Pokok pisang banyak kegunaannya. Baik dari segi daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya.Nak tanam pokok pisang pun ada caranya tersendiri, agar pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Pengurus Ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.
Antara tip tanam pokok pisang ialah:
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat yang maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
Ads
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
Ads
Lagi Info Berkaitan Cara Tanam Pokok Pisang
Pembajaan :
Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
Setelah umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
Merumput :
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
Penyakit :
Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.
Memetik Buah :
Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
Mak ayah yang baru berjinak-jinak berniaga secara online, mudah sebenarnya berniaga buka kedai di Shopee. Lelaki ini, Abdul Muiez Ruslee berkongsi cara buka kedai dan jual produk di Shoppe.
Rupanya mudah saja untuk buka kedai atas talian ini. Semoga perkongsian ini membantu mak ayah yang sedang mencari platform jualan produk anda itu.
“Bukan sedikit yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk berniaga di Shopee. Saya bukanlah pandai sangat pun. Kalau diikutkan, baru dua bulan sahaja saya berniaga di sana. Nak jawab lebih-lebih takut salah.”
Persediaan Perlu Ada Sebelum Buka Kedai Shopee
Tapi, kalau bertanya bagaimana cara nak buka kedai, itu senang sahaja. Faktanya, semua orang yang ada akaun Shopee boleh membuka kedai di platform itu.
Sebelum nak berniaga, apa peralatan yang perlu ada?
1. Produk. Kalau tak ada produk nak jual apa? 2. Pembungkus plastik. Seeloknya pembungkus yang ada poket. Mudah untuk kita masukkan alamat pelanggan. Kalau barang yang mudah pecah, perlu ada bubble wrap dan sticker fragile. 3. Laptop. Telefon pun boleh. Tapi lebih mudah menggunakan laptop. 4. Printer. Printer cap ayam pun boleh. 5. Kertas. Sebaik-baiknya kertas bersaiz A6. Boleh beli di Shopee.
Ini Cara Buka Kedai Di Shopee
Cara nak buka kedai, boleh tengok di diskripsi gambar.
Cuba tengok di bahagian bawah sebelah kanan. Kliklah dekat situ.
Kemudian, klik start selling di penjuru atas sebelah kiri tu.
Ha, apa lagi tambahlah produk.
Masukkan semua informasi yang berkaitan. Masukkanlah seberapa banyak info untuk meyakinkan pembeli membeli barangan kita.
Ini perkara paling penting. Bab penghantaran.
Kalian kena tahu berapa berat produk kalian. Sebab, berat produk itu akan mempengaruhi caj penghantaran.
Ha, pilihlah syarikat penghantaran yang ada di kawasan rumah atau pejabat kalian.
Jangan pula pilih syarikat penghantaran yang jauh. Susah nanti kalau nak pergi pos barang.
Info Free Shipping
Tak Tahu Nak Jual Apa..
Sebenarnya, saya buka kedai Shopee ni hampir 2 tahun (berdasarkan tarikh produk awal yang dimuat naik) Masa tu saya jual buku. Tapi taklah serius sangat. Suka-suka saja. Order pun tak ada masuk.
Sambal Bilis Pedas Crispy produk utama kami. Dalam masa yang sama, saya tetap jual buku. Ada buku di tangan, ada juga dropship.
Saya survey harga dalam Shopee dan cuba tawarkan harga terendah yang boleh saya bagi. Alhamdulillah, menjadi.
Yalah, di Shopee ni semuanya melibatkan persaingan. Ada 100 orang jual barang yang sama. Hanya terendah dan mempunyai rating yang bagus saja akan dipilih oleh pembeli. InsyaAllah.
Kalau yang ada stok di tangan, saya hantar macam biasa. Tapi, kalau dropship macam mana? Konsepnya sama, malah jauh lebih mudah.
Lepas terima tempahan daripada pelanggan, kita pula hantar order kepada pembekal. Buat pembayaran macam biasa.
Ini paling penting. Muat turun airway bill (macam dalam gambar) melalui aplikasi Shopee, kemudian emailkan kepada pembekal.
Seterusnya, pembekal siapkan order dan guna airway bill tu untuk pos.
Kita tak perlu update apa-apa kepada pelanggan. Tak perlu PM nak bagitahu barang dah dipos. Dan tak perlu nak tulis alamat. Tak perlu nak bagi nombor tracking.
Sebab bila pihak J&T scan airway bill tu, secara automatik nombor tracking dan perjalanan bungkusan tu dapat dijejak di aplikasi Shopee.
Senang kan?
Oh ya, pelanggan tak perlu risau kalau penjual lambat pos. Sebab sebaik sahaja terima tempahan, peniaga wajib hantar kepada pelanggan selewat-lewatnya 3 hari.
Berbalik kepada soalan asal. Nak jual apa?
Sebagai permulaan, kalau tak ada produk sendiri, jadilah dropshipper. Cari peniaga yang berpengalaman. Kalau pembekal pun tak tahu nak guna Shopee, susahlah nanti.
Jangan takut. Redah je.
MW :Sekarang ini kan ramai duduk rumah, jadi perniagaan online inilah cara survival terbaik untuk mereka yang baru mula nak berniaga.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee
Penjual Sambal Bilis Pedas Crispy sedap di Shopee
Jom rebut peluang buat bisnes sendiri dari rumah, DAFTAR secara PERCUMA pautan di bawah ini.
Setiap pagi tentu tidak lengkap tanpa minum segelas teh tarik. Kalau minum di kedai, gandingan airnya tentulah roti canai. Rasa lemak berkrim dan kaww itu yang membuatkan kita rasa ketagih nak minum.
Ada sesetengah mak-mak fail bila buat teh tarik. Tidak pekat dan rasanya tidak berlemak seperti yang biasa kita minum di kedai. Ada mak-mak yang lebih suka buat dengan teh uncang berbanding serbuk. Maklum saja, nanti nak kena tapis pula.
Rupanya, ada rahsia nak pastikan teh tarik berlemak dan sedap. Pertama sekali, nak bagi teh pekat kenalah guna teh serbuk dan paling penting kena letak sedikit garam. Barulah berlemak dan padu.
Ingat, jangan letak garam berlebihan pula. Masin pula
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Danial Alimin dalam tiktoknya. Nanti bolehlah mak-mak cuba buat di rumah nanti.
Mingguan Wanita : Ada macam-macam cara nak bagi teh tarik sedap. Sesetengahnya rebus dulu tehnya dan kali ini, cara mudah, letak sedikit garam, baru sedap berlemak.
Sumber: Muhammad Danial Alimin (@danialalimin – tiktok)
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Memang ada benarnya bila ada ‘ibu sambal’ ni di rumah ia menjimatkan waktu memasak dan mudahkan kerja mak-mak di dapur. Namun bila nak buat sendiri tu pastikan ditumis betul-betul sehingga pecah minyak barulah ia tahan lama dan sedap.
Bukan apa, ada masa tertentu bila tengah sibuk atau takde ‘mood’ nak ke dapur, kita memang nak masak yang paling cepat dan mudah, namun tetap sedap. Jadi bila dah siap sedia ‘ibu sambal’ ni, mudahkan kerja.
Boleh cuba resipi dan cara buat ibu sambal seperti yang dikongsikan oleh Puan Tina Zahra Zamanuddinini.
Selesai menumis ‘IBU SAMBAL’. Jimatkan waktu memasak. Teringin mee goreng,10 mins siap,teringin bilis berlada 15 mins siap! Yang penting ibu sambal mesti ada.
Saya tak pasti resepi ibu sambal orang lain macam mana.Tapi cara saya:
Bahan-Bahan:
Bawang putih sikit,bawang merah banyak,cili kering,halia sikit (tak mau halia pun tak pe),belacan sikit (kalau nak gantikan dengan ikan bilis atau udang kering pun sedap je).
Cara Membuat:
Tumis semua bahan sampai pecah minyak,kemudian masukkan gula melaka,pes asam jawa dan garam secukupnya. Kemudian siap! (3 kali tuang air tuk pecahkan minyak tau).
P/S: Ibu sambal sy memang tak banyak minyak sangat sebab nanti nak guna dlm masakan lain jadi berminyak sangat. Jadi letak minyak secukupnya je okay!
Saya memang akan pastikan tumis betul-betul pecah minyak cumanya saya akan letak minyak tu sikit-sikit supaya nanti bila dah mula kering dia tak jadi banyak sangat. Tapi kalau dah terbanyak tak mengapa pun. Buang je minyaknya atau biarkan je pun tak pe. Cuma sebab saya gunakan ni sebagai asas jadi saya memang letak minyak secukupnya sahaja sebab nanti nak tumis dengan lauk-lauk letak minyak lagi.
Info Ekstra!
Soal tahan berapa lama ni, bergantung berapa jam tumis dan berapa kering sambal tu.Macam saya tak buat banyak sangat pun.Cukup sekadar 10-15 kali masak,then buat lagi sambal tu.
Kalau letak dekat luar kena betul-betul kering. Kalau tak mudah rosak.chiller should be fine.
Kalau buat banyak, saya cadangkan pek kecil-kecil. Mana agak-agak nak pakai dalam seminggu camtu letak kat chiller je. Yang selebihnya frozen kan. then kalau nak guna, sebelum tu keluarkan dalam 5-10 mins dan boleh terus guna.
Memang jimat masa. Pelbagai menu boleh guna sambal ni contoh goreng mee,nasi goreng,asam pedas,sambal ikan,bilis berlada (macam dalam gambar saya). Try la,tak rugi cuba.
Mingguan Wanita: Bolehlah cuba buat ‘ibu sambal’ ni sendiri di rumah. Memang memudahkan dan menjimatkan waktu memasak. Sangat membantu kita masak ‘ekspres’ tapi sedap bila waktu tengah sibuk dan banyak kerja yang nak dibuat.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...