Ramai yang suka makan tart telur. Jika ada yang teringin, apa kata buat sendiri. Senang sahaja nak buat. Paling penting, kita dapat jimatkan wang kerana harga pastri ini bukannya murah kalau dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Cuba buat sendiri tart telur mengikut resipi yang dikongsi olehNorain Naim atau lebih mesra dengan sapaan Ain ini.
Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery
“Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu.
“Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak-anak tapi mak mak ,ayah ayah, nenek nenek ,atuk atuk pun suka tau.
“Buat mudah sangat sangat. Jom cikedot.”
Ads
Bahan Pastry
Pastry brand KAWAN @ apa apa jenama pun boleh
Filling
150g Gula Pasir
250ml Air panas
4 Biji telur
200ml Fresh milk @ Full cream
1 Sudu Teh Esen Vanila
1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Whisk telur tak perlu lama. Masukkan air gula, fresh milk @full cream milk,esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu sebab kita tak nak ada buih.
Ads
3. Sebelum tepek kulit pastry Ain sapu butter sikit sebab tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, tepek kulit pastry dekat acuan,kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah, kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing masing. (Oven Ain masak dalam 15 minit.Kalau oven awak jenis panas lagi mungkin cepat lagi masak).
Ads
5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk. Kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.
6. Keluarkan tart dari oven. Kalau Ain terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit tu supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.
Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejapan dah licin sebab sedap sangat ya ampunn.
Keju mozarella ini kalau beli di pasaraya, harganya mahu cecah belasan malah puluhan ringgit. Jumlah yang mak-mak akan dapat pun tak banyak mana. Rupanya ada cara mudah nak buat keju mozarella homemade ini.
Perkongsian daripada Puan Ida Alina Salleh cara-cara membuat keju mozarella homemade ini patut sangat mak-mak cuba.
Sebabnya ini cara sihat buat keju sendiri di rumah. Dalam masa sama terjamin halalnya. Puan Alina juga banyak berkongsi idea pemakanan sihat untuk anak-anak dalam page Ida’s Back to Basics.
“Saya cuba untuk balik kepada asal. Dan kurangkan pergantungan pada benda berproses dan bahan kimia.” Itulah falsafah yang menjadi pegangan pada setiap perkongsian resepinya.
Biar pun jauh di bumi Namibia, Puan Ida sentiasa bersedia dengan resepi-resepi yang banyak memberi manfaat pada mak-mak. Terbaru cara membuat keju mozarella ini resepinya diperoleh dari Internet.
Kemudian, dia membuat caranya dan rajin melakukan R&D sehingga mendapat hasil yang benar-benar diinginkan. Bukan saja keju mozarellah, keju ricotta juga turut diterangkan cara pembuatannya.
Cuma dalam artikel ini, MW akan membincangkan mengenai keju mozarella homemade yang telahpun dicuba sendiri Puan Alina.
“Hari itu, saya dah share cara buat mozzarella (infonya ada dalam page beliau). Hari ini, saya eksperimen buat keju mozarella menggunakan susu lembu fresh dari ladang.”
“Alhamdulillah, memang bertali-tali dan tak payah panaskan lagi keju untuk ditarik.”
Dalam perkongsiannya itu juga beliau menunjukkan langkah demi langkah dalam bentuk bergambar dan video.
“Sekali lagi diulang, kali ini dengan susu segar bukan dari kotak.”
Akuinya, keju mozarella yang dikongsikan ini boleh bertahan sampai seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.
“Lepas ini, saya nak cuba proses mengering dan menuakan cheese pula. Silakan share, semoga ramai yang akan dapat membuat cheese untuk makan sendiri atau untuk dijual yang terjamin halal.”
4 liter susu segar penuh krim ( * yang hampir tamat tempoh )
1 sudu teh garam
340 ml cuka ( * Tanpa perisa epal/anggur )
* Kenapa Kena Guna Susu Hampir Tamat Tempoh
√ Sebab proses untuk susu mula berketul dan masak dah bermula. Proteinnya akan bergumpal besar-besar bila dimasak.
√ Lihat contoh dalam gambar buat keju mozarella tu. Masa saya panaskan susu, dia dah mula bergumpal.
√ Kalau susu tu segar, protein atau curdsnya halus-halus. Susah sikit nak tapis.
√ Jangan guna susu UHT atau Ultra Pasteurized Milk. Cheese takkan jadi sebab molekul protien dah berubah.
√ Susu yang dipasteurized boleh juga digunakan, cuma ia takkan cantik bertali macam tu dari dalam periuk.
√ Kalau guna susu yang dipastur, nanti mak-mak kena toskan dan panaskan semula dalam microwave sampai dia lembik dan boleh diuli macam doh roti.
* Kenapa Guna Cuka Tanpa Perisa
√ Takut kalau guna cuka yang ada perisa, nanti perisa itu lekat pada cheese itu. Masamnya akan tinggal dalam susu lebihan. Akan beri perbezaan pada rasa.
Cara Buat Keju Mozarella Homemade
Susu unhomogenized akan ada “kepala” krim, macam santan selepas diperah dan disimpan sebentar.
Panaskan susu hingga 88 darjah celsius. Jika tak ada thermometer atau jangka suhu, boleh dimasukkan jari bersih dalam susu itu. Kalau jari kita tak tahan dalam 2 saat maksudnya susu sudah cukup panas.
Apabila susu telah panas, baru dimasukkan cuka. Sila kacau susu sewaktu cuka dimasukkan supaya cuka itu rata.
Pada masa ini, keju akan mengental serta-merta. Kacau sikit-sikit saja untuk pastikan protein susu telah bergumpal.
Nampak tak? Lain kejadiannya berbanding dengan bila kita guna susu yang dah homogenized. Bila dah bergumpal macam ini, matikan api.
Keluarkan ketulan sedikit demi sedikit dan mula kan proses menarik Cheese semasa gumpalan masih panas. Kalau sejuk, dia akan mengeras dan tak boleh ditarik tanpa putus.
Gumpalan ini panas ya. Nak pegang pun kena berhati-hati.
Bila keluar dari periuk pun sudah bertali.
Kepal dan gaulkan garam. Perahkan air keluar. Kalau tangan tak tahan panas, pakailah sarung tangan.
Perah airnya.
Beginilah rupanya.
Tarikkan keju itu seperti tali. Lipat dua, tarik dan lipat (jadi 4) teruskan tarik dan lipat hingga tak boleh lagi kerana cheese dah mengeras.
Beginilah rupanya.
Pulas dan simpulkan.
Yang berpintal itu “string cheese” boleh dikopek dan makan.
* Sukatan 4 liter susu ini akan hasilkan kira-kira 350 gm cheese. Memang tak banyak sangat. Tapi sekiranya beli cheese bocconcini atau mozzarella segar imported tu lagi mahal memandangkan harga pasaran 100 gm dalam RM13-15.
Bila Nak Guna Keju Mozarella Ini
Keju mozarella ini enak jika dijadikan topping atau bakar atas piza. Enak juga jika dimakan dengan salad.
BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa ‘Fresh’ Disangai! Memang
payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.Rupanya antara tip nak buat biskut kelapa legend yang sedap dan wangi, kena gunakan kelapa parut putih yang ‘fresh’ disangai. Berbanding beli yang dah siap di kedai ‘bakery’.
Ikut resipi mudah biskut kelapa legend yang dikongsikan oleh Puan Alieya Abdullah ini sebagai panduan;
Hari ni kita try biskut kelapa legend. Tak tahu la legend ke tak. Hihi. Mungkin orang-orang lama je yang lagi pakar dalam biskut kelapa ni. Resipi sis, sis punya kelapa tu kelapa fresh dan disangai. Guna marjerin dan tepung pun disangai.
Jom tengok resepi sis. INSYAALLAH BISKUT NI RANGUP. Tapi masa panas memang tak rangup. Dah sejuk baru rangup.
Bahan-Bahan:
1 Cawan marjerin pelangi
1 Cawan gula aising
1 cawan tepung gandum disangai
2 1/2 cawan tepung jagung disangai. Kalau lembik tambah lagi.
2 cawan kelapa parut putih je disangai.
1 biji kuning telur gred B
Esen vanilla sikit. Letak la dalam 1 tutup tu.
Cara Membuat:
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang.
2. Lepas tu letak telur dan esen vanila.
3. Letak kelapa parut dan gaul sebati.
4. Letak tepung gandum dan uli guna tangan.
5. Letak tepung jagung dan gaul sampai jadi doh.
*pastikan tepung dan gula diayak ye.
Guna acuan yang sesuai.
Boleh dibakar ikut oven masing-masing sampai la masak.
Mingguan Wanita:Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.Pastikan guna kelapa ‘fresh’ dan sangai terlebih dahulu, barulah rasanya lebih sedap dan wangi.
Menarik resipi kali ini terutamanya bagi yang nak kurus dan mempuynai berat badan berlebihan. Bila berat, secara tak langsung mulalah kaki pun rasa sakit.
Mungkin ini pakej bila berat badan berlebihan dan kaki pun rasa sakit sebab menampung berat badan. Bukan senang nak kurus, kena senaman dan diet. Ini salah satu perkara yang perlu dilakukan bila nak turunkan berat badan.
Perkongsian daripada Habibah Badar Bajrai boleh membantu dalam usaha nak kurus dan sekaligus untuk hilangkan sakit kaki. Boleh cuba.
Dalam banyak banyak resipi yang pernah share, ini lah satu satunya resepi paling best dan paling power untuk kuruskan badan dan hilangkan sakit kaki.
Resipi lain best jugak. Tapi feedback dia, tak sehebat feedback dari resipi ni.
Sebab ia membantu hilangkan:
1. Berat badan
2. Lemak berlebihan
3. Perut buncit macam mengandung 4 bulan
4. Sakit kaki yang berlarutan
5. Hilangkan sakit lutut yang selalu ragut keselesaan
Kalau ada yang turun 10 ke 15 kilo tu memang senang sesangat. Tapi lagi luar biasa, bila ada beberapa orang yang berat lebih 3 angka, boleh turun lebih 40 kilo.
Begitu juga yang sakit kaki.
1. Dari duduk masa sembahyang, dah boleh sembahyang berdiri
2. Siapa yang jalan sikit kaki dah sakit, dah boleh jauh sedikit
3. Dari lutut bisa bisa, dah boleh naik tangga
Apa yang penting, kena minum air rebusan ini secara KONSISTEN. Sebab ni semua bahan natural saja. Ambik masa sikit baru nampak hasil.
Yang penting, jangan pandai-pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.
Madu pula pastikan madu asli. Madu tak asli tu campuran gula. Kalau badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang.
.
RESIPI KURUS DAN SAKIT KAKI
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara Membuat:
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
2. Minum ketika masih suam sebelum makan.
3. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam.
Hasilnya?
Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak!
Mingguan Wanita : Siapa yang nak turunkan berat badan, bolehlah cuba cara semulajadi ini. Tapi, pastikan konsisten ye!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...