Selalu kita fikir minyak masak dalam paket yang dijual di pasaran adalah hasil dari minyak terpakai. Sebab itulah harganya pun lagi murah. Tak dinafikan, ia menjadi alternatif untuk mak-mak memandangkan harga minyak dalam botol agak mahal.
Namun, ada khabar-khabar angin yang mengatakan minyak masak dalam paket ini adalah hasil dari bahan terpakai, sebab itulah harganya lebih murah. Mulalah menimbulkan keraguan di kalangan mak-mak.
Jangan mudah menafsir tanpa sebarang bukti. Semuanya tidak betul dan minyak masak dalam paket ini bukanlah dari minyak terpakai. Kalau nak tahu kualitinya pun hampir sama dengan minyak masak dalam botol. Ikuti perkongsian daripada Dr Che Puteh Osman ini.
BENARKAH MINYAK MASAK MURAH ADALAH MINYAK KITAR SEMULA?
Baru-baru ini saudara saya ada kongsikan video yang mengatakan minyak masak terpakai diproses semula menjadi minyak masak untuk menggoreng.
Saya ingin mengulas mengenai minyak terpakai ini. Benarkah minyak masak murah
sebenarnya minyak kitar semula?
Sebenarnya minyak masak dalam pek kecil masih bersubsidi sebab itu harganya masih murah.
Minyak masak mentah yang diperoleh di kilang minyak sawit adalah berwarna merah dan separa pepejal. Ia berwarna merah kerana ia mengandungi karotenoid yang tinggi.
Ads
Manakala ia separa pepejal kerana mengandungi asid lemak tepu iaitu asid palmitik dan asid stearik sekitar 60-70% manakala selebihnya adalah asid lemak tidak tepu iaitu asid oleik dan asid linoleik sekitar 30-40%. Asid lemak tepu berbentuk pepejal manakala asid lemak tidak tepu berbentuk cecair.
Proses pemeringkatan (fractionation) dilakukan bagi menghasilkan minyak sawit dengan menyejukkan minyak sawit ini. Asid lemak tepu akan membeku dan dipisahkan dengan asid lemak tidak tepu.
Lalui Proses Pemeringkatan
Minyak masak kita mengandungi tinggi kandungan asid tidak tepu seperti asid oleik sekitar 40-44% dan asid linoleik sekitar 10-13%. Selebihnya adalah asid tepu palmitik sekitar 40-43%. Ini menjadikan ia lebih stabil apabila digoreng dan tidak mudah teroksida.
Kebiasaannya minyak sawit menjalani sekali atau lebih proses pemeringkatan bagi memastikan kualiti minyak masak. Selain itu, masa dan tempoh proses pemeringkatan mempengaruhi kualiti minyak masak. Ia juga bergantung kepada kualiti buah sawit dan kualiti minyak sawit mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak masak.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat minyak masak berkualiti rendah yang kelihatan sedikit keruh. Ini kerana minyak masak ini dihasilkan melalui satu proses pemeringkatan atau proses pemeringkatan yang terlalu singkat.
Ini menyebabkan kandungan asid lemak tepu di dalam minyak masak tersebut lebih tinggi berbanding minyak masak yamg melalui lebih dari sekali proses pemeringkatan atau melalui proses pemeringkatan yang lebih lama.
Sebab itu minyak yang mengandungi asid lemak tepu yang lebih tinggi kelihatan sedikit keruh. Tetapi ia boleh digunakan, cuma tidak digalakkan menggoreng banyak kali dan tidak digalakkan menyimpan minyak lebih lama.
Elak Guna Banyak Kali
Untuk kesihatan, elakkan menggoreng menggunakan minyak yang sama banyak kali. Ini kerana proses pemanasan berkali-kali berisiko menghasilkan bahan berbahaya disebabkan proses pengoksidaan, hidrolisis dan pempolimeran asid lemak di dalam minyak masak.
Ads
Proses ini bukan sekadar berlaku dalam minyak masak sawit, ia juga berlaku dalam minyak zaitun, minyak soya, minyak biji matahari dan lain-lain.
Benarkah minyak masak terpakai itu digunakan untuk menghasilkan minyak masak kitar semula?
Untuk mengesahkan hal ini, saya telah menghubungi rakan sekelas saya ketika ijazah pertama dahulu untuk mendapatkan pandangannya. Ini kerana beliau bekerja di sektor industri kelapa sawit.
Menurut rakan saya, minyak terpakai itu dibeli untuk menghasilkan biodiesel. Ini kerana walaupun minyak masak telah terhidrolisis, bahan yang digunakan untuk menghasilkan biodiesel adalah dari bahan terhidrolisis tersebut.
Bahan tersebut akan melalui proses tindakbalas ester menghasilan fatty acid methyl ester (FAME). FAME akan diadunkan dengan diesel mengikut peratusan yang ditetapkan MPOB. Maka terhasillah biodiesel.
Di Malaysia ada satu syarikat yang monopoli pembelian minyak terpakai ini. Dan minyak terpakai yang dibeli syarikat ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Namun, di luar pengetahuan kami sama ada adakah terdapat aktiviti secara haram membeli minyak terpakai untuk menghasilkan minyak masak kitar semula.
Namun harus diingat, pembelian dan pemprosesan minyak terpakai ini dipantau Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Jadi, kemungkinan terjadi itu agak tipis.
Ads
Oleh itu, belilah minyak dari syarikat yang mempunyai reputasi seperti Felda Golden Ventures dan Sime Darby. Ini kerana mereka telah memperoleh akreditasi kualiti dan berstatus halal. Jika mereka melakukan seumpama ini tentulah reputasi, akreditasi kualiti dan persijilan halal mereka terjejas.
Ingatlah, minyak murah dalam plastik atau botol satu kilogram bukanlah minyak terpakai. Ia murah kerana ia bersubsidi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Setiap kali terima gaji, selain bayar hutang segala. Mak ayah kenalah reward diri sendiri dulu dengan simpanan. Paling tidak 10% daripada gaji itu disimpan untuk diri kita sendiri. Kalau bukan kita yang reward diri siapa lagi kan?
CEO Chettaki Omey, Nur Aliah Mohd Nor berkongsi lagi tentang tip kewangan untuk anak muda. Iaitu cara mudah nak buat tabungan secara online guna Maybank 2u.
Kali ini, ideanya macam mana jika kita nak buat simpanan untuk satu-satu tujuan. Misalnya nak travel atau membeli barang idaman. Cara yang dicadangkan ini buatkan mak ayah mampu menyimpan tanpa rasa terbeban.
“Rasanya hampir 80% orang tak tahu cara mudah nak menyimpan di Maybank2u yang berwajah baru ni!” ujarnya.
3 Sebab Simpanan Online ‘Creat Goal +’ Tu Penting
Tahu tak dekat Maybank2u ni ada 1 tempat yang kita boleh simpan setiap bulan iaitu di panggil sebagai ‘Create Goal +’.
Pertama : sekali kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Contoh nak travel ke Korea, atau nak shopping handbeg.
Kedua : set berapa nak simpan duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.
Ketiga : bila dah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Menarikkan.
Contoh.
Si Abu nak hadiahkan handbeg bernilai RM500 untuk harijadi Maknya. Abu target lagi 6 bulan dia mesti capai jumlah RM500 dalam akaun Maybank dia.
Setiap bulan si Abu perlu simpan RM85 Set masa dalam 6 bulan RM85 x 6 bulan = RM510
Wah! Nampak tak bila kita letak target dan goals macam ni, rupanya sikit je duit nak kena kumpul setiap bulan.
Caranya kita pecahkan amount yang besar jadi kecil dengan bahagi berapa bulan lagi perlu capai matlamat kita tu.
Contoh lain lagi, katakan nak travel ke Korea kos RM2000, kita cuma perlu saving dalam masa 1 tahun je. 1 bulan simpan RM170. Kalau rasa besar juga, RM170 / 30 hari. 1 hari cuma simpan RM6 je untuk cukupkan RM170 setiap bulan. Mudahkan?
Bila kita jelas dengan impian, kita akan lebih jelas dan mudah untuk buat simpanan!
Step By Step Menabung Guna ‘Create Goal +’ Di Maybank2u
Di bawah ini, Lia ada tunjukkan step by step macam mana nak gunakan ‘Create Goal +’ tuh di Maybank2u.
1. Open www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u
2. Scroll ke bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +
3. Pilih category . Dalam tu ada banyak, contohnya travel, shopping, gift, family, education, retirement dan others. 4. Letakkan goal name anda. Contoh target travel ke umrah, letak umrah. 5. Di bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam Lia pilih monthly amount. 6. Click Saving Account-i 7. Letakkan berapa jumlah di column Goal Amount
8. Letak berapa RM untuk 1st deposit 9. Letakkan berapa RM nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank kita 10. Starting date tu letak setiap berapa hb nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita. 11. Click Start
12. Double check semua dulu, jika okay click Confirm
Tadaa! Alhamdulillah dah berjaya create 1 goals! Kalau nak tambah lagi goal lain, click je dekat Create Goal + tu ye. Psst : Kalau tiba-tiba nak cancel, boleh juga tau. Click je dekat 3 titik dalam bulatan tu, ada Remove Goals. So boleh je remove anytime. No problem.
Terima kasih tau semua. Jom FOLLOW & Set See First Lia ya.
MW: Menarikkan? Bermakna dah boleh buat tabungan dari sekarang. Sekali lagi, cara ini lebih mudah dan kita pun tak rasa terbeban menyimpan.
Semakin bertambah usia, makin banyak pula jeragat yang muncul di muka. Kadang-kadang siapa ada ‘kawannya’ bintik hitam, putih sekali. Mulalah nampak wajah kusam dan tak berseri.
Kalau nak guna produk tertentu, takutnya tak sesuai. Rasa rugi dan tak berbaloi pula beli produk yang mahal-mahal. Jadi, nak murah dan jimat kos, mak-mak boleh saja guna dua bahan yang senang nak dapat.
Inilah antara perkongsian daripada Marina Sangat untuk hilangkan jeragat dan bintik hitam di muka dengan amalan petua dulu-dulu. Sapu saja campuran limau dan tepung gandum saja.
Sebenarnya ini petua orang dulu-dulu. Caranya pun sangat senang dan mudah sebabnya bahan yang digunakan senang nak dapat. Walau bagaimanapun, setiap petua kenalah lakuakn secara konsisten, barulah nampak hasilnya.
Bahan-bahan:
Sebiji buah limau – kasturi/purut/lemon (kalau lemon maybe kena hiris halus sebab kita perlukan jusnya sahaja)
1 sudu kecil tepung gandum /kalau tak ada tepung gandum /tepung beras boleh asalkan berasaskan tepung.
Caranya:
1. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung.
2. Gaul sebati.
3. Pastikan sebelum lumur di muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Barulah tepek perlahan-lahan pada muka.
Info:
Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian, nanti akan nampak perubahannya, bintik putih dan jeragat pun berkurangan. Paling penting kulit pun nampak bersih dan licin.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Petua dulu-dul juga yang boleh membantu. Selamat digunakan dan bahan pun senang nak cari. Godek-godek kat dapur saja.
Buat mak-mak yang selalu memasak di dapur, memang lebih memudahkan kerja bila sediakan siap-siap cili dan bawang kisar. Waktu memasak pun jadi lebih cepat bila ramuan penting ni dah tersedia dalam peti sejuk.Namun nak buat cili, bawang merah dan bawang putih kisar ni pun ada caranya yang betul. Barulah tahan lama, tak mudah rosak, masam atau berkulat.
Jika ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini cili kisar boleh tahan hingga sebulan manakala bawang merah dan bawah putih pula satu hingga dua minggu.
Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;
“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiau tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu. Dah masuk bulan puasa ni, senang buat stok macam ni.”
Bahan-Bahan Diperlukan (Cili Kisar):
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 atau 9 ulas)
1 sudu besar garam
Cara Membuat:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci dan masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
3. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.Bila telah mendidih, tutup api.
4. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
4. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan bawang besar dan bawang putih.Blender menggunakan air tapis.
5. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
*Boleh tahan hingga SEBULAN cili kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Merah Kisar):
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Merah kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Putih Kisar):
5 labu bawang putih
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang, cuci,keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3.Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Putih kisar tersebut.
Cili, bawang merah dan bawang putih kisar yang sedia untuk disimpan.
Info Ekstra!
Pastikan guna sudu yang bersih dan kering ketika mencedok cili atau bawang kisar tersebut.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cili, bawang putih atau bawang merah kisar yang dibuat tu tahan lama, tak mudah rosak atau berkulat boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...