Sedapnya Tau Fu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Biasanya tau Fu Fah ni ada di jual di pasar malam. Namun dalam keadaan sekarang jika teringin nak makan tau fu fah lembut dan sedap ni, boleh buat sendiri je di rumah. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Mak-mak boleh cuba resipi Tau Fu Fah ekspres yang dikongsikan oleh Puan Nuradini Baharudin ini. Guna 3 bahan je, 15 minit dah siap! Paling cukup penting mudah, tak perlu rebus, kisar dan tapis kacang soya untuk mendapatkan airnya. Guna air kotak soya pun boleh jadi.
Bahan-Bahan :
2 kotak besar Air soya (1 Liter)
Agar-agar bertali (1 bungkus-18 gram)
1 ketul Gula melaka (untuk kuah)
Gula pasir (pilihan)
1 cawan air
Cara Membuat :
1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.
2. Masukkan air soya untuk beberapa minit dan tutup api.
3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4. Untuk kuah, didihkan air dan masukkan gula melaka, tambahkan gula pasir jika suka manis.
5. Apabila air soya tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
Siap! Senang dan simple sangat kan? RUGI TAK CUBA. Boleh di makan semasa panas dan sejuk.
- Info Ekstra!
Boleh letak daun pandan dalam air gula melaka untuk bagi wangi
Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Cincau Sendiri Guna 3 Bahan
MW: Rupanya mudah je nak buat tau fu fah sendiri di rumah. Ikut cara ekspress ni, guna 3 bahan je dan ikut resipi yang dikongsikan pasti jadi.Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.
Sumber: Nuradini Baharudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Senang Sangat, 5 Minit Siap!
Resipi sambal belacan, kadang fikir macam mana kedai siam buat sebab rasanya beza dengan kita buat kat rumah
Tambah-tambah, kalau makan kat kedai makan terutamanya kedai siam atau masakan pantai timur mesti ada set lengkap dengan sambal belacan dan sup kosong. Ini hidangan wajib yang diberikan.
Rasa sambal belacan dekat kedai makan ini, lain sungguh. Kadang-kadang tertanya-tanya apa resipinya.
Inilah resipi perkongsian daripada Afy AL Habibi. Mak-mak boleh cuba buat di rumah. Kalau rajin boleh buat stok lagi.
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam
Rasa seronok sangat sebab tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngam kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rupanya Inilah Resipi Bawang Putih Jeruk Popular Mukbang China, Ranggup & Banyak Khasiat
Resipi Mudah Solok Lada Kelate, Gandingan Wajib Ada Dalam Nasi Kerabu
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajinomoto
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Senang sangat. Lima minit tak sampai.
Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan cikgu tak bakar macam sebelum ini.
Betul-betul sedap!
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Tak adalah ambil masa lama, ada bahan-bahannya, 5 minit dah siap.
Sumber: Afy AL Habibi
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!
Rupanya nak buat tapai pulut yang sedap, manis berair elok menjadi kena jemur dulu ragi. Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Lind Razak ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
TAPAI PULUT MANIS
Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)
Cara Membuat:
1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap.
5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6.Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut)
8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam tong toyogo)
10.Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
11.Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk.
InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Mudah Je Buat Tempe Sendiri Dirumah, Hanya 2 Bahan Tapi Syaratnya Tak Boleh Guna Ragi Tapai
Jelas Pakar Kimia Semasa Pembuatan, Tapai Bertukar Warna Bukan Disebabkan Period
Mingguan Wanita: Buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Pastikan jemur dulu ragi, barulah tapai sedap manis berair elok menjadi.
Sumber: Lind Razak
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus!
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
- Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
- Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
- Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
- Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
- Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
- Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
- Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Buah BIDARA EPAL Baru Kali Ni Menjadi, Kena ‘Sarung’, Elok Buah Besar Tak Rosak!
Baca Lagi Di Sini:Jus Lebih Banyak, Buat PATI LEMON Penting Lumur Dengan Garam!
Artikel Menarik:JUS KUNYIT Remedi Turun Temurun Keluarga, Minum Pekat Lebih Bagus!
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Sumber:Siti Hazneza Abdul Hamid
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI