Tauhu jika salah cara simpannya memang mudak rosak, berbau dan masam.Sebenarnya ada tip mudah untuk pastikan tauhu yang dibeli tahan lebih lama, tak mudah rosak dan berbau. Kena rebus sekejap dan rendam dalam air masak atau air tapis.
Nak faham lebih lanjut ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini nak share tip simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya.
Caranya:
Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam.
Cuci bersih menggunakan air paip
Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih.
Bila sudah sejuk, simpan di dalam bekas yang berisi air tapis / air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut.
Simpan di dalam peti sejuk.
Boleh tahan sehingga seminggu.
Semoga perkongsian tip ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Salah satu perkara yang paling mak-mak pening kepala bila fikirkan cara nak bersihkan kotoran baju sekolah. Bila balik rumah, nampak jelas kotoran yang melekat kat poket baju dan daki-daki di kolar pakaian.
Memang agak susah jugak nak bersihkan. Datanglah macam-macam jenis cucian, tak kena cara tetap tak hilang juga.
Namun, perkongsian daripada Hasslizza Lailly ini boleh membantu mak-mak ringankan kerja menenyeh kotoran pada baju sekolah anak.
Hanya menggunakan CIF, baju sekolah anak yang kotor, comot dan susah nak tanggal pun jadi mudah dan terus hilang. Kalau kena kuah kari, sambal atau kuah spageti pun boleh hilang dengan CIF ini.
.
.
.
.
Pemberitahuan:
Mungkin ada yang komen tentang penggunaannya.
Jangan risau, baju tak akan reput atau skin baju itu rosak. Sebab kita guna CIF ini bukan pada seluruh bajuatau rendam dengan CIF.
Hanya guna pada bahagian yang kotor sahaja.
.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni kita pakat serbu produk CIF pula, cubalah ye sebab jenuh juga nak tenyeh baju sekolah anak yang berdaki tu.
Mak-mak mesti ingat, label nombor yang biasa tertera di bahagian bawah bekas plastik adalah jumlah yang sepatutnya kita guna. Jangan lebih daripada itu, takut ia akan memudaratkan kesihatan. Rasanya semua orang mesti beranggapan begitu.
Sememangnya, bekas plastik yang ada dijual ini, macam-macam bentuk dan warna, sampaikan mak-mak pun geram dan kalau boleh semua nak diborongnya. Ini belum lagi, angan-angan apa jenis makanan yang nak dimasukkan ke dalamnya.
Kalau jenis mak-mak yang prihatin, mesti dia akan tengok dulu label nombor di bawahnya. Bagaimana dengan mak-mak yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini.
Jangan salah faham tentang label nombor yang ada di bawah bekas plastik. Ini ada penerangan daripada ahli kimia, Fatimah Salin tentang perkara ini.
Label Nombor Itu Untuk Memudahkan Proses Pengumpulan Kitar Semula
Secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka, saya suka melihat kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah, sedia maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony ke dalam makanan yang dimasak, di samping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Label Pada Barangan Plastik
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ia adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Bagi kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Selain itu, bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sering Diperkatakan
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Selainnya, masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar dan sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semula jadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ia dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ia selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Buah Mulberry memang sedap, rasanya masam-masam manis boleh dibuat jus, jem atau dimakan begitu sahaja. Daunnya pula boleh digoreng celup tepung. Bagi mak-mak yang ada tanam pokok ni di rumah, rupanya dengan teknik mencantas pucuk dan meluruhkan semua daun pada pokok Mulberry boleh menjadikan ia berbuah besar dan lebat.
“Baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang sudah cuba.Pokok mulberry boleh berbuah lebat.”
“Ready to ngap! Mulberry kampung je”
Ini teknik yang digunakan;
Mula-mula cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Insyaallah pokok tak kan mati ya.
2. Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-putik buah.
3. Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.
Dua peringkat gugurkan daun
1. Untuk memaksa pokok berbuah.
2. Untuk tumbesaran buah.
Pembajaan, guna baja kopi.
Daun yang diluruhkan boleh dibuat sayur. Yang dah agak matang boleh je goreng celup tepung.
Semoga memberi manafaat kepada semua.
MW: Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok mulberry tu di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ni barulah pokonya boleh berbuah besar dan lebat.Selamat Mencuba!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...