Sedihnya bila melihat perkongsian di media sosial. Baik suami yang berjauhan bertemu kembali dengan keluarga selepas bertahun tak jumpa. Tak kurang juga pasangan yang bergurau atau prank untuk mempertontonkan tentang kehebatan cinta mereka.
Memanglah tak salah untuk bergurau mahupun ‘prank’ dengan pasangan, sebagai tanda kemesraan mereka. Tapi, ada juga yang komen negatif seolah-olah anggap gurauan itu berlebihan.
Namun, tak dinafikan ada ‘prank’ yang menyentuh perasaan sesiapa yang melihat. Ini ada baiknya untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Jangan sampai ‘prank’ atau bergurau dengan pasangan sehingga menjatuhkan maruah pasangan. Ini antara perkongsian oleh Fadzli Aziz berkaitan dengan gurauan suami isteri.
Jadikan panduan untuk pasangan yang suka bergurau sehingga boleh menjatuhkan maruah pasangan itu sendiri. Berpada-pada dalam bergurau terutamanya bila dipaparkan di media sosial.
Ada satu video yang suami bergurau dengan isteri dia sampai isteri dia marah.
Mula-mula nampak manja lepas tu nampak marah.
Walaupun mungkin pasangan ni dah biasa bergurau macam tu dan mungkin tak kisah, tapi saya rasa benda ni adalah benda yang tak betul.
Memang saya galakkam anda bergurau dengan pasangan kerana bergurau adalah sunnah nabi.
Tapi Islam mengajar untuk tidak MELAMPAU dalam bergurau dan berbuat dosa.
Kemudian gurauan yang dipostkan di media sosial, mengundang kecaman dan kutukan. Apa tujuannya? Mencari viral?
Ads
Pada saya bergurau tujuannya untuk makin cinta dan sayang pada pasangan. Tapi percayalah apa bila kita selalu MELAMPAU dalam bergurau, satu masa nanti pasangan kita tak akan dapat bertahan lagi.
1. Jaga Maruah
Jagalah maruah pasangan dalam bergurau. Aurat pasangan jangan dedahkan, aib pasangan kena jaga, kekurangan pasangan jangan dipermainkan. Apatah lagi bila kita nak jadikan gurauan kita bahan posting.
Bayangkan bila netizen semua menonton aib pasangan kita di media sosial, share berpuluh ribu, viewnya berjuta. Bermakna begitu ramai orang tahu tenang aib pasangan kita. Tidak kah itu memalukan pasangan kita. Tanpa sedar itu adalah penderaan ’emosi’ yang sangat dahsyat.
2. Jangan Berbuat Dosa
Kita akan sensitif sebenarnya dengan dosa sebab ianya adalah apa yang Allah larang. Kalau buat pun sorok-sorok dan malu. Tapi Bayangkan kalau gurauan kita gurauan yang berdosa, lepas tu kita tayangkan di media sosial.
Seolah benda yang berdosa kita tak rasa berdosa, bahkan kita bangga dengan dosa dan paling menakutkan kita seolah-olah nak ajar orang lain juga berbuat dosa.
3. Bersederhana
Ads
Sederhana akan menyebabkan kita terjaga. Bila kita bergurau dengan sederhana, insyaallah gurauan kita tak mencederakan, tak merbahaya, tak menyakiti, tak tercedera emosi dan terkawal.
Pastikah kita bila kita bergurau secara MELAMPAU, kita boleh kawal semua keadaan? Beringat sebelum kena. Saya risau kan apa bila MELAMPAU, keadaan tak terkawal dan pasangan kita tercedera. Kalau luka fizikal masih Boleh dilihat dan dirawat. Tapi bila trauma emosinya, akhirnya semakin lama semakin teruk dan bila tak dirawat akhirnya pasangan mengalami tekanan mental.
4. Niat Dan Tujuan
Ini asasnya. Kalau bergurau kerana Allah untuk menambah cinta dan kasih sayang pada pasangan. Pasti berbeza cara ya. Gurau ya penuh akhlak Dan kemesraan yang tak di buat-buat. Hasilnya insyaallah bertambah cinta.
Tapi kalau niat dan tujuannya untuk viral, untuk media sosial maka kita tak akan endahkan lagi akhlaknya. Yang penting cara apa paling trending, paling viral walaupun akan buka aib, walaupun buat dosa, walaupun memalukan pasangan.
5. Memohon Maaf
Sentiasa memohon maaf setiap kali selepas bergurau. Takut-takut ada sakit hati yang disimpan. Ada dosa yang tak termaaf.
Ads
Minta maaf bukan semestinya kerana kita Salah. Tapi betapa berakhlaknya kita pada pasangan. Tanda sayang kita pada pasangan dengan penghormatan.
Islam ada dosa pahala. Jadi bertanggungjawablah apa yang kita lakukan.
Allah sayang anda, Allah sayang kita semua. Saling menegur kerana Saling menjaga masyarakat.
Bimbangnya kita dengan generasi akan datang, memerlukan usaha mendidik dari sekarang.
Moga Allah pandang usaha kita yang sedikit ini.
Mingguan Wanita : Tak salah nak bergurau suami isteri tapi ada batasnya, lebih-lebih lagi sekadar untuk dapatkan viral di media sosial. Tak perlulah!
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan diantara adik beradiknya.Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral.Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua.Bila mana anak-anak yang bijak pandai,sibuk bekerja.Sebab itula jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Suami orang ramai yang stabil sebab isteri banyak bantu, wanita bujang jangan suka nak sondol. Ramai yang melihat kejayaan dan ketenangan seorang lelaki yang telah berkahwin sebagai hasil usahanya sendiri, namun hakikatnya, ada seorang wanita tabah di belakang tabir yang banyak menyokong dari segi emosi, kewangan, mahupun urusan rumah tangga.
Suami Orang Ramai Yang Stabil Sebab Isteri Banyak Bantu, Wanita Bujang Jangan Suka Nak Sondol
Namun begitu, wujud pula satu fenomena yang kurang sihat dalam masyarakat iaitu kecenderungan segelintir individu bujang untuk ‘menyondol’ atau cuba menggoda suami orang. Sikap ini bukan sahaja salah dari segi moral dan agama, malah boleh memusnahkan institusi kekeluargaan yang dibina dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.
Lelaki yang kelihatan berjaya dan tenang itu telah melalui pelbagai proses bersama isterinya. Mereka bukanlah stabil secara semula jadi, tetapi melalui fasa-fasa sukar yang dilalui bersama. Maka, apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur, ianya bukan sahaja merosakkan hubungan suami isteri, malah boleh menyebabkan trauma emosi kepada semua pihak termasuk anak-anak.
Nasihat Dr Azizul Azli Ahmad ini boleh dijadikan panduan terutamanya yang bergelar suami orang dan wanita bujang agar tidak sesekali memilih suami orang.
Kenapa suami orang nampak tenang dan stabil dan matang dan kaya dan semualah!
SUAMI ORANG LEBIH STABIL SECARA KEWANGAN NAMPAKNYA.
MEMANG STABIL KALAU DUIT RUMAH BINI TOLONG BAYAR BERSAMA, BINI GAJI CIKGU DG48 DIA GAJI D29. MESTI NAMPAK STABILLAHKAN.
2. Pakai Kereta Honda atau BMW punya, mana pakai Axia
Bila suami bayar kereta, benda lain semua dia suruh bini bayarkan. Pastinya kereta lebih baik dari orang bujang. Orang bujang kalau pakai kereta mewah CCRIS dah tercekik biasanya.
3. Pakaian kemas dan lebih meyakinkan
“Bagi boxer abang, sayang nak gosok” sampai boxer kita bini tentukan warna apa nak pakai, macam mana tak nampak ensem.
4. Meyakinkan dan matang
Dah tiap hari hadap wanita, dia tahu apa yang wanita suka. Buat lawak tak hambar lagi. Dia memang juara biasanya, suami orang katakan. Nak makan kat mana pun dia tahu, orang bujang tempat makan pun dah pening!
5. Hidup Lama Makin Stabil
Bila dah sedikit ‘matang dan berusia’ pastinya pengalaman dah tinggi. Begitu juga gaji. Maka jika dibandingkan dengan graduan mula kerja, jauh kena tinggal Mamat UiTM ni.
6. Pemurah ya abang Mat nie?
Memang la pemurah, dik nak pikat kau dik. Semua dia akan bagi, kau mintak saja. Lagi pun kena ingat yang dia bagi tu sebenarnya bajet beli susu anak dia yang ke 12 sebenarnya. Balik mesti gaduh dengan bini.
7. NAMPAK TENANG COOL JER!
KAU TAK SERUMAH DENGAN DIA DIK, CUBA AJAK BINI DIA NGOPI KAT STRUBACK TANYA BAB LAKI DIA. BINI DIA SAHAJA TAHU SEMUA CERITA. TENANG DIA SEBAB BANYAK PIKIR BENDA NAK KENA BAYAR, NAFKAH BINI PUN MAIN BUAT MUKA KESIAN, TAK PUN HUJAH, “AWAK MAKAN APA SAYA MAKAN ITU NAFKAH LA”.
8. Bina Hidup Sama Sama Dengan Orang Bujang!
Belajar hadapi hidup bersama, jangan ambil jalan mudah. Kebahagian banyak dicipta saat susah menuju bahagia biasanya. Jangan nanti kau hempas bantal mengadu kat Capress dik!
Pesan pesan abang nampak simple, tapi inilah hakikat hidup.
Hujung minggu datang lagi. Bagi yang kampung dekat, bolehlah setiap hujung minggu balik kampung. Tapi, kadang-kadang terfikir gak, bila balik kampung mesti ada kesan-kesan gigitan nyamuk yang ditinggalkan bila pulang ke bandar nanti.
Bukan bermakna bandar tak ada nyamuk tetapi, suasana kampung yang lebih banyak pokok berbanding dengan bandar membuatkan nyamuk lebih banyak berbanding di bandar.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau tentang nyamuk yang akan hinggap di badan anak-anak. Boleh cuba cara ini untuk menghapuskan nyamuk dengan lebih berkesan.
Bahan-bahan:
200 ml air panas
50 gram gula perang
1gram yis
1 botol plastik yang bersaiz dua liter
Cara-caranya:
1.Potong kepada dua bahagian plastik botol dan simpan bahagian muncungnya.
2.Campurkan sekali gula perang bersama air panas. Kacau sebati dan biarkan ia sejuk.
3.Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi.
4.Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi. Jangan kacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti.
5.Bagi bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi. Letakkan ir berisi larutan gula perang secara tebalik.
6.Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam. Letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah.
7.Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman rumah.
8.Selamat mencuba.
Mudah sajakan. Sekarang mak-mak dah tak perlu risau bila nak balik kampung dan bolehlah cuba cara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!