Air Teh Tarik memang ramai yang suka. Namun tak ramai yang pandai buat dan tahu ramuannya bagi menikmati rasa teh manis, pekat, kelat, lemak dan berbuih memang secukup rasa. Rupanya kena letak sedikit esen vanila, barulah Teh Tarik ni rasanya ‘Kaw’ dan lebih sedap macam dijual di tepi jalan.
Boleh cuba cara buat Teh Tarik Kaw seperti yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat ini sebagai panduan.
Hari ini Mak Jemah bukan nak share masak makanan tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah amik resepi kat mane. Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah. Lets check it out!
Bahan-Bahan:
Air 500ml
Teh 4/5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu Pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mane)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh je lebih)
1sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas tu bubuh susu pekat,susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika,siap!
*Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Macam-macam rupanya kegunaan Spray Serbaguna Homemade ni, berkesan untuk halau semut malah mudahkan kerja-kerja di dapur. Berbanding menggunakan alat pencuci biasa, spray serbaguna ni hanya menggunakan campuran air, cuka dan sabun pencuci pinggan je.Namun kesannya memang luar biasa dan dijamin selamat.
Mak-mak boleh cuba buat sendiri spray ini di rumah dan lihat keberkesanannya. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimraini sebagai rujukan.
“Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.”
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni.
Bahan-Bahan:
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.
*Untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama disini.
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk;
1. Hilangkan Bau Hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam dan siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
2. Mudah Tanggalkan Kesan Minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
3. Masa Baking
Nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer dan bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh dan keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa dan menjimatkan sabun.
4. Spray Dan Rendam Kain Lap Tangan, Kain Lap Dapur & Span Basuh Pinggan
Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan-kesan minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit-lekit, melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau dan jadi tempat pembiakan bakteria.
5. Bersihkan & Tanggalkan Karat Pada Mata Blender
Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan.Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh pulak.
6. Bersihkan Karat/Mendapan Dalam Cerek Elektrik
Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Gambar atas, dasar cerek yang saya sental dengan sabun pencuci & guna berus besi. Walaupun dah sental banyak kali tetap tak hilang sepenuhnya. Gambar bawah, semua karat/mendapan hilang walaupun sental guna span basuh pinggan biasa jer (yang warna hijau tu)
Info Ekstra!
* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
*Pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*Spray ni jugak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’.
*Kalau setakat spray untuk kurangkan bau-bau toilet yang tak diingini, tak nak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je.
*Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Kegunaan Lain:
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
MW: Semoga bermanfaat! Banyak sungguh kegunaan Homemade Spray Serbaguna ni, mak-mak boleh cuba sendiri untuk kegunaan di rumah. Yang penting selamat, bebas bahan kimia dan jimat kos.
Sebenarnya tak perlu pun keluar modal besar-besar untuk dapatkan ruangan kitchen bar (bar dapur) idaman hati.
Terpesona lihat, kitchen bar di kediaman Diyana Mahmud ini. Paling penting sekali, buat sendiri dan modal untuk table top tu cuma RM59.
Katanya, “Saya nak kongsi DIY kitchen bar dibuat dengan menggunakan table top Linnmon Ikea.”
“Kaki untuk kitchen bar tu, saya gunakan kayu yang dah ada dekat rumah dan spray warna putih.”
DIY Kitchen Bar Mudah Pasang
1. Guna table top ini.
2. Pasang bracket untuk lekatkan ke dinding.
3. Untuk kaki buat macam ini.
*kaki buat dan pasang sendiri. Gunakan spray putih sama warna dengan table top.
4. Letak sealer antara dinding dengan kaunter.
Sealer tu ada dijual dekat kedai hardware. Warna putih dalam bekas. Ala-ala kapur. Tujuan letak sealer tu tak nak bagi ada gap antara table top dengan dinding.
5. Inilah hasilnya.
MW : Mudahkan.. buat sendiri pun boleh. Lebih jimat dan tak perlu upah orang.
Letak air dalam talam. Mungkin kedengaran agak pelik. Hakikatnya, ia sangat membantu terutamanya dengan keadaan cuaca panas sekarang ini.
Pelbagai cara dan petua telah digunakan untuk memastikan rumah sentiasa sejuk, lebih-lebih lagi rumah yang tak ada aircond. Ada yang buka kipas dan hala ke luar rumah dan paling tak kuran juga yang pasang ke semua kipas ada dalam rumah.
Namun, salah satu cara yang tak terfikir langsung oleh Husna Haron inilah adalah meletakkan talam berisi air dan biarkan kipas terpasang. Hasilnya rumah jadi sejuk dan nyaman.
Ingat lagi, dulu saya pernah tinggal di sebuah rumah sewa… Semuanya selesa di situ. Tapi panas yg amat. Setiap petang balik kerja, macam dalam oven. Seriously panas yg amat.
Satu pagi yang rushing, Anak saya tertumpah kan 1 jag air. Atas lantai… Saya biarkan saja Sebab dah lambat nak pergi kerja Lampu dan kipas pun Tak sempat nak tutup. Bila balik rumah? Eh pelik sangat sangat. Rumah rasa nyaman.
Diringkaskan cerita, rupanya air yang ditumpahkan tu tersejat dek kerana kipas setiap masa terbuka dan wap air berkumpul di sekeliling Ruang tertutup rumah
Oh begitu…Simple sangat ni.
Maka esok nya..Saya ambil lah talam Letakkan air di dalam nya dan buka kipas.
1 talam di ruang tamu, 1 talam di dalam bilik tidur. Sungguh benar. Rumah jadi sejuk.
Saya buat lah mcm tu, Setiap hari… Wahhh selesa nya…Rasa nyaman sangat rumah tau Simple saja.. . . Sampai satu peringkat, saya cuma buat waktu malam saja Sebab memang tidur pakai kipas kan.
Waktu siang dah tak buat. Alhamdulillah maintain sejuk juga rumah. Selepas air circulation dah mula stabil.
Nak guna talam boleh, Besen pun boleh Asalkan luas permukaan nya luas.
Simple sangat..
Air Talam Kipas . Nota 1 : Salin air setiap hari. Supaya tiada pembiakan jentik jentik. Atau letakkan garam juga supaya jentik jentik tak boleh hidup . Nota 2 : Untuk permulaan, jangan buka tingkap rumah ya.
Nota 3 : Sekiranya rumah anda menghadap matahari jatuh, sila lah beli bidal /pokok utk kurangkan cahaya panas tu.
Mingguan Wanita : Mungkin rumah kayu tahan la sdikit panasnya. Kalau rumah batu yang tiada aircond mahunya bahang panas ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...