Teh hijau, tak semua orang suka minum. Tapi kalau boleh membantu turunkan berat badan, tidak salah untuk anda mengambilnya. Bukan itu sahaja, teh hijau nie banyak manfaat lain yang mungkin kita tak tahu.

Perkongsian daripada Siti Amirah Shalihin, pakar dietitian tentang teh hijau boleh memberi panduan buat anda. Jom, kita beralih kepada teh hijau pula.

TEH HIJAU Bukan Minuman Detoks Tapi  Boleh Bantu Turunkan Berat BadanSiti Amirah

Ads

12 PERKARA MENARIK TENTANG TEH HIJAU

1. Teh hijau mengandungi flavonoids. Flavonoids juga biasa ditemui dalam buahan dan sayuran ini tinggi dengan antioksida mengurangkan keradangan dalam badan.
2. Teh hijau mengandungi 1/3 kafein berbanding kandungan kafein dalam kopi. Kafein merangsang saraf otak untuk lebih segar dan sedar.
3. Teh hijau mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, phosphorus, magnesium, zink dan lain-lain.
4.Teh hijau mengurangkan tekanan darah tinggi sekaligus mengurangkan risiko terkena strok (angin ahmar).
5. Teh hijau mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung. Punca kematian no 1 di Malaysia masih disebabkan oleh penyakit jantung.
6. Teh hijau membantu mengurangkan risiko kenser paru-paru, kanser usus dan kanser payudara. Walaubagaimanapun kajian masih tidak mencukupi.
7. Teh hijau membantu mengawal gula dalam darah apabila diamalkan lebih daripada 12 minggu. Namun ada juga kajian yang tidak menunjukkan kesan yang sama.
8. Teh hijau bantu melancarkan sistem pembuangan. Laju gitu. Namun ada juga yang mimum teh hijau lebih sembelit, perut sebu dan gastrik. Kenali kesannya pada tubuh anda.
9. Teh hijau rendah kalori berbanding dengan teh tarik mahupun teh boba apatah lagi ‘teh hidup’ yang dicampur dengan gula, susu pekat krimer dan lain-lain bahan.
10. Teh hijau yang diamalkan lebih daripada 6 minggu membantu pembakaran lemak dan meningkatkan penggunaan tenaga. Namun kesannya cuma seciput.
11. Teh hijau BUKAN MINUMAN DETOX. Kalau hari-hari telan makanan bergoreng, fast food, kek, air manis tidak sama sekali boleh ‘bilas’ dengan teh hijau. Jangan terpedaya.
12. Teh hijau yang digembar-gemburkan membantu turunkan berat badan cuma akan terjadi sekiranya ada DEFISIT KALORI. Tanpa kawalan kalori, minum 1 tong hijau tetap tak turunkan berat badan.

Ads

Minumlah kalau nak minum. Banyak manfaatnya. Namun kunci kepada kesihatan dan berat badan yang terjaga adalah pada pemakanan dan gaya hidup aktif secara keseluruhan.

Ads

MW: Kalau yang tak biasa minum, boleh la berjinak-jinak dengan teh hijau. Banyak manfaatnya.

Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis.
Sumber: Siti Amirah Shalihin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI