Banyak pula mesej kotak kita terima, antaranya “Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri”. Amboi-amboi apa salahnya seorang diri menghabiskan duit suaminya sebab dalam duit atau rezeki suami ada hak isteri.
Apatah lagi tak bekerja dan berkorban semata-mata untuk suami dan anak-anak. Sudah tentu punca pendapatannya hanya pada suaminya seorang. 24 jam dia menghabiskan masa untuk uruskan keluarga tanpa gagal. Jadi tidak salah seorang isteri menggunakan duit suami untuk keperluan diri.
Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej… Bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir,
“Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”
Ads
Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada DUIT SUAMI…
Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…
Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit suami ialah, – Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja
Mereka Bukan Tin Kosong
Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap, dan sebagainya… Dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…
Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG…
Ads
Ada suri rumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah… Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya… Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k… Ada suri rumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…
Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami…Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi… Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan orang lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…
Apa yang suami sediakan, dia pakai… Apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna… Hidup seadanya ikut kemampuan suami… Tak mengeluh, tak merungut…
Balasan Atas Pengorbanan
Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…
Ads
Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya… Tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya… Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yg dia BERHAK…
Kalau hari ini awak di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…
Rezeki masing-masing tak sama… Awak lebih pada duit, dia yang tiada duit lebih pada masa dengan keluarga…
In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira… Renung-renungkan…
Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok saja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah pulak…️
MW: Wahai suami bertanggungjawablah kepada isteri anda dan hargailah mereka selagi ada. Jangan terlalu berkira dengan isteri terutamanya dari segi duit kerana dalam rezeki anda terdapat rezeki isteri yang telah banyak berkorban untuk anda selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Boleh ‘tabik spring’ buat mak-mak. Mana taknya, dalam satu masa dia boleh buat macam-macam kerja. Kiranya multitasking. Sekejap kemas di dapur, keluar jemur baju dan macam-macam lagi.
Peliknya, kalau lelaki bila buat kerja, itulah yang dia akan fokus sampailah siap. Lepas tu baru buat kerja lain pula.
Inilah yang dianugerahkan oleh Allah buat wanita. Mampu multitasking demi memudahkan dan menyenangkan keluarga.
Bayangkan sambil cuci pinggan mangkuk, otak ligat berfikir nak buat apa lagi selepas ini dan selepas ini. Tengok-tengok semua kerja rumah dah siap.
Rupanya, tisu Corpus Collasum yang penyambung otak kiri dan kanan permpuan lebih tebal daripada lelaki. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan tentang perkara ini.
Ibu ini, Marlisa Azura Abdul Ghani sentiasa ingatkan diri, penting untuknya amalkan tip untuk pastikan anak-anak kecilnya telah dihantar dengan selamat ke taska. Bagi mengelakkan terlupa hingga terjadinya kes tertinggal anak dalam kereta.
“Saya nak share tips dan petua untuk mengelakkan kita daripada tertinggal anak di dalam kereta. Maklumlah sekarang ni banyak sangat kes bayi tertinggal di dalam kereta kerana ibubapa terlupa.
“Rutin harian saya setiap pagi menghantar anak di taska. Waktu pagilah waktu yang paling sibuk. Banyak perkara yang nak kena fikir. Hal pejabat lagi. Tambahan kita ni seorang ibu yang memang sibuk menyediakan keperluan suami dan anak-anak jadi tak mustahil kita boleh terlupa anak kita masih di dalam kereta.
“Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, saya ingin berkongsi beberapa langkah supaya tiada lagi kes anak tertinggal dalam kereta berlaku.”
6 Langkah Penting Selamatkan Anak Dari Tertinggal Dalam Kereta
1. Letak handbag, briefcase yang selalu kita bawa ke pejabat di bawah kaki tempat duduk belakang. Sebelum masuk ke pejabat, mesti kita akan mengambil handbeg atau briefcase tersebutkan. Jadi kita akan ke tempat duduk belakang. Secara tak langsung kita akan sedar anak kita dah takde dekat carseat dia.
2. Set alarm di handphone. Saya set alarm setiap hari jam 8.00 pagi yang mana masa ni saya selalu tiba di pejabat. Setiap jam 8.00 pagi alarm tu akan berbunyi dan saya set “Hantar anak taska”. Cara tu memang bagus untuk ibubapa yang sibuk.
3. Pasang center mirror (cermin pandang belakang) yang jenis round wide yang boleh nampak belakang dengan luas. Setiap kali anda pandang cermin tu, anda akan nampak anak anda di dalam car seatnya di belakang.
4. Pesan dekat pasangan kita. Minta dia selalu ingatkan kita yang kita dah hantar anak ke taska. Minta dia whatsup kita setiap pagi “anak dah hantar ke sayang”.
5. Berpakat dengan pengasuh atau nursery tempat anak kita tinggal. Jika kita tidak menghantar anak, minta mereka bertanya kenapa tuan/puan tak hantar anak hari ini.
6. Jangan pasang tinted kereta gelap-gelap. In case tertinggal anak kat dalam, orang lalu lalang kat luar boleh nampak. Itu sahaja tips dan petua saya yang boleh dikongsi kepada orang lain.
Semoga tiada lagi bayi mati kerana tertinggal di dalam kereta kerana kecuaian ibubapa itu sendiri.
Kalau dah buat salah, sukar untuk seseorang itu nak mengaku salah. Sudah terang lagi tersuluh dan memang nampak apa yang dibuatnya tidak betul. Hakikatnya, di merasakan tindakan yang dilakukan itu langsung tidak salah baginya.
Begitu juga kalau dah berlaku curang. Mesti tak akan mengaku dan anggap itu kesalahan orang lain. Atau untuk kali pertama boleh mengaku salah, tapi adakah kesalahan ini akan berulang. Mungkin?
Kadang-kadang pelik dengan pasangan yang curang, bukan setakat susah nak mengaku salah tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang ini. Pasangan cukup baik, ada anak dan bahagia, apa lagi yang dikejar.
Antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada betulnya. Curang itu pilihan, memilih untuk tidak mensyukuri kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Susah Nak Mengaku Salah, Pilih Untuk Abai Tanggungjawab
Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah.
Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
Ada ke patut?
Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah.
Banyak kes yang kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect, itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
Bukan Paksaan Tapi Pilihan
Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.
Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga.
Semua itu pilihan.
Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah.
Mingguan Wanita : Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau ingat anak bini yang setia di rumah, ia tak akan terjadi.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...