
Selalunya bila nak tanak pulut pasti gunakan periuk pengukus. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang nak tanak pulut ni dengan menggunakan periuk nasi je. Mak-mak yang nak cuba cara ni boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Siti Asrien Mohd Hassan ini sebagai rujukan.
“Panjangkan pahala seorang kawan.Tips/cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker.”
Caranya:
1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk dapat efek berkilat.
2. Basuh 3/4 kali basuhan.
3. Sukatan air untuk tanak pulut tu guna ruas jari telunjuk macam dalam gambar ni. Tak kisah beras banyak mana, air sukat sebanyak separuh ruas pertama jari telunjuk.(jari diatas beras).
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tak boleh longgar supaya wap panas tak keluar.
5. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak. InsyaAllah pulut cantik.
7. Selepas WARM pun jangan terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Baca Lagi Di Sini:Tapai Pulut Manis Leting Pastikan Ragi Betul-Betul Elok, Tak Betul CARA Tak Jadi!
Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanak pulut, tapi takde periuk pengukus boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ni. Lebih mudah!
Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Basuh KUETIAU Lama-Lama, Barulah Bila Goreng Elok Tak Kembang Melekat!

Isi Kandungan
ToggleGoreng kuetiau pun ada cara dan tipnya, barulah ia elok kejadiannya tak kembang melekat. Bukan apa, kadangkala bila kita goreng kuetiau ia jadi sangat lembik, hancur dan sebagainya.
Hakikatnya, mungkin ramai yang tak tahu kuetiau ni sangat lembut dan sangat ‘sensitif’ dengan air. Jadi jangan basuh kuetiau lama-lama. Namun sangat mesra dengan minyak, jadi kena lebihkan sikit sewaktu menggoreng.
Boleh ikut tip goreng kuetiau seperti yang dikongsikan oleh Puan Yurni Emilia ini sebagai panduan.
Dah beberapa kali nampak ahli grup ni menghadapi krisis menggoreng Kuetiau.
Di sini saya nak kongsi tip asas untuk selamatkan keadaan ye.
1. Kuetiau is not friendly to water. Jadi,..
- Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
- Basuh pakai air paip je. Bukan dengan air panas.
- Membasuh Kuetiau terpulang pada masing-masing. Ada yang basuh dulu dan ada yang tak. Saya prefer basuh untuk asingkan Kuetiau satu per satu. Tak suka yang melekat.
Kuetiau buatan 100% Muslim dan Bumiputera boleh beli di sini:
2. Bila mengoreng Kuetiau is very friendly dengan minyak . Jadi sila boh minyak lebih sikit.
3. Nak Penang style boh lah sedikit minyak bijan. Sikit je sebab minyak bijan baunya kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau tomato/chili sauce. Remember, Kuetiau is not friendly dengan air.
5. Tambah air hanya perlu jika nak buat Char Kuetiau Banjir.
6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit sebelum digaulkan/kacau dengan Kuetiau yang sedang digoreng tu.
Ok ni je lah tip. Semoga tip ini dapat mengurangkan insiden-insiden Kuetiau goreng kembang.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!
Sos Char Kuey Teow Homemade, Bila Nak Makan Sos Dah Ready!
Resipi Mee Goreng Basah Kuah Melekit-Lekit, Perah Limau Nipis Rasa Lebih UMMMPHHH!
Mingguan Wanita: Begini caranya rupanya nak goreng kuetiau elok tak kembang. Boleh ikut tip-tip yang dikongsikan ini nanti.
Sumber: Yurni Emilia
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Viral Masker Ajinamoto Mampu Putihkan Wajah ‘Macam Kapas’, Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Masker ajinamoto. Ingatkan hanya dijadikan penyedap dalam makanan, tapi ia juga memberi manfaat untuk dapatkan kulit wajah yang putih dan cantik. Inilah antara masker yang dikatakan cukup popular.
Dalam perkongsian video, masker ajinamoto disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hsilnya dalam tempoh 3 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah dan nampak ‘glowing’.
Paling penting, bajet untuk rawatan ini tidak terlalu mahal dan hasilnya sangat super.
Boleh cuba nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua ‘Glowing’, Guna Skrub Tomato Atasi Masalah Jerawat &; Lambatkan KEDUTAN KULIT Muka
Petua Cantik Dulu-Dulu, Guna Segenggam Beras Mampu Jadikan Kulit Licin Macam bayi!
Masker Ajinamoto, Putihakn Kulit Wajah & Bebas Jerawat
Dalam perkongsian video turut menunjukkan cara untuk menggunakan masker ajinamoto. Cuma jangan pakai terlalu lama, cukup dengan hanya 15 minit saja.
Bahan:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
Caranya:
Campurkan ajinamoto dengan sedikit air.
Kemudian, sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air bersih.
Selain itu, tidak hanya menggunakan ajinamoto semata-mata, boleh saja campurkan dengan tomato kisar atau lobak merah, mengikut kesesuaian.
Khasiat masker ajinamoti pada kulit wajah:
1. Berguna untuk masker wajah
2. Bermanfaat sebagai toner wajah.
3. Berguna sebagai scrub wajah.
4. Berguna sebagai sabun cuci muka.
Mingguan Wanita : Rasanya masker ini viral dari hujung tahun lepas lagi. Tapi tak pasti keberkesanannya. Mungkin ada yang sesuai dengan kulit muka mereka.
Sumber: bindiatamayo6 (tiktok)
@sapotlokalmalaysia Belakangan ini muncul video Ajinomoto untuk kulit wajah hingga bisa jadi putih dan glowing. AJINOMOTO mmg tidak asing digunakan utk masakan. Namun juga merupakan rahsia muka kulit muka glowing, cerah serta cantik dgn harga budget. Empat Manfaat Ajinomoto untuk Kulit Wajah 1. Berguna untuk Masker Wajah 2. Bermanfaat sebagai Toner Wajah. 3. Berguna sebgai Scrub Wajah 4.Berguna sebagai Sabun Cuci Muka #ajinomoto #ajinomotoviral #glowing #pencerahkulit #petua #petuacantik #pemutihkulit ♬ Dj no Koment (Remix) – Tuty Wibowo
@bindiatamayo6 Replying to @CallMeRaffi #flek #memutihkan #cerita #melasma #bekasjerawat ♬ Nocturne – John_Koumourou
.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL

Isi Kandungan
ToggleLaga gigi, inilah yang selalu mak-mak dengar selepas tidurkan anak. Mahu terkejut dan rasa ngilu pula bila dengar bunyi tu. Terfikir juga kenapa boleh berlaku dan kebiasannya anak-anaklah yang kerap alaminya.
Ada pendapat orang tua-tua, bunyi laga gigi sebab anak terlalu penat, banyak bermain waktu siang, ada juga yang kata, anak ni degil dan sebagainya. Kalau orang dewasa pula dikaitankan dengan pelihara saka atau jin.
Dengar penjelasan doktor ini tentang apa yang dikatakan dengan laga gigi semasa tidur.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Alami Masalah Sembelit, Berdoa Jangan Sampai Kena Bedah “Alhamdulillah Astrid Dah Okay”
Susu Mahal Vs Susu Murah, Bukan Penentu Anak PANDAI, Tak Perlu Bandingkan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Laga Gigi Masa Tidur, Kaitan Gangguan Pernafasan
Bruxism atau melaga gigi biasa berlaku pada kanak-kanak kerana gigi susu hendak mula tumbuh dan boleh berlaku lagi apabila gigi kekal pula hendak tumbuh. Biasanya hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Kesian anak belum apa-apa sudah dikata degil.
Kalau orang dewasa pun ada laga gigi, tandanya apa pula? Dituduh saka dan jin pula.
Bruxism boleh berlaku ketika sedang tidur. Kadang-kadang orang yang ada masalah bruxism ini tidak sedar dia ada berlaga gigi (teeth grinding), sebab sedang tidur kan.
Jadi orang yang terdekat akan tahu atau sedar, kerana laga gigi akan menghasilkan bunyi dan kadang kala bunyinya kuat dan oleh kerana berlaku pada waktu malam, boleh menimbulkan rasa seram.
Agaknya di situlah timbul cerita saka.
Ia boleh berlaku ketika bukan waktu tidur juga. Tetapi kita tidak sedar. Bukanlah secara melaga gigi secara total, sebaliknya lebih kepada mengetap gigi dan rahang (jaw clenching), sehingga boleh menimbulkan rasa sakit pada rahang, dan kadang kala dalam telinga.
Apa puncanya? Kurang lebih 70% disebabkan kerisauan dan stress. Obstructive Sleep Apnea atau gangguan pernafasan ketika tidur juga boleh menyumbang kepada masalah bruxism ini.
Ubatan seperti anti-depressant dan cara hidup seperti meminum alkohol antara punca juga.
Apa yang berlaku selepas bruxism? Anda boleh rasa sakit pada rahang apabila hendak buka dan tutup mulut. Gigi anda akan merasa sensitif disebabkan gigi anda terhakis (worn teeth) akibat daripada gigi berlaga dengan kuat.Kepala dan telinga juga sakit, begitu juga dengan otot-otot di bahagian muka (facial myalgia). Tidur anda juga kadang kala terganggu, jika tidak anda, pasangan anda boleh terganggu dengan bunyi gigi anda.
Rawatan Terbaik
Apa kena buat? Berjumpa doktor gigi jika ada masalah gigi sensitif atau sakit pada rahang. Urus stres dengan baik. Ubah lifestyle. Berjumpa dengan pegawai perubatan untuk masalah seperti ubatan.
Tidak salah untuk berikhtiar dengan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran. Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya jua.
Cuma ketahuilah masalah laga gigi atau bruxism ni bukan berlaku dekat orang melayu je sampai kita nak kaitkan dengan saka ke jin ke. Di UK, 6 juta rakyatnya ada bruxism ni.
Takkanlah diorang semua bela saka kot.
Mingguan Wanita : Jangan pandai-pandai buat tafsiran. Baru tahu sebab apa anak laga gigi masa tidur.
Sumber: Dr Iqbal Rosali
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI