Begitu juga Ingat tak, masa bercinta kalau silap sikit mulalah merajuk dan ada pula yang tukang pujuk. Katanya nak bermanja dengan pasangan. Itu sebelum berkahwin tapi bila dah mendirikan rumah tangga tak ada lagi keadaan seperti itu, selebihnya banyak tanggungjawab lain yang perlu dilakukan.

Mungkin ada juga sesetengah pasangan mula malu nak nak bermanja atau tak ada masa untuk sebab sibuk dengan kerja rumah. Boleh kata, ada pasangan yang mula makan hati dan mula rasa ‘jauh’ dengan pasangan.

Sebenarnya, setiap pasangan tidak perlu malu. Semuanya sudah dihalalkan dan cara inilah yang boleh membuatkan pasangan bahagia. Bimbang jika dibiarkan dan merasakan bermanja dengan pasangan itu tidak penting, lama-kelamaan hilang rasa cinta. Hanya yang tinggal adalah lebih kepada tangggungjawab semata-mata.

Perkongsian daripada Noor Fathin Azlan boleh dipraktikkan buat pengantin baru, lebih-lebih lagi anak muda. Maklum sahaja, emosi anak muda sekarang ini lain berbanding dengan mak ayah kita dulu. Malah, bagi pengantin lama pun tidak salah untuk praktikkan dan semarakkan kembali cinta untuk bahagia ke akhir hayat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dari Awal Keluarga Pasangan Tunjuk Tak Suka, Fikirlah Masak-Masak Sebelum Bernikah

Pentingnya Komunikasi Walaupun Perkara Kecil, Manalah Pasangan Faham Kalau Tak Berterus-Terang

Info Lebih Menarik DI SINI

Nak Bermanja, Tidak Salah Pun

Ini tip perkahwinan saya untuk anak muda

Ads

1. Jangan Pendam, Terus Tanya

Bila rasa nak tanya, tanya. Rasa nak luah, luah. Kalau tetiba ada syak wasangka, jangan tuduh, tapi tanya baik-baik. Begitu juga kalau tak suka, tegur tapi jangan kecilkan hati suami. Kalau suka dengan apa suami buat, ucap terima kasih, peluk dia, kiss dia.

2. Jadi Kawan Baik Untuk Suami

Kena bijak curi hati suami sehingga antara kita dengan kawan, suami pilih kita lagi. Dari dulu hingga sekarang, kalau member dia ajak lepak, dia tak pernah tinggalkan bini. Dia akan bagitau, “Kalau nak lepak, aku kena ajak bini aku sekali” Ha gitu. Bukan takut bini ye.

Bonus, kita kena terima member-member suami. Jangan kutuk, jangan komen pasal member-member suami. Kalau mereka bergaduh, jangan jadi batu api. Then wujudkan rasa selesa antara kita dengan kawan-kawan suami, kalau kata kita tak ikut suami lepak, kawan dia akan bertanya, “Mana bini hang?”

Tip nak jadi kawan baik suami, kita kena jadi seperti seorang lelaki. Tak judge suami, tak menjatuhkan hukum bila suami buat kesilapan kecil, tak mengungkit, sentiasa sokong untuk suami berubah, jadi pendengar yang setia setiap kali suami ada masalah, cuba membahagiakan di kala suami susah hati.

3. Sentiasa Bergurau Senda

Sakat-menyakat, bahan-membahan ini makanan rutin harian kami. Lagi-lagi aku suka buat lawak bodoh. Maka di antara kami yang cepat sentap adalah Muzamer, abang tasik. Punca kami bergaduh pun disebabkan lawak bodoh yang tak munasabah. Contohnya, dia pernah tipu aku Mus May anak Berahim pendek.
Dua-dua kena kepala masuk air. Terlalu serius pun tak best.

Ads

4. Jangan Malu Untuk Bermanja

Buang ego, buang rasa malu. Buang rasa “Ah dia yang kena mulakan dulu, kenapa aku?” Kalau suami duduk atas sofa, pergi baring atas paha dia. Kalau suami baring main phone, pergi baring sebelah dia, ambil tangan dia peluk pinggang kita.
Buang ego untuk minta maaf, untuk akui kesalahan sendiri setiap kali pergaduhan tercetus. Suami isteri kena buat.

5. Jangan Cemburu Dengan Suami

Cemburu dengan suami? Bunyi macam kelakar kan? Tapi wujud sebenarnya. Cemburu kenapa kita kena mengandung, kena beranak. Sedangkan suami tak rasa sakit azab melahirkan. Cemburu suami tak perlu menyusukan anak. Hakikatnya suami dah jalankan tugas sebagai seorang suami dan ayah dengan sempurna, but kita still cemburu dengan suami. Then lama-lama kita jadi tak redha, kita jadi tak bahagia.

6. Sentiasa Berhias Cantik Depan Suami

Sorry to say, ini my tips. Tak minta untuk follow sebab situasi orang berbeza tapi tetap nak share. Cuba sedaya upaya untuk sentiasa nampak cantik dan kemas di hadapan suami. Barulah syok kita nak bermanja, bergurau dan pillow talk dengan suami. Nak minta tolong buat apa-apa pun, suami cepat je bangun menghulurkan bantuan tanpa kata “tak boleh!” Nak tahu kenapa? Sebab tak sampai hati nak tolak permintaan ‘awek comel’ (digelak)

7. Minta Tolong, Jangan Paksa Tapi Rayu

Kalau nak minta tolong dari suami, jangan gertak, jangan hina dia “Awak ni malaslah!” Tapi kena cakap “Awaaaak, tolong saya tukarkan pampers anak, please” Serius doe memang menjadi. Alah kita perempuan, kita kaum pandai menggoda. Lelaki pula lemah dengan godaan wanita. Itu senjata kita. Bila suami bingkas bangun, kena cakap “Terima kasih awak. Sayang awak!” Tapi dengan syarat, buang ego, buang rasa malu nak appreciate suami, nak minta tolong dengan cara rayuan.

Oh satu lagi, kenapa kami suami isteri masih lagi kekal dengan panggilan ‘awak saya’ bukan abang sayang, papa mama, baby honey? Sebab kami nak merasa seperti dalam alam percintaan. Tak ke rasa sweet bila ber-awak saya dengan pasangan?

Ads

Tip yang paling penting yang perlu ikut adalah buang rasa malu, rasa ego untuk bermanja dengan pasangan. Sebab kalau dari tahun pertama tak buang perasaan ni, sampai tahun ke-30 pun anda takkan merasa bahagia dengan pasangan.

Kalau nak cerita pasal tanggungjawab yang semakin berat. Aku juga menggalas tanggungjawab yang berat dan padat setiap hari. Super busy woman dengan bisnes, kena jaga dua orang anak kecil lagi. Kita sebagai isteri dan ibu kena pandai kawal emosi. Tapi itulah, tak semua orang ada ilmu mengawal emosi dengan baik.

Cara nak kawal emosi dengan baik, bermula dengan tip pertama. Jangan pendam, terus tanya, terus luah. Kalau rasa penat, burn-out dengan tanggungjawab yang berat, jangan lepaskan kemarahan pada suami, tapi pillow talk dengan suami, peluk suami dan menangis depan suami sampai puas. Minta kata-kata semangat dari suami. Insya Allah berkesan.

Sekian,
Atenn.

MW: Tip yang cukup berguna. Semestinya pasangan ada tanggungjawab masing-masing tapi janganlah sampai lupa untuk bermanja dengan pasangan. Buang ego, malu dan paling penting jangan pendam kalu ada rasa yang tidak puas hati. Luahkan.

Sumber: Noor Fathin Azlan

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI