Orang Arab tak memaksa anak bertudung ketika kecil, samai masa anak itu sudah berakal dan anak kecil itu punya kemahuan, baru dipakaikan.
Tetapi bila sampai waktu wajib pakai, wajiblah anak itu memakai tudung. Demikian perkongsian ibu ini, Khairunnisa Hamzah yang berkongsi pengalaman yang dilalui tentang anak-anak kecil yang ditegur agar memakai tudung.
Apa yang penting dalam hal ini adalah memberi kefahaman sejelas dan seikhlasnya kepada anak itu semasa mereka masih kecil. Sebaliknya janganlah memaksa, sehingga mereka sendiri tidak faham apa kepentingannya.
Hadamkan kisah penuh makna ini,
Semalam semasa solat raya,
Ada seorang nenek menegur Aiyraa,
“Kenapa tak pakai tudung, ni? Lain kali pakai tudung tau, berdosa!” kata nenek tersebut dengan tangan warning dan buat muka garang.
Aiyraa malu, tunduk, nyorokkan muka ke peha Mommy. Yelah, satu saf dekat situ menoleh ke arahnya. Terkejut juga Mommy.
Mommy senyum sahaja sambil belai rambut Aiyraa. Risau dia nangis pula, ganggu khutbah. Try urut belakang dia harap dia cepat ok.
Dia ni kalau dah menangis, Bomba datang pun tak settle air mata dan meraung dia.
Tapi,
Sambil urut tu Mommy cakap juga,
“Hah, kan nenek tu dah marah”
Ads
Orang Arab Tak Memaksa Anak Bertudung Ketika Kecil
Tahun 2018 dahulu masa kami pergi umrah anak beranak, Mommy sendiri terkejut melihat anak-anak orang Arab dihias cantik rambutnya.
Berambut panjang dan pakai baju dress yang lawa macam Princess.
Rasanya tak jumpa pula anak kecil perempuan yang bertudung sepanjang kami ke sana.
Puas juga mencari.
Ada seorang Arab yang mencuit pipi kakak Aisyah dan Aiyraa yang masing-masing katika itu berusia 9 tahun dan 1 tahun.
“MasyaAllah, MasyaAllah” katanya ketika melihat mereka bertudung.
Tetapi, apabila sampai waktu wajib pakai, yakni akal baligh, wajib pakai! Dah tak ada alasan atau pilihan. Sampaikan ketika itu, ada dah undang-undang Negara yang akan menangkap mereka yang membuka aurat di khalayak ramai. Sebab, sudah sampai perkiraan dosa pahala buat si anak.
Umur 4 Tahun Sudah Ada Kemahuan Sendiri Untuk Bertudung
Sememangnya betul lagi bagus kalau dapat diajar dari awal.
Macam kakak Aisyah dahulu, umur 4 tahun lagi kakak Aisyah sendiri yang mahu. Pakai tudung, mengaji, puasa dan solat penuh, dari kecil.
Tetapi Aiyraa lain
Penuh dengan soalan. Why, why, why,
Penerangan Mommy pun belum menusuk kalbu dia lagi.
Aiyraa masih kecil.
Tapi Mommy tetaplah dakwah dia. Belikan tudung yang comel dan selesa. Pergi school dia pakai tudung juga. Slow-slow.
Ads
Time dia tak mahu, moody, tak selesa, taklah nak marah atau berdosakan dia.
Ada seorang Wanita Arab pernah berkata pada Mommy, “Anak perempuan, layan dia seperti Puteri ketika kecilnya dia. Satu masa nanti, dia akan penuh terikat dengan aurat dan kebebasan dia“
Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak Di Zaman Kanak-kanaknya
Pernah juga ada seorang makcik menasihati Mommy. Katanya, “Biarlah kanak-kanak menjadi kanak-kanak di Zaman kanak-kanaknya. Apabila dia terlarang daripada perkara yang dia tidak terlarang, maka dia akan memberontak apabila dewasa”
Penting untuk berikan kefahaman dan keikhlasan ketika kecil sebanyaknya. Bukan memaksa tanpa mereka mengerti apa keperluannya.
Risau sebaik dewasa dan sudah lepas daripada ibu bapa, terus nak rasa apa yang masa kecil tidak dirasa.
Yang telah jelas terhukum dosa pahala itu ialah kita yang dewasa, bukan mereka.
Mingguan Wanita : Bagus penjelasannya, kadangkala bila membiarkan anak kecil menikmati zaman princess nya. Sampai satu masa, bila dia sudah bersekolah dan bergaul dengan kawan-kawannya, dengan kefahaman yang ibu ayah berikan.. insyaAllah, dengan sendiri dia akan mula meminta untuk memakai tudung.
Setiap hari isteri memasak untuk seisi keluarga tidak kiralah yang bekerja atau bergelar suri rumah sepenuh masa. Bila setiap hari memasak, ada hari isteri jadi jemu memasak sebab peat berfikir setiap hari apa yang perlu dimasak. Sebenarnya skil masak mak-mak ini, chef pu tak boleh lawan.
Terapi kalau tiba perasaan tak tentu arah nak masak apa, memang jem kepala mak-mak. Waktu ini, suami kena peka perasaan dan perubahan isteri, bawalah isteri dan makan di luar. Bagi ruang buat isteri bertenang seketika.
Ikuti perkongsian, Farizal Radzali dan fahami situasi yang dialami golongan mak-mak bila mereka buntu di dapur.
Kepada suami tersayang…
Kalau isteri mu sudah masak nasi goreng tiga hari berturut-turut, atau asyik-asyik menu yang sama, atau menu macam nak tak nak saja, atau masak merah jadi warna kuning, atau masak kari rasa taucu, atau masak sardin tin sudah entah berapa tin dalam seminggu sambil buat muka sardin.
Pulak itu, kalau nampak isteri mu termenung panjang di tepi peti ais, keluarkan ikan masukkan balik, keluarkan ayam masukkan balik. Ada masa dia dok tenung ikan dekat sinki macam hendak tembus ikan itu dia punya tenung, main mata dengan ikan itu, mata bertentang mata tapi dia tak usik ikan itu untuk satu tempoh yang lama.
Paling best, jika kau nampak isteri mu keluarkan ayam tapi bila sudah siap, rupanya dia masak ikan.
Hari-hari Memasak Jadi Jemu, Penat Fikir
Itu maknanya dia sudah tak tau hendak masak apa. Silalah bawa dia makan dekat luar. Atau tapau balik untuk dia. Pening sudah dia tu.
Isteri punya skil memasak ni, chef pun surrender tau. Kalau dia tengah rajin, on mood kata orang, dia boleh cipta menu baru, modified menu orang, hispterkan menu klasik, pelbagaikan masakan walau hanya dengan ikan masin sekalipun dan macam-macamlah dia boleh buat.
Tak pernah buat kek, tiba-tiba buat kek. Tak pernah buat biskut, tiba-tiba buat biskut. Biskut 3 bahan katanya.
Tapi kalau dia sudah tak ada mood, atau dah tak tahu nak masak apa, atau sudah boring masak, tengoklah, entah apa-apa saja dia masak. Masak nasi pun jadi tak jadi saja nanti. Silap gaya terus jadi bubur. Kalau boleh, janganlah sampai nasi menjadi bubur. Takut nanti hari-hari kena makan bubur pula sudah.
Bukan Malas, Dia Jemu Memasak Bila Penat Berfikir
Ketahuilah, dia bukan malas masak. Dia bukan cari alasan tak nak masak. Dia bukan nak mengeluh. Tapi ada masa dia jemu memasak, dia sudah penat berfikir. Kita kadang itu pergi kedai makan pun tak tahu nak makan apa.
Inikan pula dia yang hari-hari hendak masak, ahli keluarga pula ramai, yang itu tak makan ini, yang ini tak makan itu. Cabarannya mengalahkan lompat papan anjal tahu tak.
Re-post
Farizal Radzali
MW: Bila isteri tak tahu nak masak apa, jangan cop isteri pemalas pula ya. Sebab bukan selalu isteri begitu, kadang-kadang saja bila dia penat berfikir sangat. Jadi sebagai suami, masa-masa kecemasan begini sebaiknya beli sahaja makanan atau lebih manis bawa isteri makan di luar.
Soal anak merupakan isu sensitif bagi wanita. Tak kiralah bagi mak-mak yang beranak ramai atau belum dikurniakan anak. Semuanya berlaku apabila berdepan dengan mulut-mulut jahat orang sekeliling.
Susah betul jadi perempuan, seringkali dipersalahkan. Sebenarnya jadi ibu anak ramai bukan bahagia seperti yang disangka, beranak banyak pun salah apatah lagi tiada anak.
Ikuti perkongsian Puan Sarah Saifuddin ini dan hadam baik-baik ya:
Jadi Ibu Anak Ramai Bukan Bahagia Seperti Disangka
Tahukah anda..
Jadi ibu anak ramai ini bukan bahagia seperti yang disangka.
Zahirnya kita nampak seronok.
Tapi hakikatnya mulut manusia lagi jahat berkata-kata.
“Apa? Mengandung lagi?
Tak ada kerja lain ke?”
“Asal saja jumpa mesti perut besar.
Asal jumpa mesti ada baby. ”
” Eh, anak ramai pun sempat ke projek?”
” Berehinya buat anak!”
” Tak sayang tubuh ke? Asyik beranak ini tubuh pun hilang seri kecut sana, sini.”
Beranak Banyak Pun Salah
Astaghfirullah!!!
Tak tahu nak cakap macam mana.
Semua ayat ini bila orang cakap, aku rasa nak terajang muka.
Mulut koooo… Sekali aku sumbat 5 jari kaki aku baru kau tahu!
Tapi itulah hakikat pahit yang terpaksa ditelan.
Beranak banyak pun salah.
Beranak sikit pun salah.
Stop beranak pun disuruh beranak lagi.
Makan pil tak bagi beranak dia kata kita tak sayang laki.
Beranak beranak dia kata kita berehi (berahi).
Best Tapi Hakikatnya
Ko nak apa sebenarnya ini??
Sakit jiwa betul hang ni.
Percayalah.
Orang cakap best beranak ramai.
Tapi inilah hakikat emosi sebenar yang selalu bertindak luar batas.
Ramai yang sibuk tak ada anak.
Tapi berapa ramai yang tahu sebenar ibu anak ramai pun stres benda macam ini.
Ya, dulu saya melenting.
Ayat padu itu buat saya mengamuk.
Lama-lama saya belajar sesuatu.
Pekak, buta dan rabun.
Jadi pekak bila dengar.
Kemudian jadi buta bila nampak dia.
Jadi rabun bila dia muncul.
Tapi jangan jadi bisu.
Selalu saya jawab balik.
“Seronok anak ramai.
Nak-nak kalau lelaki ramai.
Kita jadi cinta pertama diorang.
Ayah cinta pertama anak perempuan.
Kecik mereka, kita letih tenaga nak jaga.
Bila besar, bodyguard ramai boleh iring permaisuri seorang ni.
Paling best kita mati, cukup penjuru nak usung kita.”
Ujian Kita Berbeza
Sentap?
Biarlah.
Aku juga belajar menyengat dari mulut lebah kamu.
Sesekali keluar madu, bukan bisa.
Ibu yang tak ada anak diuji orang kata mandul.
Ibu anak ramai, ini pula ujiannya.
Setiap orang mahar syurga kita tak sama.
Jangan menerakakan orang ikut sedap mulut kita.
Ketahuilah,
Berapa ramai suami isteri di luar sana yang cemburu dengan orang yang tiada anak,
Semata-mata nak berhoneymoon tanpa anak..
Renungkan..
Ujian kita berbeza-beza tetapi sama.
So, enjoy your life!
Diorang nak mendajjalkan kita, biarkan.
Kita balas dengan rasa senang.
Kerana hakikat kita lebih bahagia dari mereka!
Stay strong dear! #sarahsaifuddin
MW: Beranak ramai atai tidak mempunyai anak bukanlah atas kuasa manusia segalanya dari Allah SWT. Pasti ada hikmahnya mengapa Allah kurniakan seseorang itu anak yang ramai, manakala wanita yang lain tiada anak. Hanya Allah Maha Mengetahui. Jadi sebelum lidah menuturkan perkara yang mampu menyakiti hati orang lain, fikir dahulu.
Jarang isteri akan akan meluah kata penat, melainkan dia betul-betul dah tak larat. Tetapi ada isteri jenis pendam, nak juga paksa diri buat walau hakikatnya emosi dah penat.
Jadi inilah peranan suami, kena juga pandai baca apa yang isteri rasa. Nampak dia macam habis kudrat, bantu cepat-cepat.
Bak kata saudara Muhammad Hassan, kadang kena pesan dengan penuh kasih sayang.
Agak Nampak Isteri Penat
Saya pesan kat isteri. JIKA rasa penat sangat buat kerja rumah, jaga anak bantu perniagaan saya. REHATLAH. Jangan stress sangat. Mesej atau call lah, saya sudi dengar dan balik tenangkan awak. Luahkan jangan dipendam. Nak marah, marahlah saya, jangan marah anak, jangan pukul anak.
Jadi suami ni kita kena pandai baca keperluan fisiologi badan isteri. Jika isteri cakap PENAT. Memang penat sangatlah tu, jika dia kata BORING, memang boring sangatlah tu. Jika nampak serabai memang emosi dia tidak stabil sangat dah tu.
Jadi suami berusahalah untuk bagi ruang isteri dapat REHAT dengan cukup, buatlah apa cara sekali pun untuk hilangkan boring dia, stabilkan emosi isteri dengan memberi pelukan dan kata-kata yang baik.
Isteri Layan Suami Ikut Apa Yang Diterima
Buatlah apa cara sekali pun gembirakan isteri dan anak-anak. Isteri ni satu kali kita buat baik, 10 kali mereka balas baik terhadap kita.
Dan paling penting jangan sedikit pun abaikan atau remehkan keluhan isteri. Sentiasa hargai isteri. Banyak dah pengorbanan dia untuk kita. Antara tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ini adalah menjadi seorang isteri dan ibu. 24 jam setiap hari jaga keperluan anak dan suami. Sakit demam tetap juga bangun malam susukan anak, sakit demam tetap juga penuhi keperluan anak dan rumahtangga lebih-lebih jika suami berjauahan.
“Ya Allah anugerahkan syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!