Biasa mak-mak lebih suka beli daripada tanam taugeh. Alasannya, ia susah nak hidup dan kalau ada pun saiznya agak kurus dan pendek sahaja. Malah, tidak semua orang suka makan sebab itulah jarang ada yang mencuba untuk tanam. Kalau yang suka makan, katanya ia senang tumbuh tapi rupanya tidaklah sama dengan saiz yang di beli di kedai.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh boleh dicuba oleh mak-mak dalam menanam taugeh gemuk. Paling penting, kaedah yang digunakan itu berkesan dan dalam masa 4 hari dah boleh makan hasilnya.
“Sejak di Riyadh, saya cuba tanam taugeh menggunakan kaedah botol. Tak pernah berjaya dapat taugeh ada badan. Biasanya ada kepala besar dan ekor panjang. Badan kontot atau tak ada langsung. Kalau berjaya tumbuh, ia teramat kurus, panjang-panjang dan berdaun hijau. Masak 2 saat dah lembik. Tak rangup.
Alhamdulillah, menggunakan kaedah penapis / colander dan dihempap, saya mula mendapat hasil yang menggembirakan. Sekarang saya rendam segenggam kacang hijau tiap malam. Setiap kali saya tuai, saya cambahkan pengganti, jadi InsyaAllah tak putus stok sayur.”
Caranya:
Perbandingan kacang hijau kering (kanan).
(Kiri) Kacang hijau yang telah di rendam 12 jam dan cukup kembang (2 kali ganda besar dari kacang hijau kering – sedia untuk di semai.
(Tengah) kacang hijau Yang telah direndam 12 jam juga, Tapi belum cukup kembang. Sambung rendam sampai rupa macam di belah kiri.
Kacang hijau berbeza ada yang lebih kering dan perlukan masa yang lebih untuk mengembang. Saya pernah rendam 24 jam sebelum kacang cukup kembang (mungkin sebab suhu air dan bilik agak sejuk, mungkin kacang tu dah lama dan terlalu kering).
Jika kacang hijau tak cukup kembang yang disemai, ia akan ambil masa yang lebih lama untuk tumbuh, mungkin tak tumbuh badan, hanya kepala dan ekor, mungkin akan busuk juga sebab terlalu lama di simpan. Jadi lebih baik bersabar dan biar dia kembang betul.
Saya alas di dasar penapis dengan 2 helai kertas kitchen towel. Letak selapis kacang hijau (jangan terlalu banyak / overcrowd). Kalau ada banyak kacang hijau, boleh letak selapis lagi kacang di atas lapisan kitchen towel, dan tutup dengan selapis lagi kitchen towel (kiranya macam rumah flat untuk taugeh).
Ads
Curah air atas taugeh tadi. Buat perlahan-lahan. Kacang tu suka cuba melarikan diri. Saya biarkan air tos sikit.
Saya suka alas bawah penapis tu dengan bekas / mangkuk. Jika ada air yang menitik dari penapis dan masuk dalam mangkuk tu, kita buang air tu. Jangan biar ada air bertakung. Kita tak mahu ada bakteria Yang mengakibatkan kacang tu busuk atau berkulat.
Siram kacang dua kali sehari.
Tutup bekas tadi dengan tuala gelap.
Saya letak bekas tadi dalam kuali hitam, tutup dengan besen. Musuh taugeh ialah cahaya. Kalau dia kena cahaya, ada kemungkinan taugeh akan berwarna pink, atau daunnya akan berwarna hijau dan berasa pahit.
Ads
Nampak tak besen taugeh tu? Tak nampak kan? Ni lah betapa gelapnya bilik stor tempat taugeh tu duduk bila dipadam lampu.
Suhu optima percambahan taugeh adalah antara 20-35 darjah celsius. Jika. Terlalu sejuk, taugeh tetap tumbuh, tapi lambat. Kalau terlalu panas, kacang akan busuk.
Hari ke dua, ada baby taugeh.
Pagi hari kedua, Selepas siram air, kita letakkan piring pada lapisan atas kacang dan kitchen towel yang dah dibasahkan.
Atas piring tu kita letak tin sup / buah/ susu pekat.. apa-apa tin lah. Jangan letak lesung pula. Berat sangat tu!
Ads
Selepas hari ke 4. Nampak tak taugeh bertuah tu dah tolak piring dan tin tu? Habis tergolek ke tepi tin. Jadi separuh taugeh kena berat, setengah lagi happy meninggi.
Beza taugeh kena hempap dengan taugeh tak kena hempap, batch sama, hari sama, bekas sama.
Hari ke 4, bolehlah tuai dan disiang.
Taugeh hari ke 4, selepas disiang keringkan atas kain alas. saya simpan taugeh kering bersiang dalam tupperware beralas kertas kitchen towel untuk tahan lama.
Selamat mencuba!
MW: Boleh cuba dua-dua cara. Baru tahu beza taugeh gemuk dengan taugeh kurus.
Walaupun kesannya berselindung di sebalik pakaian. Tapi, bagi empunya diri tentu rasa segan dan rimas serta tak tahu nak hilangkan strech marks. Bimbang ia boleh jadi tanda kekal pula kat bahagian perut atau paha.
Biasanya, strech mark pula kelihatan bila mak-mak mengandung dan ada yang mula kelihatan selepas bersalin atau berat badan turun. Belum lagi dengan perut menggelebeh , dah tentu nak rawat pun ambil masa lama juga.
Kalau ikut petua dulu-dulu, ada cara nak hilangkan strech marks yang wujud kat badan mak-mak. Tak perlulah nak buat rawatan yang membazirkan duit. Petua mak-mak pun sangat berkesan. Kenalah cuba dan jangan culas.
Perkongsian daripada Mastura Rashid yang menggunakan petua mak untuk hilangkan strech mark.
Gaulkan, masuk dalam tin susu, campur air hingga 3/4 tin, panaskan hingga mendidih. Sejukkan dan lumur ke perut. Kemudian barut perut sekemasnya.
Memang perut akan jadi licin dan bebas stretch marks.
Fiona tak berpeluang buat petua ni lepas lahirkan Bilal 7 tahun lalu, sebab bersalin secara pembedahan.
Luka pembedahan pun pernah pecah hingga membuak darah, kalau cuba petua ni mau terbakar luka perut.
Tapi ada lagi petua lain kalau nak cuba, boleh cuba buat petua ini.
Bahan:
Halia Cuka makan
Caranya:
Tumbuk lumat dua ketul halia bersaiz 1 inci setiap satu, dan kemudian campurkan dengan 2 sudu cuka makan.
Gaul ramuan sampai sebati hingga jadi pes pekat. Kemudian sapukan ke perut dan pinggang. Pakailah bengkung macam biasa untuk maintain ramuan tu sentiasa panas.
Ini antara petua orang tua untuk elakkan pecah-pecah pada kulit perut. Perut pun tak gelebeh dan lembik tau.
Oh ya, balm yang fiona pegang ni stretch marks balm.
Fiona hasilkan dari minyak avokado tulen dan shea butter. Kedua-kedua bahan memang sangat baik untuk baiki semula kulit yang pecah akibat stretch marks bersalin.
Alhamdulillah berkesan sangat untuk stretch marks.
Tapi sorry, sebab fiona buat untuk pakai sendiri saja.
Kalau untuk selulit pula, amalkan dry brush badan setiap hari sebelum mandi.
Mingguan Wanita : Petua orang dulu memang padu dan boleh digunapakai sampai sekarang. Ada hasilnya.
Setiap kali mengisi minyak di stesen minyak, kita begitu berpada-pada dengan perkara-perkara yang tidak dibenarkan. Ini termasuklah jangan merokok, tidak menggunakan telefon bimbit, matikan enjin dan guna air untuk basuh bahagian minyak yang tertumpah.
Kesemua ini untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada diri kita dan orang sekeliling. Walaupun kadang-kadang ada juga yang tidak mengikut peraturan ini dan tidak mengendahkan.
Walaupun 4 peraturan ini kita sudah sedia maklum, tapi ada satu lagi yang kita kena ambil tahu. Tak mustahil juga setiap orang tentu melakukan tabiat yang sama ini.
Kebiasaan bila kita isi minyak, tentunya ada yang akan ketuk pada penghujung pam tangki dengan muncung minyak. Maklumlah tak mahu membazir walaupun setitis minyak.
Jangan ambil mudah perkara ini dan jangan amalkan tabiat ini. Nampak biasa tapi sebenarnya boleh bahayakan diri.
Dalam satu perkongsian oleh pekerja di stesen minyak, menjelaskan tindakan mengetuk tangki minyak kereta dengan corong minyak boleh mengundang bahaya.
Ini kerana perlanggaran antara logam dengan logam semasa mengetuk tangki bahan api ini boleh menghasilkan percikan api sehingga mengakibatkan kebakaran.
.
Walaupun ia mungkin kelihatan seperti tindakan kecil dan simple tapi ia boleh memudaratkan diri. Dinasihatkan untuk tidak mengetuk dan utamakan keselamatan, elak sebarang risiko semasa mengisi minyak kereta.
Mingguan Wanita : Mungkin ramai yang buat macam ni kan. Lepas ni, kena beringat. Sebab nak titisan minyak yang terakhir, malang tak berbau pula nanti.
anda mengetuk pembukaan tangki bahan api beberapa kali sebelum mengeluarkan muncung untuk memujuk beberapa titisan bahan api tambahan? Nah, ternyata
Ada caranya untuk bersihkan kotoran degil atas dapur supaya kembali jadi berkilat macam baru beli. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sahaja. Bukan apa biasanya, selepas memasak, memang akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Menerusi perkongsian daripada Dapur Pak San ada cara mudah untuk bersihkan dan kilatkan dapur.
Ramai bertanya dan nak tau cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Saya nak kongsikan tips kali ni.
Bahan Diperlukan:
Baking Soda
Garam
Tisu Dapur
Cuka
Cecair Pencuci Pinggan
Cara Membuat:
1. Tabur atas dapur baking soda dan garam.
2. Selepas itu tuang sabun cuci pinggan dan lumur bagi samarata ke semua tempat.
3. Kemudian tutup guna tisu dan tuang cuka. Pastikan cuka meresap dan basah.
4. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna berus pengosok periuk.
Insha Allah senang bersih kotoran degil atas dapur nanti.
Tip ini boleh digunakan untuk kilatkan kuali juga.
Info Ekstra!
Tak perlu basahkan dulu dapur atau kuali sebelum tabur dan lumur bahan-bahan tersebut. Hanya perlu tabur kering.