Makan sayur kangkung, masak bening, masak kicap dan masukkan dalam mihun goreng memang sedap. Nak makan, kenalah beli kat pasar. Tapi beruntungnya bila kita tanam kangkung sendiri, boleh petik sahaja.
Sebenarnya, nak tanam kangkung tak susah dan ia antara sayuran yang senang nak tumbuh. Kalau kat kampung memang mudah untuk tanam dan kadang-kadang terlalu banyak dibiarkan sahaja kangkung itu.
Bagi mak-mak yang duduk di bandar dan bila teringin makan hanya beli sahaja. Apa kata cuba tanam sendiri kangkung terutamanya kangkung paya atau dipanggil kangkung kampung.
Perkongsian daripada Fatiman Naamat ini boleh dijadikan panduan dan lepas ni tak perlulah nak beli lagi, petik je dalam pasu dan boleh sediakan dengan aneka masakan.
Kangkung paya atau dikenali dengan kangkung kampung. Memang tumbuh liar di kawasan paya atau mana-mana hutan. Kalau nak beli pun selalu orang akan jual seikat RM2, boleh tahan harganya.
Ads
Jadi, daripada asyik beli setiap minggu, saya cuba tanam sendiri. Jimat belanja. Lagipun, kalau nak makan, petik sahaja.
Cara Tanam
1. Masa beli tu, ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk pada bahagian atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuknya pun takpe.
Potong daunnya dan biarkan tumbuh semula. Nanti kita potong lagi..
2. Rendam dalam masa dua atau tiga hari untuk bagi akar keluar. Kadang-kadang boleh rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.Rendam dulu batang kangkung utk 2 atau 3 hari. Nanti akan tumbuh akar camtu..
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
Ads
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokoknya lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
Tanam dalam tanah, pasir, kompos. Yang ni buat ada lubang bawah dia..
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas. Tengok daunnya lecur ke tak bila kena panas. Kalau kelihatan layu atau lecur pindah balik tempat redup.Jenis kangkung yang lain. Tanam dalam bekas bertakung..
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Ads
Boleh juga buat cara air bertakung. Cuma make sure nyamuk tak buat sarang la..
Kalau simpan pucuk dia, pokok akan tumbuh cepat. Namun kalau terpotong pucuk atas, it is okay. Pucuk baru akan tumbuh gak. Cuma lambat sikit..
Kangkung paya dah ready untuk di makan..
Kangkung ready untuk dimakan..
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak.
MW: Ingatkan kangkung perlukan tempat air yang banyak. Dalam pasu pun boleh. Bolehlah buat stok dan petik je kalau nak makan. Sihat pun sihat.
Ramai wanita yang sibuk menjaga muka sampai terlupa menjaga tangan. Sudahnya muka sahaja yang cantik tapi tangan berkedut dan kering. Ramai wanita yang sibuk menjaga muka sampai terlupa menjaga tangan. Sudahnya muka sahaja yang cantik tapi tangan berkedut dan kering.
Tangan adalah anggota badan yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan bahan kimia terutama penggunaan pencuci pinggan. Jika tidak dijaga dengan rapi, tangan akan mengalami penuaan.
Minggu ini, MW kongsikan ramuan rahsia yang membantu tangan tampak muda dan kulit menjadi halus serta cerah. Jom cuba!
Skrub Buang Sel Kulit Mati
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak kelapa1 titis tea tree essential oil2 sudu besar sea salt
Cara membuat:
1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.2. Kemudian, lakukan urutan bermula dari pergelangan tangan sehingga ke hujung jari.3. Akhir sekali bilas bersih. Selepas itu, oleskan tangan dengan masker telur.
Masker Telur Cerahkan Kulit
Bahan-bahan:
1 biji telur (ambil bahagian kuning sahaja)3 titis jus lemon1 sudu kecil minyak Zaiton
Cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.2. Oles pada tangan.3. Lakukan urutan, kemudian basuh tangan dengan air suam.4. Lakukan setiap malam, kulit akan kelihatan cerah dan kedutan semakin berkurangan.
Minyak Zaiton + Minyak Zaiton
Bahan-bahan:
Sedikit pudina1 sudu minyak Rosemary1 sudu minyak Zaiton
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan ini ke dalam mangkuk bersama sedikit air suam.2. Gaulkan sebati, kemudian oles pada tangan.3. Biarkan selama lima hingga 10 minit.
Air Mawar + Minyak Bunga Matahari
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda2 sudu gula kasar1 sudu air mawar/ ros1 sudu minyak bunga matahari1 sudu vaseline2 sudu minyak zaiton
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan, gaul sebati.2. Oleskan pada tangan.3. Biarkan selama 10 minit.4. Kemudian, bilas dengan air suam.5. Akhir sekali, oles tangan dengan pelembap atau losen.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahagia sungguh hati isteri, bila suami tahu macam mana nak menghargai dirinya. Lagi-lagi lepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, malah melalui episod berpantang yang panjang.
Kisah yang dikongsikan Khairunnisa Hamzah ini begitu istimewa. Suami ini membuat kejutan makeover rumah untuk isterinya yang berpantang di kampung. Dalam masa tiga bulan itu, rupanya dia merancang projek ubahsuai rumah untuk isterinya.
Hadiah Makeover Rumah Buat Isteri Yang Berpantang Di Kampung
“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.
Suprise makeover!
Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama.
Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.
Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.
Isteri Tengok Undur Balik, Takut Tersilap Rumah
Nah, tengoklah kejadian selepas makeover
Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali!
Bertuah betul si isteri.
Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.
Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.
Bertuah Si Isteri..
Kata Khairunnisa, “Dialah klien mula-mula kami.”
“Suaminya muda lagi, tapi pandai berniaga. Isteri dia bersalin, terus pakat dengan saya dan suami buat makeover rumah dia.”
“Surprise untuk isterinya balik pantang. Kami siapkan dalam tempoh tu sampai hari isterinya balik.”
Bertuah si isteri.
Cantik! Hasil Tiga Bulan Ubahsuai Kediaman
Sebelum
Ruang dapur – selepas
Sebelum
Selepas
Sentuhan Seni Kediaman Yang Tenang
Bilik – sebelum
Ruang tamu – selepas
Ke tingkat atas – selepas
MW : Syukur, suami ini amat menghargai isteri. Haa.. yang belum ‘tutup kedai’ tu boleh minta suami belanja makeover rumah. Boleh mula dengan dapur dulu..
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah (Mommy Dekor), Senibina kehidupan di rumah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kewujudan media sosial terutamanya Instagram dan Facebook sesungguhnya memiliki kesan baik dan kesan buruknya yang tersendiri. Segalanya terserah kepada diri masing-masing sejauh mana meletakkan media sosial dalam hidup anda.
Saya juga seperti anda, menjadikan Facebook sebagai medium meluah rasa termasuklah berkongsi rasa sedih, gembira serta kecewa di media sosial. Walaupun ada yang beranggapan bahawa mereka yang sering berkongsi rasa di laman sosial sebenarnya inginkan perhatian serta bosan dengan kehidupannya tidak langsung terkesan di hati saya. Bagi saya setiap orang miliki hak kerana akaun tersebut adalah miliknya, namun jangan keterlaluan dan membahayakan.
Saya juga pada mula-mula menggunakan laman muka buku, saya jadi teruja seolah-olah ingin berkongsi segalanya dengan rakan saya di alam maya. Maklumlah ketika itu masih muda dan gemar lakukan pelbagai perkara mengikut perasaan.
Namun, lama-kelamaan perasaan taksub saya menjadi lebih pudar apatah setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Kadang-kadang saya hanya menggunakan media sosial dalam mempermudahkan tugasan harian sebagai seorang wartawan.
Rapatkan Hubungan 2 Sahabat Baik
Melalui media sosial, saya dapat mencari contact-contact ‘human’ (kisah masyarakat), pemilik rumah yang cantik, pemilik restoren. Jika ramai yang di luar bertanya di mana wartawan cuba mendapatkan contact dalam menyiapkan satu- satu bahan yang diamanahkan, inilah salah satu caranya.
Di samping itu, antara nilai baik yang mampu saya katakan sejak kewujudan media sosial adalah saya dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh di mata. Kadang-kadang kekangan waktu dan jarak membataskan hubungan yang terjalin sejak sekian lama. Maka media sosial lah yang menjadi penyelamat keadaan untuk mendekatkan hubungan antara dua sahabat baik.
Tetapi jangan pula anda menjadikan media sosial sebagai medan permusuhan sekiranya anda tidak menyukai seseorang. Sesungguhnya jika anda tidak mengawal situasi, buruk padahnya.
Berbalik kepada kebaikan media sosial, ianya banyak membantu ramai golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak- kanak yang perlukan sumbangan segera berjaya mengumpul dana dengan segera atas keprihatinan warga media sosial.
Kesimpulannya, sebagai pengguna media yang sedang-sedang sahaja merasakan segalanya bergantung kepada diri pengguna itu sendiri untuk mencorakkan perjalanan media sosialnya. Bak kata sis-sis sekarang, tak suka scroll laju-laju! Paling penting sebelum sibuk merapatkan hubungan dengan rakan yang jauh di mata, adalah lebih baik anda berikan perhatian kepada anak di depan mata. Jamu mata anda dengan melihat anak-anak membesar di depan mata daripada melihat orang lain sibuk memperbesarkan hal yang tidak tahu hujung pangkal di media sosial.
Paling utama, hormatilah privasi orang maka secara automatik orang akan menghormati privasi dan hak anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.