Siapa sangka tabiat buruk seperti malas mandi juga boleh menjadi punca perceraian. Mungkin ada segelintir diantara kita yang bersikap sambil lewa dan ambil ringan bab kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika pasangan ada seorang yang sangat mementingkan kebersihan.

Nekad Cerai Isteri Talak 3

Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.

Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.

“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.

Tak Tahan Sikap Isteri MALAS Mandi, Suami Nekad Cerai Talak 3!

Enggan Diceraikan

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.

“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.

Ads

“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.

Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.

Baca Lagi Di Sini:
Demi Harta Sepencarian, Suami Tergamak Cabut Atap Rumah Bekas Isteri Selepas Bercerai

Ads

Isteri Fobia Takut LIPAS, 18 Kali Pindah Rumah Suami Buat Permohonan Cerai!

ISTERI Nekad Minta Cerai Sebab Suami TERLALU BAIK!

Mingguan Wanita: Hati-hati iya, jangan ambil mudah dengan sesuatu sikap buruk yang menjadi tabiat pasangan adakalanya boleh mengundang pergaduhan dan menyebabkan perceraian. Siapa sangka sikap ambil mudah bab kebersihan diri, malas mandi juga boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda.

Ads

Sumber: Kosmo

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI