Siapa sangka perkongsian video-video masakan yang dimuat naik ke laman youTube berjaya menambat hati ramai orang dan begitu dekat di hati. Namun bukanlah perkongsian video masakannya semata-mata yang menjadi rujukan ramai, ia lebih kepada kehidupan ‘biasa-biasa’ yang dikongsikan, hidup sederhana malah tetap kelihatan bahagia. Sugu Pavithra menggambarkan realiti majoriti rakyat di negara kita yang kehidupannya ‘biasa-biasa’ namun tetap boleh bahagia dengan cara yang tersendiri.

Tarikan ‘Biasa-Biasa’ Sugu Pavithra, Hidup Sederhana Kelihatan BAHAGIA

Baca perkongsian daripada Dr Ahmad Rostam Md Zin

SUGU PAVITHRA

By the time saya menulis post ini, beliau dah pun mempunyai lebih 560 ribu pengikut di saluran Youtube beliau. Satu nombor yang amat besar untuk seorang wanita yang kelihatannya biasa-biasa dan masakan yang ditunjukkannya juga memang biasa dah kita lihat.

Rumah yang sebegitu sederhana, pakaian yang tidak bling-bling, resepi ringkas masakan dari hati, suami yang menyokong di tepi dan anak-anak kecil macam anak-anak kita juga

Apa yang menarik perhatian kita sebenarnya sehinggakan sebegitu ramai orang mahu menonton beliau, suami dan kadang kala mak mertua mengajar masak?

Tarikan ‘Biasa-Biasa’

Tarikan beliau ialah kerana beliau biasa-biasa. Beliau menggambarkan majoriti rakyat di negara kita ini. Yang gambaran hidupnya saya rasakan amat sedikit digambarkan di dalam drama atau apa-apa rancangan TV. Jika ada sekalipun gambaran tentang denyut hidup majoriti masyarakat kita seperti beliau, mungkin tujuannya untuk meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan bantuan, gambaran yang tidaklah sedap mata memandang dan mungkin sahaja jerih perih hidup sebagai anggota masyarakat bergaji B40.

Tarikan ‘Biasa-Biasa’ Sugu Pavithra, Hidup Sederhana Kelihatan BAHAGIA

Ads

Kebahagian Dalam Kesederhanaan

Ia jarang digambarkan sebagaimana apa yang Pavithra tunjukkan. Hidup sederhana yang kelihatan bahagia, isteri dan suami masak bersama di rumah, anak-anak yang tersenyum gembira, makan bersama dan menikmati apa yang ada di tangan tanpa perlu mengeluh.

Malah, dengan bersahaja sanggup berkongsi dengan seluruh dunia bagaimana keadaannya hidup sebegitu tetapi tetap bahagia.

Pavithra sebenarnya representasi kepada apa yang kita inginkan dalam kehidupan juga. Ia bukan sekadar masakan-masakan yang beliau tunjukkan atau kemewahan atau apa-apa sahaja yang biasanya nafsu kita yang disogokkan.

Pavithra menunjukkan kebahagian dalam kesederhanaan

Ads

Nafsu tidak akan pernah puas dan kerana itu kita gagal berhenti mengeluh. Pavithra menunjukkan sisi dunia nyata hidup kita bukan angan-angan kosong kereta jutaan ringgit, rumah tahap istana kayangan, makan creme brulee untuk sarapan atau apa-apa sahaja yang sebenarnya bukan tiket kebahagiaan.

Tarikan ‘Biasa-Biasa’ Sugu Pavithra, Hidup Sederhana Kelihatan BAHAGIA

Hargai Apa Yang Ada

Kebahagiaan yang kita kenal, paling dekat dan paling mampu milik ialah apa yang Pavithra tunjukkan. Kebahagiaan yang ditunjukkan dengan cara menghargai apa yang ada di tangan bukan angan-angan

Beliau menunjukkan kita betapa mudahnya untuk bahagia walaupun pada pandangan mata segelintir kita yang perasan kayangan, ia agak menjengkelkan. Mengapa ia menjengkelkan? Bukan kerana Pavithra bukan dari kayangan tetapi kerana cemburu kita tentang apa yang Pavithra ada tetapi kita tiada: Ketenangan dan Kebahagiaan

Ads

Hakikatnya, hidup kita semua di negara ini tidaklah jauh beza dengan Pavithra. Malah, Pavithra mungkin ada lebih banyak dari apa yang kita ada.

Terima kasih Pavithra kerana melakukan yang biasa-biasa.

Baca Lagi Di Sini:
Selepas Dapat Hadiah Dari PM, Sugu Pavithra Terima ‘Gaji Pertama’ Sebagai YouTuber

‘Sugu Pavithra’ Bukan Orang SENANG,Beli Telefon Secara HUTANG Kongsi Video Masakan

MW: Semoga kita dapat mencontohi Sugu Pavithra ini. Walaupun kehidupannya kelihatan ‘biasa-biasa’ sahaja tapi tetap BAHAGIA. Paling penting menghargai apa juga yang kita ada.

Sumber: Dr Ahmad Rostam Md Zin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI