Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariamsebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Ads
Kulit Paratha (dipotong empat)
Cara Membuat:
Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
Ads
4. Bakar pada suhu 170c masa 40 minit.
Siap!
Ads
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
MW:Mudah sangat nak buat tart telur ni, sesuai dimakan ketika minum petang.Anak-anak pun boleh buat sendiri.
Bagi peminat nasi kandar, rasanya tak lengkap tanpa ada kubis goreng untuk di makan bersama aneka jenis lauk pilihan. Mungkin sesetengah fikir, kuah kari buat kita ketagih untuk makan.
Rata-rata pergilah mana-mana restoran mamak atau restoran nasi kandar pun, mesti ada disediakan kubis goreng. Kalau nak buat, memang tak berapa nak menjadi sebab rasanya ada sedikit rempah-rempah gitu.
Rupanya, nak masak kubis goreng ala mamk ini boleh saja di rumah. Rasanya pun ‘sebijik’ sama dengan restoran nasi kandar. Inilah yang dikongsikan oleh Mohd Romzie cara nak masaknya.
Jika kalian pernah singgah makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok sayur kubis goreng ini.
Sayur ini rasa sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari.
Resipi Kubis Goreng Ala Mamak
Bahan-bahannya;
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2. Bahan tumisan yang perlu disediakan.
Halia potong mancis
Bawang merah potong mayang
Cili padi potong kasar
Bwang putih racik halus
Cili kering – gunting 2 atau 3
Daun kari
Halba campur
3. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
.
4. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
5. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
6. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
7. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
8. Kacau semua bagi sebati.
9. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
10. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih. Ini pilihan, kalau tak ada pun tak apa.
11. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
12. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
13. Dah siap Kubis Goreng Ala Mamak. Sayur ini memang terkenal di kedai-kedai nasi kandar sekitar Penang.
Selamat menjamu selera.
Mingguan Wanita : Lepas ni, mak-mak yang mengidam kubis goreng ni, bolehlah buat sendiri kat rumah. Nak pergi Penang jauh pulak kan…
Ada macam-macam cara untuk buat sambal ikan bilis. Sambal yang sedap rasa pedas dan manisnya secukup rasa.Jika selalu, kita masukkan gula waktu akhir sekali. Namun salah satu tip yang boleh dicuba untuk menjadikan sambal ikan bilis bertambah sedap adalah tumis gula dalam minyak dulu sampai menjadi karamel, barulah tumis bahan kisar lain seperti biasa.
Berikut perkongsian tip daripada Cikgu Zazo Mohammad yang mak-mak boleh cuba;
“Ma shaa Allah.. Sedap sungguh, 1st time buat sambal ikan bilis yang sedap ni.Tumis gula jadikan karamel sebelum ditumis cili kering”
“Terima kasih la sahabat koi koi.Koi Salz Eimas tak kedekut bagi resepi ni.Sedap sungguh..Sesiapa yang suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi sahabat koi ni.Sedap sungguh. Semoga Allah murahkan rezeki aok rodong”.
Saya buat macam yang dia bagitau macam ni.
1.Panaskn minyak, masukkan gula sampai jadi karamel.
2.Selepas itu tumis bahan-bahan yang dah di blend (bawang besar, bawang putih dan cili kering) sampai keluar naik minyak.
3.Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang hiris.
4.Masukkan air asam jawa gula garam dan air sehingga separas.
5.Kemudian masukkan gula melaka, kecilkan api biar sampai keluar minyak.Baru tutup api.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi sambal tumis ikan bilis cara begini, secukup rasa pedas dan manis, memang sedap dan warna sambalnya pun cantik. Mak-mak boleh cuba sendiri masak di rumah.
Kek Oren memang ada keistimewaanya yang tersendiri.Mungkin rasanya yang masam manis, buatkan kek ini memang sedap dinikmati bila-bila masa. Nak buat kek oren cara yang mudah guna sahaja kordial Sanquick . Mak-mak tak perlu dah tersagat jari, bila nak kena parut kulit oren tu. Yang pastinya kek oren ini tetap ada rasa masam manisnya dan boleh jadi gebu.
Berikut perkongsian resipi Kek Oren Sanquick oleh Puan Dura sebagai rujukan mak-mak.
Bahan-Bahan:
Telur 3 bji
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula yang dikisar halus
1 sudu besar Ovalet
3 sudu besar Pes oren Sanquick
1 cawanminyak matahari
1 kotak Santan (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan telur, gula halus, ovalet dan pes kordial oren sanquick ke dalam mesin pengadun (mixer) dan pukul sampai gebu.
2.Kemudian masukkan minyak matahari dan santan serta sedikit pewarna oren.Pukul lagi sampai adunan menjadi gebu.
3.Masukkan pula tepung gndum yang telah diayak, pukul lagi sehingga gebu.
4.Leserkan mentega pada loyang dan masukkan adunan tadi.
5.Bakar pada suhu 150-160 selama 60 minit.Cucuk bahagian tengah kek, pastikan ia tidak melekat bagi menunjukkan kek telah masak sempurna.