Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.
Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.
Boleh ikut tip dan cuba caranya yang dikongsikan oleh Asri Meris ini sebagai panduan.
“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”
Cara-Caranya:
1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.
Ads
2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.
3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.
4. Tadaaa siap kumpul.
Ads
5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.
6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.
Ads
Info Ekstra!
Benih local (lowland breed) bermaksud strawberi tempatan yang ditanam di dalam negara, contohnya dari Cameron Highland dan bukannya yang jenis import dari luar negara.
Tahukah anda bulan Februari adalah bulan kesedaran terhadap penyakit kanser. Mendengar mengenai penyakit ini sudah pasti akan membuatkan semua orang takut. Begitu juga dengan saya yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan ruangan Kesihatan dalam Mingguan Wanita.
Jika sebelum menjadi wartawan Mingguan Wanita, saya sebenarnya bukannya pandai bab-bab kesihatan dan perubatan ini. Namun setelah lebih sedekad mengelolakan ruangan ini boleh dikatakan saya sering jugalah bertemu doktor. Bertemu doktor bukannya untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk menemuramah mereka.
Kembali semula kepada kesedaran terhadap penyakit kanser ini, tahukah anda apa yang perlu dilakukan bagi sebagai langkah-langkah pencegahan penyakit ini?
Tip Cegah Kanser
Menurut pakar terdapat beberapa cara untuk mencegah kanser. Ia termasuklah:
-Berhenti mengambil tembakau dan elak menghidu asap rokok.
-Ambil makanan sihat dan pemakanan yang seimbang.
-Hadkan pengambilan daging yang telah diproses.
-Pertimbangkan untuk cuba diet Mediterranean yang berfokus pada makanan berasaskan tumbuhan, protein tanpa lemak dan lemak menyihatkan.
-Kekalkan berat badan sihat dan kekal aktif dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari.
-Sentiasa berlindung daripada cahaya matahari. Elak cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran cahaya matahari berada pada tahap yang paling kuat.
-Dapatkan vaksinasi menentang jangkitan virus yang boleh membawa kepada kanser seperti hepatitis B dan HPV.
-Jangan melibatkan diri dalam tabiat berisiko tinggi. Amalkan hubungan kelamin selamat.
Ok, pernah dengar pasal kanser serviks? Ini adalah kanser yang menyerang serviks kaum wanita iaitu pangkal rahim.
Tetapi hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh kuman human papilloma virus (HPV). Jangkitan HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku.
Cara Kesan Kanser Serviks
Disebabkan jangkitan HPV tiada tanda, setakat ini cara terbaik untuk mengesan kanser serviks lebih awal ialah dengan melakukan ujian Pap Smear mengikut jadual yang disarankan. Ini juga dinasihatkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Doktor Hamid Arshat.
Kesimpulannya, anda perlu berjumpa doktor dengan kerap bagi melakukan pemeriksaan untuk pelbagai jenis kanser. Ini boleh meningkatkan peluang untuk mengesan sebarang kanser yang tidak dijangka dengan lebih awal lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan ‘Superglue’ yang melekat pada kulit iaitu dengan menggunakan garam. Bukan apa bila, Superglue ni adalah pelekat yang sangat kuat, bila ia melekat pada kulit memang payah nak dihilangkan.Malah buat kulit kita jadi kasar dan sangatlah tak selesa. Jika dah pernah cuba macam-macam cara, boleh cuba gosok dengan garam pula. Ia memang terbukti berkesan secara saintifik.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian menarik daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya. Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Cara Tanggalkan Superglue
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan. Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Mingguan Wanita: Baru tahu rupanya, nak tanggalkan Superglue yang melekat padak kulit, hanya perlu gosok dengan garam. Boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini nanti.
Coklat memang diakui mempunyai banyak kelebihannya terutama jenis coklat gelap (dark chocolate). Bagi peminat coklat, rupanya nak makan coklat pun ada caranya yang tersendiri. Barulah dapat menikmati rasa coklat yang sebenar, sekaligus merembeskan hormon endorphins dengan sempurna yang boleh membuatkan kita rasa lebih tenang dan bahagia.Bukan setakat patahkan, masuk mulut dan kunyah sampai habis.
Untuk tahu lebih lanjut, boleh rujuk perkongsian daripada Encik Erman Taib ini.
“Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.”
Aluhhhhh… Rupanya salah cara kita makan coklat selama ni.
Cara Old School Makan Coklat
Kalau ikut cara “old school” kita,
Langkah 1 – Beli Langkah 2 – Bukak bungkusan Langkah 3 – Patahkan kecil Langkah 4 – Masuk mulut Langkah 5 – Kunyah sampai habis
Iye betul. Semudah tu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar coklat, dan tak pernah tahu beza coklat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.
Baik. Ini Legendary Chef Amer berhati mulia kongsikan cara betul makan coklat.
Nah baca perkongsian beliau.
1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .
2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.
3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.
4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.
5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.
6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.
7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.
Selamat menikmati coklat semua. Semoga hari “cheat day” hari ni diserikan lagi dengan makan coklat yang betul.
MW: Wah menariknya.Baru tahu begini rupanya cara sebenar untuk menikmati rasa coklat sebenar.Boleh cuba nanti.