Tanda-tanda tertentu pasti ada terlihat daripada bahasa tubuh atau tutur kata pasangan bila ada perkara yang tak memuaskan hatinya berkaitan pasangannya.
Kita semua mahukan perkahwinan bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Bukan setakat ke akhir hayat sahaja bahkan kita mahu bersama sehingga ke Jannah Allah SWT.
Selalunya ucapan dan harapan begitu kita dengar daripada isteri. Jarang sangat kita dengan ucapan begitu datangnya daripada suami. Namun walaupun ucapan tersebut tidak disebut di mulut tetapi berjuta-juta lelaki baik di luar sana juga mempunyai harapan yang sama apabila mereka berkahwin.
Dari Awal Kahwin Sudah Ada ‘Petunjuk’
Memang ada pasangan yang sangat bertuah. Mereka mengharap, berusaha, berdoa dan akhirnya hasrat murni itu dimakbulkan. Namun kepada pasangan yang harapan itu tidak tercapai, keluhan itu selalu diucapkan oleh isteri. Macam-macam yang kita selalu baca dan selalu dengar.
Sebaik berkahwin barulah tahu perangai suaminya itu begitu begini dan akhirnya harapan bersama ke Jannah itu musnah. Saya tidak nafikan isteri mempunyai semua hak di alam semesta ini untuk kecewa sebab suami mereka barangkali memang dari awal lagi sudah menunjukkan tanda-tanda yang perkahwinan itu sudah gagal dari mula. Jika saya tulis hal yang sama maka nota ini akan menjadi nota yang biasa-biasa sahaja.
Ads
Suami Anggap Isteri Tak Mahu Bersama Ke Jannah..
Kali ini saya mahu kongsikan satu rahsia. Walaupun orang lelaki ini jiwanya nampak kuat dan kebal tetapi suami juga menyedari tanda-tanda yang isteri tidak mahu ke Jannah bersamanya. Apakata jika saya kongsikan dengan anda tanda-tanda itu?
Jika anda mempunyai tanda-tanda itu tetapi kerana dia sangat menyayangi anda maka dia masih bersabar. Saya tahu jantung anda mula berdegup laju sekarang. Beranikah anda untuk tidak mahu mengetahuinya?
Tanda 1: Isteri ‘Lupa’ Hari Istimewa Suami
Ada perkara yang jika suami lakukan maka itu tanda isteri mereka sangat bertuah. Sebaliknya ada perkara yang jika isteri mula lupa melakukannya maka itu petanda yang tidak elok. Kita mulakan dengan perkara yang datang setiap tahun; Hari jadi suami. Suami mungkin terlupa hari lahirnya sendiri tetapi isteri tidak boleh buat begitu. Suami lupa hari istimewanya itu kerana dia meletakkan diri tidak penting berbanding ahli keluarga.
Namun jika isteri juga lupa hari jadi suami maka itu satu petanda tidak elok. Suami mula merasa yang isteri tidak peduli kepada dirinya.
Ads
Tanda 2: Isteri Makin Hilang Minat Untuk ‘Bersama’
Semua orang tahu hubungan intim suami-isteri di bilik tidur sangat berbeza perspektifnya antara lelaki dan perempuan. Orang lelaki mahukan itu atas sentuhan fizikal. Orang perempuan perlukan hubungan itu atas keperluan emosi.
Namun jika isteri terlalu susah untuk ‘menyala’ atau mula berpura-pura sedangkan suami sudah berusaha sedaya-upaya maka satu sahaja isyarat yang sampai kepada suami. Anda fikir apa agaknya makna isyarat itu? Segala alasan dan rungutan boleh anda berikan tetapi jangan sangka suami tidak faham ya!
Tanda 3: Suami Hilang Percaya Pada Isteri
Memang betul, isteri selalu merungut yang suami tidak sedar dan tak perasan pun yang dia sudah tukar fesyen rambut. Itu belum lagi hal isteri semakin langsing kerana menelan segala jamu, ubat pelangsing badan dan berzumba. Badan penat, duit habis beratus ringgit tetapi suami tidak memuji pun. Itu biasa kita dengar.
Ads
Bagaimana pula jika suami yang selalu ‘outstation’ tetapi sudah tidak berani lagi meletakkan sepenuh kepercayaan kepada isteri semasa menyediakan kelengkapan peribadi dan pakaian dalam beg yang akan dibawa? Stokin tertinggal, tali pinggang tidak diletak atau tali leher yang tidak sesuai. Ya, suami boleh sediakan sendiri tetapi itu tanda yang dia sudah tidak percayakan anda lagi. Anda sukakah dia rasa begitu selepas ini?
Tanda 4: Tiada Lagi Gurau Senda
Perkahwinan yang ceria dan bahagia sentiasa penuh dengan kenakalan, gurau senda dan kejutan-kejutan positif yang tidak disangka. Kita bergurau dengan orang yang kita suka. Kita mengusik dengan orang yang kita cinta.
Seandainya itu semua tiada atau sudah hilang maka perkahwinan itu hanyalah seperti mesin. Segalanya rutin dan membosankan. Bilakah kali terakhir anda bergurau dengan suami Jangan berhenti mengejutkan suami yang membuatkan dia ketawa. Jangan tunggu sehingga dia mengejutkan anda dengan kejutan yang anda tidak suka.
Video senaman melompat, Zarina ditegur suami. Bagitulah luahan yang dikongsi bersama pelakon Zarina Zainuddin apabila suaminya, Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar menegur tentang hantaran video senaman melompat yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Zarina berasa bersyukur kerana dirinya dikelilingi oleh mereka yang cukup sayang pada dirinya. Malah dia juga menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.
Bukan itu saja, pelakon ini juga memberitahu Instagramnya juga dipantau oleh suami, anak-anak dan juga anak buahnya.
Video Senaman Melompat, Zarina Ditegur Suami
“Assalamualaikum
“Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua ,amin.
“Semalam saya dapat teguran dari suami, tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal.
“Suami cakap kita hidup dalam masyarakat .. semua nak kena jaga ..
“Akaun ig saya di pantau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya mereka ada id ig saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus delete ..
“Saya hidup di kelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki .. ramai betul bodyguard saya ni.
“Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua ♥️ tq,” tulis Zarina.
“Semua Sayang Kakak”
Menerusi status berkenaan, Zarina dibanjiri komen yang positif dari pengikutnya. Antaranya ada peminat yang memberitahu dia beruntung kerana ramai yang sayangkan diriny.
“Waalaikum salam kakak zarinazainuddin Alhamdulillah banyak orang yang Ambi kesah pasal kehidupan kakak , diorang semua sayang kakak” nunung_casita
“Love you… You are a great woman” nunung_casita
“Alhamdulillah 🤲 ramai org sayang 😍” wan.nora.shikin
“Alhamdulillah..tegur sbb sayang❤️” noraini7758
“Suami yg baik & bertanggungjwb ialah yg sanggup menegur kesilapan/kealpaan kita bukan hanya memuji membuta tuli..begitu juga dgn teguran dr kaum keluarga demi menjaga maruah diri & keluarga..syukur” aziemahashim
Setiap hari fikirkan menu apa untuk dimasak, memang mencabar buat mak-mak. Apatah lagi dalam keadaan sekarang hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan membeli keperluan.
Setelah fikirkan menu, kena fikirkan pula senarai barang yang perlu suami beli agar tidak ada yang tertinggal. Begitulah rutin mak-mak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dari pagi hingga ke malam, isteri hanya di dapur, bila ditanya mahu makan apa jawablah janganlah berteka-teki. Tetapi, beringatlah tempoh PKP ini masa untuk survival, bukannya masa untuk festival makanan.
28 hari… 28 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Dalam tempoh ini, banyak sektor dan bahagian yang terjejas dan menerima kesan…
28 hari bukan masanya kau nak Mc Donald… 28 hari ini bukan masanya kau nak KFC…
Kalau 28 hari ini kau kena makan telur, maka makan saja telur itu… Ini masa untuk survival, bukan masa untuk festival…
Dalam 28 hari ini, isteri kita pun sebenarnya pening nak masak apa untuk bagi kita dan anak-anak makan… Dari pagi hingga malam, di dapur saja isteri kita itu…
MW: Setiap hari cubalah bagi idea pada isteri menu apa untuk dimasak, sekurang-kurangnya mak-mak tak buntu fikirkan menu dan dia terus boleh masak. Barulah isteri bolek memasak dengan ikhlas untuk suami dan keluarga.
Bila seorang suami buat yang sepatutnya termasuklah tunaikan tanggungjawab dan menghormati isteri, isteri pasti berganda buat kebaikan untuknya. Percayalah, isteri akan lebih menghargai suami bila suami menjaganya dan anak-anak dengan sempurna.
Segala-galanya bermula daripada suami, jika suami seorang yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mengikut kemampuannya, pasti anak dan keluarga bertambah bahagia.
Kita buat baik dengan dia, dua kali ganda dia buat baik dengan kita…
Kita hormat dia, pasti dua kali ganda isteri hormat kita…
Jika Kita memuliakan dia, dua kali ganda dia memuliakan kita…
Kita tak berkira dengan dia, dia lagi tak berkira dengan kita…
Senang saja nak ambil hati isteri ini sebenarnya… Kita hanya perlu buat apa yang sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yang kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat…
Bila dia tahu suami dia balik lambat sebab cari rezeki untuk keluarga, dia tak akan bagi rumah nampak bersepah bila suami dia sampai ke rumah…
Bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia tak akan bagi anak-anak bising atau kacau suami dia tengah berehat…
Kerja rumah, yang mana sempat dan larat untuk dia buat, dia akan buat bagi habis sebab dia tak nak suami dia nampak, lepas itu suami dia pula yang buat…
Asbab dapat suami yang baik, rajin, ringan tulang, suka membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yang bergelar isteri…
Suami pula tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yang dia ada…
Kalau kita suami yang macam ini, kita akan beruntung sebab isteri akan memudahkan hidup kita… Kalau kita belum jadi suami yang macam ini, maka belum terlambat untuk jadi…
Semoga bermanfaat…
MW: Renung-renungkan ya, segalanya bermula dengan kerjasama dan pemahaman suami, isteri. Jika masing-masing tahu tanggungjawab, sudah pasti rumah tangga bertambah bahagia. Hubungan suami, isteri juga akan bertambah erat. Insyallah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...