Sekalipun tak mampu manjakan isteri, suami kena juga cari cara bahagiakan dia. Mungkin sesetengah suami mengambil pendekatan tak mahu manjakan isteri kerana mahu isteri lebih berdikari.
Namun apa salahnya bahagiakan isteri yang merupakan jantung sesebuah keluarga. Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini :
Bila isteri rasa bahagia, anak-anak pun turut rasa bahagia. Bila isteri dan anak-anak bahagia, rumah tangga barulah rumah
Ada yang pelik kenapa saya selalu bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak tak nak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Tak Mahu Manjakan, Cari Cara Bahagiakan Isteri
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak-anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak-anaknya sekali
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak-anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia.
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak-anak yang tenang dan bahagia.
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia.
Taufiq Razif
Happy Wife, Happy Life
MW: Kalau tak nak manjakan isteri sekali pun, apa salahnya bahagiakan hati isteri sebagai tanda penghargaan buat isteri yang berkorban siang dan malam uruskan keluarga.
Ruginya kalau masih tak amalkan cium dan peluk anak isteri, itu pahala mudah yang suami isteri boleh kaut bila sudah berumah tangga.
Ada sesetengah orang, dia peluk cium isteri masa awal-awal kahwin je dan bila dah bertahun hidup sebumbung, terus abaikan. Betapa ruginya melepaskan pahala peluk cium.
Bukan hanya sekadar gugurkan dosa, tulis Doktor Muhammad Hassan menerusi laman facebook miliknya, peluk cium ini juga mampu elakkan perang dingin suami isteri.
Cium Dan Peluk Isteri
Sepanjang saya baca dan dengar kuliah tentang layanan Nabi muhammad s.a.w terhadap isteri,anak dan cucu. Perkara yang selalu Rasulullah Lakukan adalah selalu mecium dan memeluk mereka.
Hatta setiap kali mahu keluar ke masjid Rasulullah s.a.w akan cium isteri baginda dan berlalu ke masjid.
Rupanya, apabila kita praktis perkara ini, ia buatkan kerinduan kita terhadap isteri dan anak semakin kuat. Hubungan kita makin akrab. Susah sangat nak ‘bertikam lidah’. Jika berselisih faham pun mudah untuk dileraikan.
Jika saya dirumah setiap kali mahu ke masjid saya akan cuba amal perkara ini. Ternyata jiwa kita akan rasa tenang dan sangat merindui isteri dan anak. Rasa cepat-cepat nak balik rumah.
Paling saya menarik tentang layanan Rasulullah S.A.W ini yang tak pernah saya terfikir nak buat. Baca hadith Sohih ini;
Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari gelas yang sama, dimana beliau mengenakan mulutnya ditempat bekas aku minum, lalu Baginda minum…” (H.R. Muslim)
Subhanallah. Tengok, sampai tahap begitu sekali akhlak Rasulullah s.a.w terhadap isteri baginda. Sehinggakan bekas mulut isteri pun Baginda hargai.
Itu bab minum. Mandi pun Rasulullah s.a.w mandi bersama isteri. Kita hari ini boleh kira berapa kali dalam setahun mandi bersama pasangan,itu pun siap kunci lagi bilik mandi. Itu belum bab makan. Rasulullah s.a.w akan makan satu pinggan atau bekas bersama isteri baginda. Akan makan apa yang isteri makan. Tidak pernah komplen makanan.
Tak Pernah Pukul Isteri
Dan buatkan saya paling RESPECT habis kat Rasulullah S.A.W. Baginda TIDAK PERNAH PUKUL atau mengeluarkan perkataan kasar terhadap isteri-isteri baginda. Kita hari ini? isteri lambat masak pun kita dah mengeluh. Allahu. lemahnya kita.
Bahkan Rasulullah S.A.W akan memanggil dengan panggilan yang paling manja terhadap isteri dan anak.
Itulah sebab kenapa kita perlu belajar banyak tentang akhlak Rasulullah s.a.w. Dan wajibkan pada diri kita untuk sentiasa berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T
Jom sahabat kita selawat dan Ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.
Kos hidup yang tinggi di bandar membuatkan pasangan berkeluarga terpaksa ‘menyekat’ keinginan yang diperlukan. Ada juga dikatakan perbelanjaan melebihi pendapatan sehingga pasangan suami isteri ini sanggup berhutang. Apabila terbeban dengan hutang yang banyak, hati tidak senang dan kadang kala boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergaduhan pada suami isteri. Jadi, bagaimana nak pastikan suami isteri ini hidup lebih tenng tanpa beban hutang. Dr Hj Mohd Nor Mamat dari UiTM, Shah Alam mengatakan hukum berhutang asalnya adalah harus terutama apabila ada keperluan yang memerlukan modal ataupun harta untuk digunakan dalam kehidupan kita.
Ustaz Hj Mohd Nor Mamat
“Malah Islam menggalakkan kita supaya bantu- membantu dan salah satunya adalah memberi hutang kepada mereka yang memerlukan. Walau bagaimanapun, berhutang untuk tujuan memenuhi keinginan tambahan seperti perhiasan atau semata-mata untuk bermewah-mewah, ia tidaklah digalakkan dan boleh menjadikan diri kita terbiasa dengan sikap berhutang. Akhirnya membebankan untuk kita membayar balik,” terangnya.
Apa Patut Suami Isteri Lakukan?
Pada sudut psikologi, isteri mencadangkan pembelian manakala suami membuat keputusan. Ia lebih seimbang kerana fitrah isteri mudah cenderung kepada keperluan perhiasan manakala suami pula lebih cenderung kepada keperluan asas.
Kalau isteri membeli, dibimbangkan terlanjur dengan perkara yang tidaklah menjadi keperluan tetapi lebih kepada tambahan dan aksesori. Jika suami pula yang membeli, dibimbangkan terlalu terhad dengan keperluan asasi semata-mata, tanpa ada variasi dan nilai tambah yang mewarnai kehidupan kita.
Sebaiknya, suami isteri bersinergi mengikut kekuatan fitrah ciptaan Allah. Kalau ke pasar, isteri yang memilih atau mencadangkan barangan yang ingin dibeli, suami pula mencadangkan mana-mana yang patut atau diketepikan dahulu.
Sebagai isteri:
Elakkan daripada suka meminta-minta kerana ini disebut dalam kitab Muhimmah sebagai sikap wanita yang buruk dan tidak disukai oleh suami. Malah Rasulullah s.a.w juga berpesan tentang larangan supaya isteri jangan suka meminta-minta sesuatu apatah lagi di luar kemampuan suami.
Sebagai suami:
Haruslah diutamakan harta yang da untuk mencukupkan keperluan keluarga terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi tujuan lain, sehingga keperluan keluarga pula yang terbeban dengan hutang. Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang pemberian yang paling baik oleh seorang lelaki adalah kepada isterinya.
Sebagai isteri:
Sarankan harta untuk membantu suami kurangkan bebanan hutang, bukannya menambah hutang dengan keinginan dan permintaan keperluan anda.
Sebagai suami:
Kadang kala anda tidak tersedar yang anda memikirkan logik keperluan semata-mata sehingga menafikan fitrah keinginan isteri anda yang Allah SWT ciptakan dengan kecenderungan kepada perhiasan. Inilah hikmah ketentuan Allah dalam Al Quran bahawa perhiasan itu hanya untuk wanita sahaja.
Usah Terjerumus Dengan Masalah Hutang
Biasakan diri dengan kehidupan berpada-pada dan bersederhana (wasatiyyah) agar tidak terikut tabiat hidup bermewah-mewah.
Jangan biarkan hidup anda terikut-ikut atau meniru gaya hidup orang lain yang lebih kaya kerana ia menjadikan anda sentiasa tidak cukup dan keluh kesah.
Dalam hal ibadat, pandanglah mereka yang lebih banyak beribadat agar kita cemburu untuk memperbanyakkan ibadat tetapi dalam hal harta, pandanglah mereka yang lebih miskin agar kita lebih berpada dan bersyukur.
Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang risiko berhutang dan ingatan-ingatan tegas dalam Al Quran dan hadis. Tabiat suka berhutang kerana ingin memenuhi kehendak atau keinginan tanpa justifikasi keutamaan keperluan adalah satu tabiat buruk yang perlu dibendung. Rasulullah mengingatkan;
Tip Belanja Berhemah
Biasakan beli secara tunai dan tepat dengan kemampuan semasa.
Merancanglah untuk membeli agar dapat dipertimbangkan keutamaan berdasarkan kepada kemampuan kewangan.
Berbincang sekiranya membabitkan pembelian perkara besar ataupun dalam hal keperluan berhutang, supaya ada pro dan kontra.
Belilah sesuatu dalam kemampuan untuk membayarnya dan berhutanglah pada kadar yang mampu dibayar dalam tempoh terancang.
Elakkan berhutang dengan mengharapkan tuah masa depan untuk membayar balik, ataupun dengan mengharapkan perubahan keadaan ekonomi yang lebih baik. Islam tidak membenarkan kita bergantung kepada tuah, nasib ataupun kemungkinan semata.
Saranan Buat Suami Isteri
Mahirkan diri dengan skil pengurusan kewangan mengikut keutamaan (fiqh awlawiyyat), perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori).
Jadikan amalan yang berterusan dengan berdoa setiap selepas solat agar dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup dan dihindari daripada bebanan hutang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fenomena ‘office husband’ dan ‘office wife’ di tempat kerja, buka jalan curang. Di kebanyakan tempat kerja, ada satu fenomena yang semakin biasa berlaku iaitu ‘office husband’ dan ‘office wife.’
Fenomena ‘Office Husband’ dan ‘Office Wife’ Di Tempat Kerja, Buka Jalan Curang
Istilah ini merujuk kepada rakan sekerja berlainan jantina (atau kadangkala sama jantina) yang sangat rapat sehingga hubungan mereka menyerupai pasangan suami isteri. Namun, adakah hubungan ini sesuatu yang sihat atau boleh menjadi ancaman kepada hubungan sebenar di luar tempat kerja?
Apa Itu ‘Office Husband’ Dan ‘Office Wife’?
‘Office husband’ dan ‘office wife’ bukan bermaksud hubungan romantik atau sulit di pejabat. Sebaliknya, istilah ini menggambarkan hubungan kerja yang akrab di mana dua individu banyak bergantung antara satu sama lain dari segi sokongan kerja dan emosi.
Contohnya, mereka mungkin:
✅ Berkongsi masalah kerja dan memberi nasihat seperti pasangan sebenar.
✅ Sering makan tengah hari bersama.
✅ Membantu satu sama lain dalam tugas harian.
✅ Bergurau dan berbual mesra seperti suami isteri.
Dalam banyak kes, hubungan ini bersifat platonik (tiada unsur romantik). Namun, tidak dinafikan bahawa ia boleh menjadi isu sensitif jika tidak dikawal dengan baik.
Kelebihan Dan Kesan Positif
Meningkatkan Produktiviti
Mempunyai seseorang yang memahami tekanan kerja boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan motivasi.
Sokongan Emosi
Tempat kerja boleh menjadi sangat menekan. Mempunyai ‘pasangan pejabat’ boleh membantu memberi semangat dan mengurangkan tekanan.
Kerjasama Lebih Baik
Apabila dua rakan sekerja mempunyai keserasian yang baik, kerja lebih mudah diselesaikan dengan efisien.
Risiko Dan Bahaya Yang Mungkin Timbul
❌ Batasan yang Kabur
Kadangkala, hubungan ini boleh melangkaui batas platonik dan mula mempengaruhi hubungan sebenar dengan pasangan di rumah.
❌ Menimbulkan Cemburu
Jika pasangan di rumah tahu tentang hubungan rapat ini, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau cemburu.
❌ Gosip Dan Salah Faham
Di tempat kerja, hubungan terlalu rapat boleh menjadi buah mulut rakan sekerja lain dan menjejaskan reputasi.
❌ Berpotensi Mencetuskan Konflik
Jika salah seorang mula mempunyai perasaan lebih daripada sekadar rakan sekerja, hubungan kerja boleh menjadi rumit.
Bagaimana Mengawal Hubungan Ini?
✅ Tetapkan Batasan
Jangan biarkan hubungan ini menjadi terlalu peribadi sehingga mengganggu kehidupan peribadi masing-masing.
✅ Elakkan Terlalu Bergantung Emosi
Jika ada masalah peribadi, lebih baik berkongsi dengan pasangan sebenar daripada bergantung kepada “office husband” atau “office wife”.
✅ Berkomunikasi dengan Pasangan Sebenar
Jangan rahsiakan hubungan ini daripada pasangan anda. Jika semuanya telus, tiada sebab untuk rasa curiga atau cemburu.
✅ Jaga Profesionalisme
Ingat bahawa anda berada di tempat kerja, bukan dalam hubungan peribadi. Fokus utama masih kerja, bukan hubungan sosial.
Fenomena ‘office husband’ dan ‘office wife’ bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia kerja moden. Ia boleh menjadi hubungan kerja yang sihat selagi batasan profesional dan peribadi dijaga dengan baik. Namun, jika tidak dikawal, ia boleh membawa masalah kepada hubungan sebenar di luar tempat kerja.
Paling penting, sentiasa bersikap jujur dengan diri sendiri dan pasangan, serta fahami di mana garis yang tidak patut dilangkaui. Apa pendapat anda? Adakah hubungan sebegini sesuatu yang baik atau berisiko?
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...