Agak sedih bila tengok keadaan adik Arissa yang menderita kerana tumour di bahagian matanya. Berat sungguh ujiannya namun si kecil ini tetap kuat walau takdirnya mungkin terpaksa bernafas menggunakan mulut.
Allahurabbi… hanya Allah yang tahu betapa sakitnya fizikal adik ini. Untuk membantu dan ketahui cerita penuh mengenai adik Arissa, ikuti perkongsian daripada Wan Shahriza ini…
Maaf, jika posting ini menampilkan gambar-gambar yang begitu meruntun perasaan. Tolong jangan menghindar. Walau ianya hanyalah a click away. Semudah itu, untuk menutup kisah ini dari dunia anda.
Kisah Arissa…
Tapi inilah kisah dari dunia Arissa. Sebesar manapun deritanya, Arissa tidak mampu menghindar.
Ads
Tidak sampai sebulan lalu, apabila saya memulakan Tabung Kasih Arissa, keadaan Arissa tidak seteruk ini. Belumpun sampai sebulan, sudah begini tumournya membesar. Begitu agresif kansernya merebak, yang pada asalnya bermula dari bahagian retina mata, yang tidakpun ternampak di penglihatan kasar.
Keluarga Arissa telah mencuba mengikuti nasihat pakar. Mata Arissa sudah dibuang, mematuhi pendapat perubatan. Kimoterapi sudah dilalui. Radioterapi lebih 20 kitaran juga sudah dijalani anak kecil berusia 4 tahun ini.
Pun, takdir menentukan, tumour sudah merebak keluar dari orbit mata. Sudah mencerobohi ruang wajahnya. Dan di, rongga hidungnya juga sudah mula ada ketumbuhan, yang mengikut kata doktor akan membesar memenuhi ruang sehingga pada suatu masa Arissa diramalkan akan terpaksa bernafas menggunakan mulut.
Ads
Tidak terbayang laluan takdir untuk Arissa.
Pihak hospital kini hanya memberi satu rujukan. Hospis.
Hospis ialah untuk penjagaan akhir hayat, apabila segala ikhtiar medikal sudah berakhir.
Pun, anak ini tetap ceria. Mungkin ada waktu dia terasa sakit, rimas, tidak selesa atau terganggu. Tapi menjadi kanak-kanak, dia memilih menikmati apa yang masih boleh dinikmati.
Ads
Dan nikmat keriangan untuk Arissa hanyalah nikmat mendengar. MP4 miliknya dipasang berulang2. Sehinggakan dia sudah menghafal dialog2 dari Upin Ipin dengan begitu lancarnya. Ketika saya mendengar suara Arissa yang dikirimkan via voice note oleh ibunya kepada saya, Arissa kedengaran penuh keletah melafazkan kembali dialog2 itu. Amat sukar mempercayai yang anak ini sedang menghadapi sekian besar dugaan.
Lihatlah gambar Arissa yang sedang berbaring mendengar rakaman audio dari telefon ayahnya (MP4 miliknya sudah rosak, kata ibunya). Bayangkan rutin seharian yang dilaluinya. Mungkin tidak banyak dibandingkan dengan nikmat yang sebahagian besar dari kita nikmati setiap hari. Namun dia menghadapinya dengan jiwa besar seorang anak kecil yang tidak tahu apa yang menanti di hari esok kehidupannya.
Jika ada yang ingin mencadangkan rawatan yg mungkin boleh meringankan derita anak ini, sila private message saya di FB messenger. Jika ada doktor yang mungkin boleh mencadangkan rujukan pakar untuk 2nd opinion, amat saya alu2kan.
Saya harap tiada yang mengganggu keluarga Arissa dengan memberi cadangan produk2 MLM. Jika tidak berminat membantu, jangan pula ditambah beban keluarga ini dengan gangguan-gangguan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam cara digunakan untuk Taman Tema dengan mengadakan pelbagai promosi menarik bagi perhatian para pelancong.Terbaru, taman tema di tengah China dikecam pengguna media sosial selepas menawarkan kemasukan percuma kepada wanita yang mempunyai berat badan melebihi 62 kilogram.
Promosi Selama 3 Hari
Syarat utama bagi wanita yang mahu masuk secara percuma ke Taman Tema Tang Paradise, hanya perlu duduk di atas satu penimbang gergasi yang terdapat di pintu masuk. Mereka yang mempunyai berat badan melebihi 62 kilogram diberi tiket percuma dalam promosi yang berlangsung selama tiga hari itu.
Pihak pengurusan taman tema itu memberitahu, dalam promosi dari 15 Jun hingga 18 Jun itu lebih 600 tiket percuma diberikan. Bagaimanapun, promosi itu dikecam pengguna media sosial di China yang menganggap tindakan taman tema itu sebagai menghina wanita dan memberi mesej yang salah.
Perayaan Dinasti Tang
Namun, jurucakap syarikat itu menjelaskan, taman tema itu menyambut perayaan dinasti Tang yang terkenal kerana menyanjung wanita berbadan besar dan gemuk. Seorang antara empat jelitawan ketika zaman maharaja China adalah Yang Gulfei yang dipercayai mempunyai berat badan 62 kilogram.
“Kami mahu memberitahu kepada pelawat wanita bahawa anda juga secantik Yang Guifei,” katanya.
Seorang wanita yang datang ke taman tema itu bersama teman lelakinya berkata, biasanya dia mahu badan yang kurus tetapi kali ini dia berharap beratnya melebihi 62 kilogram.
Seorang wanita lagi turut berkata “Saya tak sangka jadi gemuk pun ada kelebihan”, ujarnya sambil tersenyum dan melambaikan tiket kemasukan percuma yang diperolehi.
Macam-macam promosi untuk tarik perhatian iya. Apa-apa pun buat wanita, jagalah kesihatan sebaiknya dan berusahalah dapatkan berat badan yang ideal.
Sejak semalam video tular seorang budak lelaki bernama Akid yang hidup serba kekurangan mendapat perhatian netizen.
Kediamannya di Kota Bharu, Kelantan serba tidak sempurna. Lebih sebak, adik Akid perlu bekerja untuk mendapatkan makanan hariannya dengan upah yang sedikit.
Ramai yang terkesan dengan kesusahannya. Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew turut terkesan dengan kisah sedih yang menimpa anak yang diuji tuhan ini.
Hari ini, adik Akid telah didatangi Ustaz Ebit Lew di rumah usangnya. Sampai menangis sebak bercampur gembira. Apabila adik Akid menerima kedatangan Ustaz Ebit yang cukup dikenali dengan membantu orang dalam kesusahan.
Kongsi Ustaz Ebit di media sosialnya, “Adik akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah.
Syukur kami akan bina rumah baru untuk akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. 2 jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.
Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.
Adik Akid Menangis Didatangi Ustaz Ebit
Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.
Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.
Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, Ngo lain,kak Raja Anita, Abang Amran. Dan terima kasih My Fund Action viralkan video. Terima kasih Kru @PertubuhanKasihUmatMalaysia.”
Sebagaimana yang Ustaz Ebit kongsikan, beliau akan membantu adik Akid dan keluarganya untuk membina rumah yang baru.
Kelihatan Ustaz Ebit juga membawa adik Akid membeli baju raya.
Tentunya kedatangan Ustaz Ebit memberi sinar baru pada anak lelaki ini. Ramadan adik Akid tidak lagi berada dalam kesedihan. Semoga Aidilfitri nanti adik Akid dapat bergembira sebagaimana kanak-kanak lainnya.
Adik Akid menangis, tak sangka Ustaz Ebit datang ke rumahnya.Kediaman asal Akid bersama keluarga.Ustaz Ebit Lew dan adik Akid.Ustaz Ebit membeli peralatan membina rumah.
Ceria adik Akid dapat baju raya.Semoga adik Akid tidak menangis lagi. Teruslah tersenyum adik Akid.
Bukan calang-calang suami rela melepaskan isteri yang baru dikahwini, malah sanggup pula menyatukannya dengan kekasih yang dicintai. Sungguh ‘pengorbanan’ luar biasa. Kejadian terbaru yang berlaku di India, seorang suami yang menyedari wanita dikahwininya tiga bulan lalu sebenarnya mencintai lelaki lain bertindak mengaturkan satu majlis untuk menyatukan pasangan terbabit.
Times Of India melaporkan, kisah umpama filem Bollywood itu berlaku di kampung Sanigwan apabila lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sujit mengaturkan satu majlis pada Rabu lalu untuk mengahwinkan isterinya, Shanti dengan kekasih wanita itu, Ravi.Sujit, tinggal di Sanigwan berkahwin dengan Shanti yang berasal dari Shyam Nagar pada 19 Februari lalu.
Sering Lihat Isteri Bersedih
Sejak berkahwin Sujit sering melihat isterinya bersedih. Pada satu hari Shanti menangis dan memberitahu suaminya bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin dengannya. Biarpun Sujit terkejut dengan pengakuan isterinya, dia berjanji dengan Shanti untuk mengahwinkannya dengan Ravi.
Beberapa hari kemudian, Sujit bertemu Ravi yang turut mengaku dia adalah kekasih Shanti. Selepas mendengar pengakuan pasangan berkenaan, Sujit bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangannya dan meminta polis untuk membantu.
Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.
“Pada mulanya banyak perkara buruk bermain di fikiran saya. Namun selepas berbincang dengan orang tua dalam keluarga kami dan di kampung saya akhirnya mencapai satu penyelesaian bahawa kami bertiga boleh hidup gembira,” kata Sujit.
Macam-macam hal. Murni sungguh hati lelaki ini dan sangat bersikap positif. Bagi sesetengah orang, jika perkara ini berlaku pada diri sendiri, sampai sanggup berbunuh-bunuhan tetapi tidak bagi lelaki ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...