Sebagai mak ayah, mendidik anak memang tak mudah. Karakter setiap anak-anak itu berbeza. Ada yang mudah mendengar kata dan ada yang sebaliknya walaupun ‘berbuih’boleh menengur dan menasihatkan mereka. Kita sebagai ‘orang luar’ janganlah mudah menghukum dan tak sepatutnya menegur cara didikan dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Ini kerana perjalanan dan situasi kita mungkin berbeza.
Semalam ada terbaca komen digambar seorang ibu yang berkongsi gambar anaknya tumpahkan beras.. Bila saya terbaca komen tu, saya terus rasa marah.. How could you asked a mother, “Sis tak ajar anak ke.. ?” wow.. Instead of asking someone that stupid and rude question, why don’t you give an advise to help the situation?
Teguran buat ibu-ibu semua,
jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang.
Jangan sesekali mendongak ke langit cakap anak awak behave, anak orang lain nakal..
Jangan sesekali anggap awak hebat, you have good parenting skills while others don’t.
Jangan sesekali tanya orang lain rude question, “TAK AJAR ANAK KE?”
Mana awak tau dia tak ajar anak dia? Mungkin dah berpuluh kali, malah beratus kali dia tegur anak dia, tapi anak dia tetap main.. Mungkin anak dia tak behave macam anak awak? Daripada awak tanya soalan macam tu, baik awak suggest parenting skills awak yang dapat membantu dia selesaikan masalah anak dia main beras tu.
Ads
Perjalanan Hidup Kita Tak Sama
Perjalanan hidup kita semua tak sama tau. Awak tau ke kehidupan ibu lain macam mana? Ada yang kena uruskan anak sendiri 24jam, suami takde nak membantu, seminggu, 2 minggu, sebulan, malah setahun. Ada pulak suami ada je setiap hari di rumah tapi tetap tak membantu.. Semua isteri yang uruskan. Suami main game, main fon, tidur.Tak beri kerjasama jaga anak.
Setiap anak pun perangai lain-lain, bukan anak awak sama perangai macam anak jiran, anak sepupu, anak orang lain.. Macam anak saya jugak, Aryan dan Areeq.
Aryan ni, bawak pi mana pun, semua cakap “behave giler anak hang”, “baiknya Aryan dengar cakap ibu”.. Saya bawak Aryan naik flight berdua masa dia umur 2 tahun lebih, penumpang lain, termasuk ‘mat salleh’ puji bagusnya Aryan tak banyak meragam, tak banyak karenah sepanjang 14 jam lebih dalam flight. Tu belum masuk waktu menunggu, uruskan beg dan sebagainya. Lebih kurang 18 jam berdua. Dan aryan beri kerjasama dengan ibu.. Tak susah nak bawak ke mana pun, memang dia dengar cakap ibu.
Areeq pulak belum cukup 2 tahun. Tapi dia punya akal tu fuhh boleh buat ibu tarik nafas dalam-dalam. Bila ibu kat dapur, dia akan cuba apa je cara untuk dia buat keje sekali kat dapur.. Dia akan ambik kerusi, panjat, main air, buka segala almari kabinet, keluarkan barang, panjat meja makan, baling pinggan.
Ads
Eyh, ibu tak larang ke? Ofcourse la dah berbuih mulut, dengan rotan semua tak jalan.. Marah pun dia buat tak tau. Cakap baik-baik pun dia buat tak tau.Nangis tak sampai seminit, dia senyum pastu cari kerja lagi. Segala mainan abang dia, semua dia patahkan.. Abang main 5 tahun tak pernah rosak mainan sebelum ni.
So sekarang nak cakap saya pandai ajar anak ke tak? Sebab Aryan behave je, Areeq suka buat kerja. So mak mak ni jangan la cepat melatah tanya soalan “Tak Ajar Anak ke?” for me, it’s rude! Don’t judge other mothers ‘tak pandai ajar anak’ hanya disebabkan anak awak behave. Umpama, mulut awak biadap, orang tanya awak, mak awak tak ajar ke dulu jangan biadap tanya orang macam tu?? See? Memang as parents, kita kena ajar anak kita.. Tapi jangan la sampai macam tu soalannya.Suggest a solution, advise what should she do.
Sekian membebel panjang. Thank you yg sudi baca bebelan pagi ni
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak, jangan mudah menghukum dan menilai cara didikan anak orang lain. Menegur ada caranya. Mereka ada cara mereka sendiri, tak seharusnya bandingkan dengan cara kita didik anak.
‘Jangan tersalah pilih.’ Lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tugas parents kaji kursus sesuai, ikut minat anak dan jangan pula memaksa anak-anak memilih kursus mengikut kehendak mak, ayah.
Perlu diingat yang perlu menyambung pengajian dan mengadap kelas setiap semester adalah anak-anak.
Sebaiknya mak, ayah jadilah penasihat terbaik kepada anak-anak dalam memilih kursus yang sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
Ikuti perkongsian Dr Zack Zairul MN ini dan fahami bahawa pentingnya memilih kursus yang anak minat untuk melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA/IPTS.
Jangan Tersalah Pilih
Selepas SPM, tugas parents adalah mengkaji kursus yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikut kepada kecenderungan minat anak-anak.
Bukan memaksa anak-anak mengambil kursus yang tidak mereka gemari. Pelbagai kajian telah dibuat berkaitan simptom ‘burnout’ di kalangan pelajar-pelajar di universiti.
Ya betul, sebahagian pelajar tidak tahu kursus apa yang sesuai bagi mereka, oleh itu tugas ibu bapalah yang harus memastikan kerjaya yang diambil merupakan kursus yang dapat menyiapkan anak-anak mereka dengan pasaran kerjaya ataupun mencipta kerjaya mereka sendiri.
Tugas Parents Kaji Kursus Sesuai
Pendedahan di luar bilik darjah juga penting seperti kelas-kelas tambahan berkaitan bahasa kedua dan ketiga, skill-skill tambahan berkaitan komputer dan sebagainya.
Di samping kursus berkaitan kepimpinan terhadap anak-anak yang difikirkan perlu dalam masa yang sama memperkuat pelajar dari segi emosi dan fizikal.
Ikut Minat Anak
Akhir sekali, andalah (ibu bapa) yang akan mencorakkan masa hadapan anak anda mengikut acuan yang telah anda tetapkan…
Sekiranya tiada ilmu, hadirkan diri pada kursus-kursus yang berkaitan ataupun banyakkan perkongsian bersama ibu bapa lain yang sudah melalui fasa tersebut. Insyallah.
Dalam masa yang sama, seorang pengikut Dr Zack Zairul MN, iaitu Tuan Ridwan Talib turut berkongsi pandangan bahawa mungkin pihak pensyarah, fakulti dan universiti dapat sama-sama membantu.
Terutamanya di kalangan ibu bapa yang kurang ‘ilmu’ dan pengalaman dalam isu ini khususnya, daripada keluarga B40.
Ramai pelajar yang sekadar layak di atas kertas saja tetapi gagal mencari kursus terbaik di universiti kerana kurangnya maklumat tepat berkenaan realiti belajar di universiti.
Mingguan Wanita: Sebagai mak, ayah sebaiknya berikan kebebesan pada anak-anak untuk membuat pilihan. Kemudian sarankan baik dan buruk setiap pilihan yang dibuat agar anak lebih mudah serta tidak tersalah membuat pilihan kursus yang diminati dalam menentukan masa depan mereka.
Mendisiplinkan anak-anak agar mematuhi peraturan dan tugasan harian bukan tugas mudah. Adakalanya anak-anak sukar untuk mematuhi jadual hrian yang mak ayah sendiri aturkan.
Memandangkan beberapa negeri sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah ditutup dan kebanyakan mak ayah pula bekerja dari rumah, pelaksaan jadual ini sangatlah penting. Agar anak dapat mengatur masa,buat kerja sekolah, belajar, berehat, bermain dan sebagainya.
Sebenarnya, menyuruh anak buat jadual sendiri merupakan teknik komitmen didik anak-anak dan mampu memberi kesan berbeza.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ibrahim M Hasan ini.
TEKNIK KOMITMEN DIDIK ANAK-ANAK
Apa khabar anak-anak hari kedua PKPB? Semalam survive ke?
Mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk anak-anak mengikuti jadual yang kita sediakan. Kenapa sukar? Sebab kita yang sediakan, bukan dia sendiri.
Dalam menyediakan jadual, saya menyuruh anak-anak sendiri yang buat jadual tersebut dan saya hanya ‘guide’ sikit sahaja. Bukan kerana saya malas nak buat tapi jika anak buat sendiri, ini akan memberi kesan berbeza kepada mereka.
Kerana mereka yang menulis sendiri, mereka akan lebih rasa ‘punya’ dan memiliki. Ini menjadikan mereka akan lebih komit dan buat apa yang mereka sendiri telah persetujui. Bahkan jika ingin ubah jadual, saya akan suruh mereka ubah sendiri.
Dengan pantauan yang minima, saya hanya akan tanya “jadual sekarang apa?” lalu mereka sendiri akan jawab dan terus buat. Almaklumlah saya juga ‘work from home’ jadi tiada masa sepenuhnya untuk memantau anak-anak.
Dalam teknik persuasion, ini dipanggil ‘komitmen’ bermaksud mereka akan lebih terikat dengan apa yang mereka telah lebih awal persetujui.
Tapi bila dah tengok betul-betul rupanya banyak jugak masa freetime.
Jika teknik tidak berjaya, mungkin akan cuba guna teknik ‘rotan’ pula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi nak mendisiplinkan dan mendidik ana-anak boleh cuba teknik komitmen ini. Suruh anak buat jadual harian mereka sendiri dan ia dapat beri kesan berbeza berbanding bila mak ayah yang sediakan.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti memasang impian untuk memiliki anak. Ada di kalangan pasangan yang inginkan anak yang ramai, namun ada segelintirnya pula hadkan kuantiti anak kerana ingin fokus kepada perkembangan anak-anak. Masing-masing hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Ada yang telah berkahwin sekian lama, tetapi Allah belum kurniakan anak. Kemudian ada yang baru berkahwin, tetapi setiap tahun mengandung dan anak berderet. Masing-masing dengan rezeki sendiri yang telah Allah tetapkan.
Sebenarnya jangan bimbang bila Allah kurniakan mak, ayah anak yang ramai. Penat memang penat, tetapi Allah sebaik-baik Perancang, setiap kelahiran anak pasti ada rezeki besar tanpa diduga. Ikuti perkongsian Nieyssa Hashim ini, seorang ibu beranak lima dalam usia yang muda.
Mommy of 5 little kids.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun,
Dari tahun 2012 hinggalah 2017 tak pernah berhenti beranak,
Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah.
Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang.
Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga.
Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dari-Nya.
Suami Kena Jadi Supporter Isteri
Sebab itu bila orang tanya tak penat ke anak ramai, penat itu memang penat,
Stres, marah, mengamuk itu perkara biasa.
Menangis waktu pagi bila kelima-lima anak hendak pergi sekolah itu sudah jadi perkara wajib.
Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tapi lama-lama saya enjoy, saya suka, saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai.
Sebab itu bila orang hendak beranak ramai saya sokong.
Allah Sebaik-Baik Pemberi
Masa untuk diri sendiri sangat terhad.
Segala-galanya hanya fikir tentang anak.
Tapi bila anak sedang membesar kita sudah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri.
Kesusahan waktu mereka masih kecil hanya 5 tahun sahaja.
Sekarang sudah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang termengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik-baik pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual, beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim
Enjoy mother of 5 kids
MW: Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Jika mak,ayah belum diberikan rezeki anak, mungkin Allah hadiahkan rezeki lain buat anda. Kalau mak-mak rasa stres, cubalah terapi ini dengan KLIK di sini.