsung mengajar saya erti berdikari. Dengan izin Allah, saya mampu menggalas dengan senyuman.
Sebolehnya jauhi dari menyebut,
Penat
Penat
Penat
Kerana ianya aura negatif.
Baik saya kongsikan sedikit tips yang saya lakukan.
1. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL
Sangat penting untuk para isteri, baik yang bekerja makan gaji, kerja sendiri mahupun surirumah.
Sebagai contoh tidur awal kerana isteri perlukan stamina yang lebih untuk menguruskan anak-anak dan tuntutan kerja.
Macam saya kalau ada tempahan batik, berdiri 5-6 jam sehari untuk mewarna batik bersama-sama staf. Sebab itu perlunya tidur yang cukup. Untuk mendapatkan tenaga.
2. JAGA MARUAH
Jaga diri sebaik-baiknya. Andai perlu keluar rumah, segera memberitahu suami dengan siapa keluar dan balik rumah pukul berapa. Bukan apa gejala fitnah di akhir zaman ini semakin berleluasa.
3. CALL @ VIDEO CALL @ KOMUNIKASI
Pengubat rindu! Orang kata kalau bercinta tak dapat tengok muka dapat dengar suara pun jadilah kannnn.. Hehhehe. Cinta halal, Allah pun suka.
Jangan segan untuk ucapkan I love U.
Saya selalu mengusik suami mengatakan kata-kata sayang dia tu tak sampai ke hati saya.. Hahaha. Romantik lagi plzzz.
4. SEMATKAN DALAM HATI SUAMI PERGI MENCARI REZEKI
Andai isteri penat melayan kerenah anak-anak, suami juga begitu. Penat mengerah keringat, memerah otak untuk mencari rezeki halal.
Isteri perlu berlapang dada. Redha dengan suami. Andai ada salah silap, maafkan lah suami.
5. AJAR ANAK-ANAK UNTUK MEMBANTU
Bab ni memang mencabar kaum ibu. Berkali-kali pesan dan didik agar mengemas mainan, buang sampah, kemas bilik namun tetap juga bersepah.
Jangan putus asa!
Teruskan mengingati mereka, dan paling best kita sebagai ibu pun bersama-sama berganding bahu, bukan hanya mengarah itu dan ini.
Kan seronok, kita pun tidak stress malah boleh bergelak ketawa lagi dengan anak-anak.
3 superheroes saya berumur dari 3-10 tahun.
6. BERSERAH PADA ALLAH
Keselamatan suami, keselamatan saya dan anak-anak serah bulat-bulat pada Yang Maha Esa.
Mohon doa bersungguh-sungguh dari Ilahi walaupun sentiasa berjauhan namun biarlah Allah menyinari hubungan kami menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Semoga apa yang dikongsi ini memberi manfaat.
Sumber/Foto : Ira Humaira, isteri yang menunggu kepulangan suami
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...